Showing posts with label jemaah. Show all posts
Showing posts with label jemaah. Show all posts

Wednesday, 29 August 2018

Orang Islam dan Masjid - Mundur atau maju?

Sedar atau tidak menjadi bangsa majoriti di Malaysia, iaitu sebagai bangsa Melayu yang mempunyai title haqiqi iaitu Melayu MESTI ISLAM menjadikan anda sentiasa dalam radar perhatian masyarakat sekeliling terutamanya golongan bukan Islam. Sesuatu yang lebih jelas mendapat tempat adalah daripada segi perbuatan atau bahasa halus juga boleh dikatakan dari aspek akhlak. Bermula daripada imej diri orang Melayu sehinggalah kepada bagaimana orang Melayu bercakap,bekerja dan memimpin organisasi dan negara turut memberi impak kepada imej Islam itu sendiri.

Satu perkara yang menarik untuk dijadikan sebagai anjakan paradigma baru adalah dengan melihat institusi pembinaan dan pengurusan masjid itu sendiri. Mengapa masjid? Masjid adalah lambang atau simbol fizikal utama kepada umat Islam. Namun begitu saya yakin apabila entri ini ditulis, sudah ada yang menguap, seolah-olah bosan. Masjid dilihat sebagai bosan, kosong, lesu dan tidak maju?

Setelah bertahun-tahun masjid berdiri teguh dan semakin banyak didirikan di kawasan majoriti masyarakat Muslim, hampir lebih daripada 40% masjid masih terbelakang dalam memenuhi ciri-ciri berikut yang tidak menampakkan masjid dan jemaah masjid membinanya seiring dengan zaman. Antaranya ialah:

1) Pembangunan fizikal

Kebanyakan masjid atau surau yang dibina sewajarnya:

a) Mesra OKU dan warga emas

- setidak-tidaknya membina laluan kerusi roda, penyediaan Quran Braille,simbol Braille pada tombol pintu.
- Apa yang pasti masjid bukan hanya sinonim dengan solat secara berjemaah tetapi sebagai tempat menuntut ilmu. Saya pernah menyaksikan tempat solat dibina di tempat yang mempunyai lebih daripada 10 anak tangga dan tentunya menyukarkan warga tua untuk pergi solat berjemaah.
- Jarang sekali dapat 'mengajak' golongan OKU mendekati masjid bersama-sama dengan golongan normal.

b) Mesra wanita

- waqie di Malaysia menggalakkan wanita untuk turut sama mengimarahkan masjid malahan di satu-satu tempat AJK Masjid majoritinya adalah wanita berbanding lelaki. Namun begitu tidak semua masjid mesra wanita. Beberapa sisi yang pihak arkitek terlepas pandang adalah membuat design yang mendedahkan aurat wanita itu sendiri terutamanya di tempat mengambil wudhu. Terdapat masjid dan surau menyediakan tempat wudhu wanita yang mendedahkan aurat mereka. Pernah solat di beberapa masjid yang dinding tempat wudhu dapat dilihat oleh lelaki yang lalu lalang di situ. Ada masjid yang mementingkan rekaan menarik seperti meletakkan batu-bata yang membentuk formasi geometri namun bentuk formasi tersebut menampakkan aurat wanita yang tidak bertudung ketika mengambil wudhu malah pernah menjadi ruang mengintip melalui lubang geometri oleh remaja lelaki yang nakal untuk melihat wanita yang sedang berwudhu. Ada juga dinding tempat wudhu bersaiz kecil dan rendah dan boleh dilihat oleh penduduk sekeliling yang berada di tempat yang tinggi hanya daripada tingkap rumah mereka!

- Selain itu ada masjid dan surau yang menyediakan tabir yang mudah dilihat oleh jemaah lelaki. Tabir tersebut bersifat transparent dan ini sedikit sebanyak menyebabkan wanita tidak selesa untuk memakai telekung dan sentiasa perlu bertudung. Malah ada wanita yang tidak kisah tentang hal ini sehinggakan tidak bertudung sebaik sahaja masuk ke ruang solat wanita biarpun tabir masjidnya adalah trasnparent!

c) Mesra kanak-kanak dan remaja

- beberapa masjid telah membuat inisiatif membina taman permainan mini, ruang kelas silat dan taekwondo di sudut masjid,padang bola dan court badminton/ sepak takraw supaya kanak-kanak dan remaja lebih 'mesra' datang ke masjid. Ini  merupakan salah satu pendekatan yang boleh dicontohi. Ianya brlaku di beberapa tempat di UK apabila masjid menyediakan tempat bermain kriket/bola dan apa yang menarik adalah imam masjid turut beriadah di situ bersama-sama dengan anak-anak  muda. Apabila tiba waktu solat imam tersebut berhenti bermain dan mengajak anak-anak muda solat bersama-sama!

2) Islam dan alam sekitar

- Saya mencadangkan agar pihak masjid dan surau menyediakan tong kitar semula di sekitar masjid dalam memberi kesedaran kepada sesiapa yang datang ke masjid untuk menyayangi alam sekitar. Bukankah ianya sangat bermakna?

- Masjid juga sewajarnya menjadi tempat paling banyak menanam pokok bunga dan buah-buahan sebagai tanda menyokong bumi hijau dan bersih dan bukan hanya membesarkan tempat parking kereta semata-mata


3) Penjimatan elektrik dan air dan keselamatan ahli jemaah

- Manfaatkanlah teknologi yang  seringkali digunakan untuk renovate rumah dengan membangunkan fasiliti ini di masjid. Alat-alat seperti pili air yang mengawal kuantiti air ketika berwudhu, tenaga solar untuk menjana elektrik di masjid, ruang dinding tempat imam solat dibina dengan baik untuk menggantikan mikrofon  (terutamanya apabila black out) melalui gelombang gema.

- Pertingkatkan keselamatan di masjid dengan menyediakan sistem pemasangan CCTV yang baik selain daripada merenovate masjid melalui permaidani lembut, sejadah dan telekung.

- Binaan masjid yang mempuyai pengudaraan yang baik dan tidak terlalu bergantung kepada aircond sebagai tanda menyokong kelestarian alam sekitar.

4) Program bersifat engagement dan reach out

- Pihak masjid juga sewajarnya bersikap proaktif dalam menggalakkan orang ke masjid bukan hanya laungan azan tetapi keluar dari masjid dan mendekati masyarakat kampung melalui aktiviti gotong royong kampung, pemberian zakat, menziarahi golongan OKU, mendekati golongan bukan Islam di kawasan kita, menggalakkan program silang agama seperti dialog harmoni tentang perbandingan agama dan menggalakkan golongan non-Muslim mengadakan ziarah ke masjid setidak-tidaknya dapat memecah tembok Islamophobia dan mengetahui bahawa masjid dan konsep masjid tidak sekali-kali sama seperti kuil dan gereja mereka.

5) Masjid sebagai tempat perkembangan ilmu

- Masjid bukan hanya bercakap tentang ilmu asas seperti kaifiat solat jenazah dan faraid tetapi perlu disedarkan dengan aspek lain seperti alam sekitar dalam pandangan Islam, Etika kerja dalam Islam, Kekeluargaan dalam Islam, fahaman jahiliyyah kontemporari yang bertentangan dengan Islam dan banyak lagi aspek lain jarang sekali disentuh di masjid-masjid di negara kita.


Masjid satu simbol kekuatan umat Islam, apakah ianya sebenar-benar dilihat sebagai kekuatan atau hanya sekadar rasa kuat dan gah?



Saturday, 24 December 2011

Dekat tetapi jauh..isu yang tidak lapuk buat masa sekarang

    REAL scene in Ghozzah(Gaza),not a great wall but some pieces of rocks    
    that show arrogance and oppression from its architects
                        Ya,Kebenaran PASTI MENANG!yang batil takkan kekal!

Tidak terlalu ironi untuk membuat sedikit kilasan perspektif  mengenai tembok pemisah di Ghozzah dengan tembok pemisah dalam diri kita.Isu may seem sensitive but the main purpose to reveal the issue is all about muhasabah.
Dalam menjalankan kebaikan pun ada spekulasi,ada prasangka,ada rasa kurang senang apabila ada pihak lain turut melakukan perkara hampir sama tetapi cara sahaja yang berbeza.Wujud kosa kata khas iaitu 'KLIK' atau 'JEMAAH' atau 'KUMPULAN' atau 'FIKRAH'

*Mereka bukan 'Klik' kita,biarkan mereka*
*Buat apa dekati dia,dia bukan nak ikut jemaah kita pun*
*Sedih rasanya apabila awak bukan dalam fikrah kita*
*Si Q tu 'kumpulan' lain,kita kumpulan lain,mana sama!*

{Perebutan mad'u boleh jadi satu perebutan yang sihat kerana menunjukkan betapa seriusnya dan ambil beratnya kita dalam dakwah dan islah kepada masyarakat.Tetapi boleh jadi satu BAHAYA Besar apabila masing-masing bercakaran,label melabel dalam merebut mad'u yang sama}....Inilah yang patut kita sedihkan.

Sila jawab situasi ini:
Destinasi saya ,anda dan mereka ialah ingin ke negeri Pahang pada 23 Januari 2012.Adakah salah jika saya ingin ke sana dengan kereta?Adakah satu kesalahan jika anda membeli tiket kereta api ke sana?adakah salah jika mereka menempah tiket kapal terbang untuk ke Pahang?

Majoriti yang waras tidak akan menghalang kehendak saya,anda dan mereka kerana tetap sampai ke destinasi yang sama,cuma perbezaan masa sampai sahaja.Kalau naik kapal terbang tentunya sampai awal,kalau kereta api lambat lagi nak sampai tetapi harganya lebih murah.Saya memilih kereta kerana saya berkemampuan memandu sendiri,ada kereta buat apa tak guna,ye tak?anda memilih kereta api kerana kosnya paling murah dan lebih selesa (dapat tidur dan menikmati kerehatan dengan baik),manakala mereka memilih kapal terbang kerana ingin sampai dengan cepat dan mempunyai kewangan yang cukup (plus mampu beli tiket kapal terbang)

Isinya di sini ialah kemampuan dan keserasian para pengguna kenderaan menyebabkan saya,anda dan mereka membuat pilihan masing-masing betul tak?saya,anda dan mereka akan berada di tempat yang sama juga akhirnya betul tak?Pahang kan?takkan terlajak pula ke Kelantan atau Terengganu?

Kesimpulan :Walaupun kita berbeza kumpulan dakwah,cara pendekatan kita berbeza,cara sudut pandang pun berbeza TETAPI matlamat kita tetap sama iaitu supaya agama Allah (Islam-dianalogikan dengan Pahang) tertegak dengan yang sepatutnya diperintahkan oleh Nya,tak begitu?akidah kita tetap sama,betul tak?cara sahaja yang berbeza (ada yang bermula dengan individu muslim,ada bermula dengan politik,ada yang bermula dengan jihad,ada yang bersifat menyampaikan directly,face to face) kerana saya rasa diri saya sesuai dengan cara itu,dia rasa dia serasi dengan cara ini dan mereka rasa rela menyumbang untuk Islam dengan cara selain ini dan itu.Semuanya diredhai Allah asalkan caranya tidak bertentangan dengan syara'.

Dipersilakan berada dalam klik itu jika saya rasa saya mampu optimumkan sumbangan saya dalam Islam dengan klik itu,

yes,really support you if that jemaah can make you feel the practising of Islam look great to you in that way,

sangat gembira seandainya mereka sertai fikrah lain jika mereka dapat aktifkan diri untuk terus menegakkan kebenaran Islam.

saya gembira adanya kepelbagaian dalam dakwah kerana saya tidak rasa keseorangan dalam menunaikan amanah Allah,saya bersyukur ada kepelbagaian jemaah dakwah kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain,saya rasa sangat best kerana kepelbagaian klik dan fikrah(cara fikir Islam) kerana menunjukkan indahnya Islam dalam menambat hati raaaaaamai orang melalui pendekatan masing-masing.kalau satu sahaja pendekatannya,percentage untuk orang yang tertarik menjadi duta Islam yang komited takkan ramai kerana perwatakan manusia berbeza-beza.Satu pendekatan tak mampu memberi jiwa kepada 101 jenis karakter manusia.

Mampukah saya,anda dan mereka memberi cadangan klik,jemaah atau kumpulan dakwah yang lain seandainya mereka rasa tidak serasi dengan jemaah saya@kumpulan anda@klik dakwah mereka?

Sayang sekali membiarkan potensi untuk mereka berdakwah disembunyikan dan tidak lagi digilap apabila mengetahui bahawa mereka tidak lagi mahu bersama saya/anda/mereka.Sebaiknya berilah,tunjuklah,cadanglah kepada mereka mengenai satu pandangan lebih luas mengenai jalan Islam bahawa ada lagi pendekatan dakwah yang lain daripada klik/kumpulan/jemaah yang lain yang mungkin sesuai dengan mereka.

Seronok apabila kita sama-sama bantu membantu dalam melakukan kebaikan,menyampaikan kebenaran betul tak?

Ayuh,jangan merugikan diri sendiri merebut mad'u,biarkan mereka membuat pilihan untuk memilih yang mana satu yang sesuai dengan perwatakan mereka.Kerana insyaAllah kita akan bertemu kembali di titik yang sama kerana jangan lupa,destinasi kita serupa! =)

Surah an-Nisa' ayat 110 

Yang bermaksud : 'Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala yang salah. Serta kamu beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

surah al-Maaidah,ayat 2: 
Maksudnya:Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

sama-sama perbaiki diri 

Ya Allah,janganlah Engkau menjadikan kami menzalimi orang yang berusaha mendekatkan diri kepadaMu dan jauhkanlah kami daripada sifat mazmumah yang menyebabkan kami seolah-olah telah melupakan ajaranMu

-uhibbukum fillah-