Tuesday, 9 March 2021

Organisasi dakwah atau NGO dan kaitannya dengan kebajikan ahli

Assalamualaykum dan salam sejahtera.

Sebuah NGO kebiasaannya akan dilihat sebagai satu platform bersifat kebajikan dan gerak kerja yang memerlukan penglibatan sukarelawan berbentuk percuma sama ada dari sudut masa, tenaga dan idea. Penulis ingin mmebuat seruan terbuka supaya kebajikan sukarelawan juga dipelihara dan dipandang sebagai sesuatu yang serius terutamanya melibatkan isu kesihatan dan keselamatan.

Tidak dapat dinafikan gerak kerja sukarelawan bersifat sukarela namun ada unwritten ikatan yang menyebabkan akan ada satu kumpulan kecil atau 2-3 individu banyak memberikan masa mereka termasuklah waktu hujung minggu untuk merealisasikan objektif, visi dan misi sesuatu program dalam sesebuah NGO tercapai dan berjalan dengan lancar. Unwritten ikatan tersebut bukanlah sesuatu yang negatif. Ianya juga boleh dilihat daripada perspektif yang positif seperti komitmen sesetengah individu tersebut lebih terserlah apabila wujudnya self belonging, sense of acceptance, emotional attachment, sense of hope,sense of growth, dual satisfaction atau self motivation yang menyebabkan seseorang individu tetap komited bersama-sama sesebuah NGO sehingga sanggup mengorbbankan masa, tenaga dan harta yang ada. Penulis sama sekali tidak menafikan dorongan yang membawa seseorang untuk komited juga afalah berdasarkan kepada aspek keagamaan seperti ikhlas, membantu dalam perkara kebaikan dan sebagainya. 

Namun. begitu untuk mendapatkan sukarelawan yang sihat, growing dan benar-benar mandiri kita perlulah mempunyai sikap cakna yang mendalam terhadap mereka termasuklah menjaga kebajikan mereka. Berikut penulis senaraikan kebajikan sukarelawan which can be unspoken or being silence without being realize by NGO’s around the world:


a) Hak masa 

- Seringkali kita memahami hak masa untuk sukarelawan yang sudah berkahwin. Biasanya hak masa untuk mereka yang bujang atau tiada banyak komitmen keluarga akan dieksploitasi atau take for granted ke atas mereka. Jika mereka bekerja untuk terlalu banyak task sehingga tiada masa untuk cakna akan diri mereka sendiri dan orang terdekat seperti keluarga ianya bukanlah satu indikator terbaik untuk anda terus bersama NGO tersebut. Cadangan penulis adalah organisasi NGO tersebut perlu lebih aktif untuk memperbaiki sistem pengurusan manusia. Jika seorang individu telah memgang lebih daripada 2 task dan melibatkan dia  bekerja lebih masa termasuklah waktu hujung minggu MAKA NGO tersebut perlulah menganjurkan program berkadaran dengan bilangan sukarelawan yang ada. Cukuplah satu programsebulan jika kita hanya ada 3 orang sukarelawan. Satu program yang berimpak tinggi sahaja sudah memakan masa satu bulan untuk menguruskannya apatah lagi banyak program! Seperti memikirkan dana, cara tarik crowd, membincangkan content program, medium dan media apa yang akan digunakan, pendaftaran, muhasabah program dan sebagainya. Tambahan pula jika sukarelawan tersebut bukan seorang penganggur maka dia sudah punya komitmen tetap di tempat kerjanya untuk meneruskan survival hidup, bayangkan jika dia perlu melakukan lebih daripada 2 task menjadi sukarelawan! Ianya tidak adil jika kita katakan bahawa sukarelawan tidak bersungguh atau komited sedangkan kita sebagai pihak pengurus juga punya tanggunjawab dalam menguruskan beban kerja dan aktiviti yang kita jalankan.


b) Hak keselamatan

-Sesebuah NGO lebih-lebih lagi tidak memberikan emolumen atau gaji jika membantu lebih masa terutamanya waktu malam ianya bukanlah satu NGO yang mempunyai sifat kebajikan yang tinggi. Kerja sukarelawan yang melibatkan waktu malam terutamanya golongan bujang termasuklah lelaki dan wanita merupakan satu perkara yang membimbangkan. Jika yang sudah berkahwin boleh excuse tidak keluar malam kerana faktor anak dan isteri timbang tara yang sama juga patut kita beri kepada orang bujang.Pulang lewat malam kerana mesyuarat atau usrah sepatutnya dapat dielakkan. Sesungguhnya kita bertawakkal kepada Allah itu penting namun kita juga perlu melakukan usaha menjaga keselamatan diri.Cadangan penulis adalah lakukan usrah online secara berkala dan usrah bertemu muka pada hujungminggu waktu siang.  Jika mesyuarat perlu dilakukan pada waktu malam lebih baik ketua yang mengadakan mesyuarat memilih untuk online. Tiada zouq atau rasa jika tidak bertemu muka bukan satu alasan untuk kita meremehkan soal keselamatan individu. Sebaliknya yang perlu kita ambil berat adalah keselamatan individu. Penggunaan media sosial sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing, manusia perlu berubah mengikut peredaran zaman dan mesyuarat atau usrah secara online juga bukanlah sesuatu yang bercanggah dengan Islam memandangkan suasana zaman kini banyak bahaya yang menanti dan jika insiden yang tidak diingini berlaku disebabkan oleh mesyuarat atau usrah yang kita laksanakan pada waktu malam..adakah NGO tersebut dapat bertanggungjawab terhadapnya? Jika ya, lebih banyak fitnah akan melanda berbanding sisi positifnya.

Jika tidak dapat membiasakan diri dengan online sudah tiba masanya NGO bertindak drastik dalam menubuhkan projek setempat,setaman atau sekampung. Jika mahu bermesyurat hanya perlu berjalan kaki kerana ianya projek di taman masing-masing, rumah sebelah menyebelah tidak perlu memandu jauh 30 minit untuk bermesyuarat kerana pihak pelaksana seorang di Ampang,seorang di Batu caves,seorang lagi 5km dari tempat mesyuarat.


c) Hak bersuara dan memberikan pendapat

- Seorang sukarelawan lebih-lebih lagi sukarelawan yang komited perlulah diberi tempat untuk memberikan pendapat kerana mereka adalah badan pelaksana dan mereka juga antara individu yang kerap bertemu langsung dengan masyarakat dan orang awam. Mereka tentunya mempunyai banyak idea dan inovasi yang dapat mempercepat gerak kerja lebih-lebih lagi urusan teknikal. Mereka juga melalui sendiri cabaran dalam berurusan dengan orang lain dari segi pengurusan program dan networking. Oleh itu sebagai ketua atau orang atas mengambil kira pandangan dan memberi kepercayaan kepada mereka untuk berinovasi adalah salah satu hak yang tidak boleh dipandang remeh. 




No comments: