Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Wednesday, 23 May 2018

PERBEZAAN : Orang di Pantai Barat dan di Pantai Timur di Malaysia termasuklah Sabah,Sarawak ( Tiga Dunia satu Negara)

Kehidupan di Pantai Barat lebih banyak menerima kemajuan dan kemudahan materialistik berbanding dengan dengan mereka yang tinggal di Pantai Timur. Perkara yang paling ketara adalah dari segi pengangkutan awam. Pengangkutan awam di Pantai Timur banyak bergantung kepada bas, teksi dan yang terbaru GrabCar.

Kehidupan di Pantai Barat lebih banyak terdedah kepada kepelbagaian budaya, bangsa, agama, negara dan ini membawa kepada percambahan pemikiran bahawa bukan 'KITA SEORANG SAHAJA YANG HARUS HIDUP DI SINI'...berbeza dengan di Pantai Timur tidak banyak terdedah dengan komuniti lain bangsa apatah lagi mix together dengan golongan muallaf, orang asli atau refugee dan jika ada ianya banyak bertumpu di kawasan bandar sahaja. Bagi mereka tiga golongan ini sudah seperti melihat 'alien' dan tidak tahu bagaimana cara nak approach mereka...

Isu yang dibincang di kawasan Pantai Barat lebih banyak mencabar pemikiran kritikal dan banyak mendapat sambutan di sana seperti isu Good Governance, isu Pendidikan Holistik, Isu kemanusiaan seperti Rohingya dibincang bukan sahaja di universiti tetapi di masjid-masjid dan surau-surau. Ianya dibincang dengan bersemangat dan berfakta tetapi di Pantai Tmur isu ini masih dianggap terlalu tinggi untuk difahami dan dibentangkan kepada orang awam dan lebih banyak bertumpu kepada isu kaifiat solat gerhana bulan atau politik dalam Islam (masih bersifat umum dan asas dan program seperti ini ramai yang masih berminat untuk hadir). Termasuklah isu-isu agama isunya juga bertaraf pemikiran tinggi di Pantai Barat seperti 'Menangani perbezaan mazhab di Malaysia', 'Fiqh Awlawiyyat', 'Spectrum of Multicultural aspects in Malaysia'.

Di Pantai Barat, cepat itu sistematik tetapi tidak di Pantai Timur, mungkin menunggu bas selama 1 jam untuk ke bandar masih biasa dan 'normal'. Di Pantai Barat adalah biasa apabila pulang ke kampung dengan kapal terbang tetapi mungkin masih 'rare' jika orang Pantai Timur memilih naik flight untuk balik kampung, biasanya masih cenderung memilih bas dan option ini memang popular di Pantai Timur biarpun perjalanannya ambil masa selama 6/8 jam. (*flight AA)

Di pantai Barat bercampur dengan pelbagai fahaman, bukan setakat Syiah tetapi fahaman Liberal, Sekular dan sebagainya dan kedatangan warga asing yang masuk secara haram/human trafficking itu sudah biasa bagi mereka. Di Pantai Timur belum banyak terdedah dengan perkara sebegini malah mereka masih pening mendengar perkataan Liberal..hanya generasi muda IPTA yang tinggal di Pantai Timur sahaja yang biasa mendengar perkataan ini.

Di Pantai Barat, warganya tidak terkejut melihat orang lain bercakap selain daripada bahasa Melayu..seperti Bahasa Cantonese, Hokkien, Tamil termasuklah bahasa Inggeris. Kalau di Pantai Timur mungkin sukar untuk expat survive di situ kerana bahasa selain bahasa loghat adalah sesuatu yang 'asing dan ganjil'.

Makanan di Pantai Barat bervariasi kerana percampuran budaya daripada Jawa, Banjar, Minang, Cina, Mamak, India dan makanan antarabangsa. Beegitu juga dengan bahan-bahan masakan di super market lebih bervariasi (seperti pasta dan pelbagai jenis cheese) dan ianya  tidak sukar untuk dijual di Pantai Barat jika dibandingkan di Pantai Timur...
di Pantai Timur patternya lebih kurang sama seperti kebanyakkannya masakannya iaitu manis, jarang pedas (kecuali kawasan dekat dengan Thailand), banyak berasaskan ikan malah masih kurang cepat diterima masyarakat jika diperkenalkan makanan seperti kimchi, sushi ( kecuali golongan muda-itupun tak ramai) dan makanan tradisional lain seperti cucur badak, seri muka juga agak asing bagi mereka.

Kemudahan kesihatan masih lagi bertumpu di Pantai Barat seperti IJN, dan specialist-specialist seperti ENT, darah, tulang dan sebagainya.

Di Pantai Barat lebih advance dengan pelbagai jenis kesedaran dan program kebajikan seperti Kempen Solat Subuh Berjemaah, Tabung subuh, group Anti Riba, Anti Racism, Free Food Drive, Weekenders Club dan macam-macam lagi dan percambahan program ini tidak sebanyak di Pantai Timur. Di Pantai Barat juga maju dengan perkhidmatan kesihatan,pendidikan percuma untuk golongan asnaf yang dijalankan oleh pihak persendirian, universiti dan swasta.

Di Pantai Barat, internet itu murah dan biasa ada di mana-mana termasuklah internet percuma di masjid. Di Pantai Timur mungkin perkara ini masih asing dan mereka banyak bergantung kepada data internet masing-masing ( bukan free wifi).


Masjid juga tempat belajar (tidak semesetinya belajar ilmu agama), tempat bermasyarakat (kenduri kahwin, bersukan (ping ping, chess dll) dan bukannya tempat solat, berzikir dan ceramah agama semata-mata.

Pusat pengajian di Pantai Timur lebih banyak bertumpu kepada maahad, madrasah dan pengajian agama. Namun begitu di Pantai Barat telah bercambah dengan pengajian gabungan Islam dan Sains di peringkat sekolah rendah sehingga universiti dan bukan setakat gabungan Akademik dan Hafazan Quran. Percambahan sekolah antarabangsa di Pantai Barat juga bukanlah sesuatu yang asing.

Keluarga campuran di Pantai Barat juga lebih berkembang jika dibandingkan dengan keluarga di Pantai Timur ( yang masih lagi sedikit berlari untuk keluar daripada stigma berkahwin sesama orang satu negeri). Jika di Pantai Barat ianya menjadi semakin biasa Melayu berkahwin dengan Cina/India, atau India berkahwin dengan Cina, Melayu berkahwin dengan orang Pakistan/Amerika Syarikat, Melayu berkahwin dengan Rohingya/Palestin/Syria.

Isu pencemaran di pantai Barat lebih meluas memandangkan tahap pencemaran di Pantai Barat lebih tinggi (Selangor, Pulau Pinang, Johor) jika dibandingkan dengan Pantai Timur. Indeks kualiti air dan udara di Pantai Timur lebih terpelihara jika dibandingkan di Pantai Barat. Namun begitu kesedaran menjaga alam sekitar seperti amalan kitar semula, bersihkan pantai, minggu berbasikal tanpa berkereta, Program Tanam 1 pokok untuk 1 rumah/syarikat lebih banyak dilaksanakan di Pantai Barat berbanding di Pantai Timur.


Isu OKU  dan komuniti pesakit yang 'special' lebih banyak mendapat perhatian di Pantai Barat termasuklah kelainan upaya kanak-kanak seperti Syndrome Down, Celebral Palsy, Autism, Kanser dan sebagainya jika dibandingkan dengan di Pantai Timur.



Cabaran beragama Islam dan memahami perbezaan agama dan mazhab lebih dirasai oleh mereka yang tinggal di Pantai Barat jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Pantai Timur. Namun begitu ini tidak bermakna kesedaran Islam di Pantai Barat kurang baik, mungkin kefahaman itu lebih dirasai per'kembangan'nya dan berpijak kepada tanah ( bukan teori) apabila tinggal dan belajar di Pantai Barat.


Mengurus manusia di Pantai Barat lebih kompleks berbanding dengan di Pantai Timur. Seperti siasatan kes bunuh yang melibatkan bukan warganegara Malaysia, isu biasa seperti pendaftaran perkahwinan campur (contoh: Melayu kahwin Cina, Cina kahwin orang Laos) mungkin tidak 'biasa' ditangani jika berlaku di Pantai Timur dan lebih janggal jika melibatkan warganegara beragama Islam. Siasatan kes besar mungkin menjadi kejutan dan tidak dapat ditangani oleh pekerja di Pantai Timur dan perlu mendapat rujukan di Pantai Barat.

