Monday, 14 May 2012

Membetulkan salah faham tentang usrah (I)

Jika dulu perkataan usrah sesuatu yang sensitif,dianggap ala-ala kumpulan 'militan' gitu.Namun begitu dunia sudah berubah,'ketakutan' dengan perkataan usrah bukanlah sesuatu yang begitu BESAR untuk ditakutkan,bukan lagi sesuatu yang dilihat 'mengancam' perjalanan kehidupan.
Tetapi masih terdapat beberapa salah faham mengenai usrah yang perlu kita perbetulkan:

1) Usrah bukan sebuah kumpulan yang dianggap militan
-usrah bermaksud keluarga.Usrah merupakan satu kumpulan kecil yang terdiri daripada seorang ketua/ala2 (full time fasilitator sukarelawan) dan ahli-ahli usrahnya.Asas dalam usrah ialah Ta'aruf (berkenalan),tafahhum(memahami),takaful(saling membantu).Pengisian usrah adalah mengenai hal-hal kehidupan manusia itu sendiri seperti ilmu agama,berbincang mengenai masalah kerja,soal jawab tentang pengurusan kewangan,rumah tangga dan sebagainya.Ibarat sebuah keluarga,ahli usrah perlu mengenali latar belakang ahli usrahnya yang lain (bukan sekadar nama,umur,tempat tinggal,warna kegemaran) tetapi perangai dan perubahan sikapnya sekali,contohnya daripada cara dia mengangguk kita sudah tahu sama ada dia bersetuju kerana terpaksa atau kerana faham.Inilah yang dikatakan dengan ta'aruf (berkenalan).Kita juga memahami perkara yang disukai dan tidak disukai olehnya,kelebihan dan kelemahannya,masalah yang dihadapinya sehingga tanpa perlu dia memberitahu kita sudah memahaminya (tafahhum-persefahaman) dan dalam sebuah keluarga mestilah ada sifat takaful (tolong menolong) antara satu sama lain (antara ketua usrah dan ahli usrah dan antara ahli usrah dengan ahli usrah yang lain) seperti pertolongan membantu ahli yang inginkan pinjaman wang,perlu menjaga anak-anak mereka yang outstation,membantu mengajar perkara-perkara yang tidak tahu,memberi nasihat dan sebagainya.
Asas ini merupakan asas yang perlu setiap/semua ahli usrah bersedia untuk melaksanakannya apabila menyertai kumpulan usrah.

“Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.”-Riwayat Bukhari dan Muslim

2) Usrah bukan untuk mereka dari sekolah agama @ latar belakang agama @ orang 'baik-baik'(berkopiah,tudung labuh) sahaja
Siapa kata usrah untuk orang-orang baik sahaja,tetapi usrah adalah untuk mereka yang ingin jadi baik! 
Sungguh rugi mereka yang mempunyai anggapan bahawa usrah hanyalah untuk orang-orang 'baik' sahaja.Rugi kalau ada yang memberi alasan-alasan ini :

(X) saya belum cukup baik nak masuk kumpulan usrah
Pertanyaan : bila agaknya  masa yang kita rasakan 'cukup baik' ? kerana ajal tidak mengenal batas usia,kalau bukan sekarang bila lagi? kalau bukan diri sendiri yang berubah siapa lagi? apa tunggu lagi,rugi menunggu-nunggu peluang untuk membuat 'amal kebaikan.Sepatutnya/sewajarnya/sebetulnya kita yang mencari/mencipta peluang untuk melakukan kebaikan.

“Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik” (Surah al-Baqarah 2:195)

(X) saya tiada masa untuk memberi komitmen terhadap usrah 

Persoalan : Mengapa kita mempunyai masa untuk Fb?menonton wayang cerita dalam laptop? makan-makan di restoran? Sebenarnya bukan kerana kekangan masa tetapi kita yang tidak mahu memberikan/meluangkan
masa kita untuk perkara kebaikan.

