Pada sebatang pena
Apapun nilai
Apapun kualiti
Natiahnya adalah isi
Pada sebatang pena
Kata yang diluah atau dilukis
Akan menyingkap makna dan rasa
Pada sebatang pena
Walau tak berbunyi
irama kata melekat di minda
Pada sebatang pena
Nilainya bukan pada kalam
Kualitinya ada pada seni dan isi
Pada sebatang pena
Isinya mampu dibawa ke mati
dan penanya ditinggal
Semangatnya terus hidup
Pada sebatang pena
Jika faham fungsinya tetap akan menulis
Biar sepi dipandang mahkluk
Namun niat menukil isi mampu
merentas dua alam
No comments:
Post a Comment