Kesedaran Hak, seperti Hak Kepenggunaan, Hak Wanita, Hak Pekerja lebih tinggi di Pantai Barat di Pantai Timur dan ianya perkara yang biasa dibincangkan dan biasa membuat laporan kepada pihak berwajib jika dibandingkan dengan mereka yang tinggal di Pantai Timur.


Daripada kesemua perbandingan secara rawak (boleh diambil kira daripada faktor jumlah populasi, kedudukan geografi kewangan, cara urus pentadbiran) antara Pantai Barat dan Pantai Timur, Sabah dan Sarawak pula mengalami perbandingan yang amat-amat ketara..banyak yang mereka perlu kejar sama ada daripada aspek pembangunan ( jalan raya, kemudahan infrastruktur, internet, peralatan kesihatan,sukan, makanan asas (contoh: roti), halal dll), begitu juga dengan masjid dan surau. Terutamanya umat Islam di sana yang ketandusan madrasah, pusat pengajian dan surau-surau. Populasi mereka lebih  bervasirasi dengan kepelbagaian bangsa..bukan sahaja Melayu dan Islam. Namun begitu bahasa Inggeris juga agak asing bagi mereka (sama seperti di Pantai Timur, Kedah,Perlis).


Oleh itu, fahami bagaimana KAMI rakyat MALAYSIA berfikir, membesar dan berbeza pendapat dan KITA melihat Malaysia perlu membesar daripada sudut yang berbeza. Oleh itu tidak semestinya sensitiviti di Pantai Barat adalah sesuatu yang penting di Pantai Timur

 Begitu juga ada beberapa isu di Pantai Timur itu masih penting tetapi bagi mereka di Pantai Barat ianya adalah isu lapuk

Boleh jadi isu di Pantai Barat itu adalah isu terkini tetapi masih asing bagi mereka yang tinggal di Pantai Timur

Saturday, 24 December 2011

Dekat tetapi jauh..isu yang tidak lapuk buat masa sekarang

    REAL scene in Ghozzah(Gaza),not a great wall but some pieces of rocks    
    that show arrogance and oppression from its architects
                        Ya,Kebenaran PASTI MENANG!yang batil takkan kekal!

Tidak terlalu ironi untuk membuat sedikit kilasan perspektif  mengenai tembok pemisah di Ghozzah dengan tembok pemisah dalam diri kita.Isu may seem sensitive but the main purpose to reveal the issue is all about muhasabah.
Dalam menjalankan kebaikan pun ada spekulasi,ada prasangka,ada rasa kurang senang apabila ada pihak lain turut melakukan perkara hampir sama tetapi cara sahaja yang berbeza.Wujud kosa kata khas iaitu 'KLIK' atau 'JEMAAH' atau 'KUMPULAN' atau 'FIKRAH'

*Mereka bukan 'Klik' kita,biarkan mereka*
*Buat apa dekati dia,dia bukan nak ikut jemaah kita pun*
*Sedih rasanya apabila awak bukan dalam fikrah kita*
*Si Q tu 'kumpulan' lain,kita kumpulan lain,mana sama!*

{Perebutan mad'u boleh jadi satu perebutan yang sihat kerana menunjukkan betapa seriusnya dan ambil beratnya kita dalam dakwah dan islah kepada masyarakat.Tetapi boleh jadi satu BAHAYA Besar apabila masing-masing bercakaran,label melabel dalam merebut mad'u yang sama}....Inilah yang patut kita sedihkan.

Sila jawab situasi ini:
Destinasi saya ,anda dan mereka ialah ingin ke negeri Pahang pada 23 Januari 2012.Adakah salah jika saya ingin ke sana dengan kereta?Adakah satu kesalahan jika anda membeli tiket kereta api ke sana?adakah salah jika mereka menempah tiket kapal terbang untuk ke Pahang?

Majoriti yang waras tidak akan menghalang kehendak saya,anda dan mereka kerana tetap sampai ke destinasi yang sama,cuma perbezaan masa sampai sahaja.Kalau naik kapal terbang tentunya sampai awal,kalau kereta api lambat lagi nak sampai tetapi harganya lebih murah.Saya memilih kereta kerana saya berkemampuan memandu sendiri,ada kereta buat apa tak guna,ye tak?anda memilih kereta api kerana kosnya paling murah dan lebih selesa (dapat tidur dan menikmati kerehatan dengan baik),manakala mereka memilih kapal terbang kerana ingin sampai dengan cepat dan mempunyai kewangan yang cukup (plus mampu beli tiket kapal terbang)

Isinya di sini ialah kemampuan dan keserasian para pengguna kenderaan menyebabkan saya,anda dan mereka membuat pilihan masing-masing betul tak?saya,anda dan mereka akan berada di tempat yang sama juga akhirnya betul tak?Pahang kan?takkan terlajak pula ke Kelantan atau Terengganu?

Kesimpulan :Walaupun kita berbeza kumpulan dakwah,cara pendekatan kita berbeza,cara sudut pandang pun berbeza TETAPI matlamat kita tetap sama iaitu supaya agama Allah (Islam-dianalogikan dengan Pahang) tertegak dengan yang sepatutnya diperintahkan oleh Nya,tak begitu?akidah kita tetap sama,betul tak?cara sahaja yang berbeza (ada yang bermula dengan individu muslim,ada bermula dengan politik,ada yang bermula dengan jihad,ada yang bersifat menyampaikan directly,face to face) kerana saya rasa diri saya sesuai dengan cara itu,dia rasa dia serasi dengan cara ini dan mereka rasa rela menyumbang untuk Islam dengan cara selain ini dan itu.Semuanya diredhai Allah asalkan caranya tidak bertentangan dengan syara'.

Dipersilakan berada dalam klik itu jika saya rasa saya mampu optimumkan sumbangan saya dalam Islam dengan klik itu,

yes,really support you if that jemaah can make you feel the practising of Islam look great to you in that way,

sangat gembira seandainya mereka sertai fikrah lain jika mereka dapat aktifkan diri untuk terus menegakkan kebenaran Islam.

saya gembira adanya kepelbagaian dalam dakwah kerana saya tidak rasa keseorangan dalam menunaikan amanah Allah,saya bersyukur ada kepelbagaian jemaah dakwah kerana kita saling melengkapi antara satu sama lain,saya rasa sangat best kerana kepelbagaian klik dan fikrah(cara fikir Islam) kerana menunjukkan indahnya Islam dalam menambat hati raaaaaamai orang melalui pendekatan masing-masing.kalau satu sahaja pendekatannya,percentage untuk orang yang tertarik menjadi duta Islam yang komited takkan ramai kerana perwatakan manusia berbeza-beza.Satu pendekatan tak mampu memberi jiwa kepada 101 jenis karakter manusia.

Mampukah saya,anda dan mereka memberi cadangan klik,jemaah atau kumpulan dakwah yang lain seandainya mereka rasa tidak serasi dengan jemaah saya@kumpulan anda@klik dakwah mereka?

Sayang sekali membiarkan potensi untuk mereka berdakwah disembunyikan dan tidak lagi digilap apabila mengetahui bahawa mereka tidak lagi mahu bersama saya/anda/mereka.Sebaiknya berilah,tunjuklah,cadanglah kepada mereka mengenai satu pandangan lebih luas mengenai jalan Islam bahawa ada lagi pendekatan dakwah yang lain daripada klik/kumpulan/jemaah yang lain yang mungkin sesuai dengan mereka.

Seronok apabila kita sama-sama bantu membantu dalam melakukan kebaikan,menyampaikan kebenaran betul tak?

Ayuh,jangan merugikan diri sendiri merebut mad'u,biarkan mereka membuat pilihan untuk memilih yang mana satu yang sesuai dengan perwatakan mereka.Kerana insyaAllah kita akan bertemu kembali di titik yang sama kerana jangan lupa,destinasi kita serupa! =)

Surah an-Nisa' ayat 110 

Yang bermaksud : 'Kamu wahai umat Muhammad adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segala yang salah. Serta kamu beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

surah al-Maaidah,ayat 2: 
Maksudnya:Hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

sama-sama perbaiki diri 

Ya Allah,janganlah Engkau menjadikan kami menzalimi orang yang berusaha mendekatkan diri kepadaMu dan jauhkanlah kami daripada sifat mazmumah yang menyebabkan kami seolah-olah telah melupakan ajaranMu

-uhibbukum fillah-