 بَادِرُوا بالأعْمَال فتنا كقطع الليل المُظلِم
“Bersegeralah melakukan berbagai amal soleh sebelum datangnya bermacam fitnah seperti malam yang gelap gelita”. (Riwayat Ahmad, Muslim dan Tirmizi)

(X) saya malu untuk masuk kumpulan usrah
peribahasa melayu sendiri ada menyatakan malu bertanya sesat jalan.Malu unutk melakukan perkara kebaikan adalah perkara yang memalukan dalam sejarah hidup manusia kerana malu tanpa sebab-sebab yang relevan dan kukuh.contohnya: Jika anda lapar,perut memulas-mulas,adakah anda malu untuk membeli makanan? tentunya alasan itu tidak munasabah...anda sakit perut dan perlu ke tandas tetapi malu untuk pergi ke tandas (membayar wang masuk rm0.20),adakah alasan ini relevan?apatah lagi jika anda menyatakan alasan malu untuk melakukan perkara kebaikan...hendak 1000 daya tak hendak 100000 dalih

(X) belum sampai masanya/belum sampai seru lagi... 
Persoalan : Bilakah masanya yang sesuai untuk sampai masanya melakukan amal baik? 

(X) saya belum cukup ilmu agama dan banyak dosa,jadi saya tidak layak untuk masuk usrah
Pertanyaan seterusnya : usrah adalah satu kumpulan yang mengumpulkan hati dan niat manusia yang ingin menjadi baik berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.Melalui usrah kita ada semangat,kekuatan dan menambah kefahaman dalam mempraktikkan agama dalam hidup kita (life seorang pegawai tentera muslim,life sebagai pelajar muslim,life sebagai tahanan penjara yang muslim dan sebagainya) secara bersama-sama.Kalau nak lakukan berseorangan kita akan mudah lemah semangat,mudah mencair dengan pengaruh persekitaran,tiada tempat untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian terbaik dan sebagainya.
Semua manusia berdosa,tiada yang suci dari dosa kecuali para nabi dan rasul.Namun begitu mereka yang selalu bertaubat walaupun berterusan melakukan dosa sangat disukai Allah Ta'ala

“Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (Surah al-Baqarah (2:222)

Matlamat utama usrah adalah kita berkumpul bersama-sama untuk mengingati Allah dalam kita melancong,memancing,berkongsi kupasan buku dll (aktiviti-aktiviti usrah)sebagaimana keadaan orang muslim dan mukmin yang Allah firmankan dalam al-Quran :

Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.”  Surah al-Insan (76:25-26)

Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah Ali Imran (3:191)

3) Usrah bukan sekadar majlis ilmu.

Hmmm... ramai yang menganggap menghadiri usrah ni adalah menghadiri majlis ilmu.Anggapan itu betul tetapi tidak 100% betul kerana majlis ilmu adalah sebahagian daripada pengisian-pengisian usrah yang lain.Mengapa pula?
Melalui usrah kita boleh buat macam-macam perkara yang best-best belaka.Contoh?
Contohnya kita pergi memancing bersama-sama,program memasak,picnic (berkelah) di taman atau pantai,mendaki gunung,melancong,ziarah rakan-rakan keluarga usrah (kalau rakan-rakan usrah dari Sarawak,boleh pakat ziarah ramai-ramai ke Sarawak),bermain bola jaring,berbasikal dan baaaaaanyak lagi.Dalam aktiviti usrah ni kita adakan sesi tazkirah (peringatan) melalui tadabbur ayat-ayat al-Quran dan hadith lepas tu boleh la kita masak sama-sama,sambil-sambil memancing tu bincang tentang isu semasa,cerita masalah untuk dapatkan pandangan ahli usrah lain dan sebagainya.Haa,nampak tak masa  kita terisi dengan jayanya!
Contoh lain : sambil-sambil dalam perjalanan ziarah rakan usrah kita bincang tentang hadith atau bercerita tentang isu semasa tentang kehidupan diri sendiri dalam kereta (van dll),solat berjemaah bersama-sama,berbuka puasa bersama-sama,bangun qiamullail bersama-sama.Seronok melakukan aktiviti (melancong,memasak dll) kita dapat dan dalam pada yang sama masalah kita selesai dan ilmu baru pun kita dapat. =)

Oleh itu usrah bukan hanya mahu mengisi 'kepala' tetapi aktiviti usrah meliputi pengisian rohani (tadabbur al-Quran,hadith,solat berjemaah,qiamullail,berpuasa sunat bersama-sama,saling menasihati),pengisian fizikal (mendaki gunung,memancing,aerobik,berenang,memanah,paintball,main golf dll) dan pengisian ukhwah (family day out-usrah,ziarah,jamuan makan,majlis kesyukuran,ajak teman pergi beli buku,dll)
inilah USRAH! =)



 

No comments: