Covid-19: Antara harapan dunia dan harapan manusia
Kewujudan dan keizinan Allah membenarkan covid-19 tersebar ke seluruh dunia berkemungkinan besar kerana Allah memakbulkan doa para makhlukNya yang lain seperti doa haiwan dan tumbuhan. Sudah puluhan hampir ratusan tahun manusia lupa bahawa alam ini milik bersama yang perlu dijaga kebersihan dan ‘kesihatannya’ namun lupa atas alasan sibuk dengan keuntungan, harta dan persaingan pangkat atau kedudukan.
Berikut adalah kebaikan covid-19 yang kita dapat muhasabah bersama:
a) Runtuhnya ego kuasa besar dan white supremacist. Beberapa negara yang dominan di dunia dijangka akan collapse untuk beberapa bulan akibat hentaman covid-19 pada tahun 2020 termasuklah US, UK, China dan Russia. Hal ini demikian kerana pekerja atau sumber manusia meninggal dunia dan rutin kehidupan manusia terganggu menyebabkan banyak sukber pertanian,pembuatan dan pelancongan terhenti kerana fokus kepada pembersihan dan perubatan. Seluruh dunia juga menyedari bahawa mereka tidak boleh hidup sendiri kerana piramid makanan satu-satu negara tidak akan lengkap tanpa ‘bantuan‘ daripada negara-negara lain. Contohnya beras sendiri tidak dapat dihasilkan dalam jumlah yang banyak untuk keperluan rakyatnya jika hanya bergantung kepada pokok padi yang ditanam dalam negara sendiri apatah lagi sayur-sayuran, telur, bawang, garam dan tepung.
b) Pengajaran pahit untuk orang yang berhutang secara riba/faedah/bunga/interest. Negara- negara awal yang terkena hentaman covid-19 mula melalui fasa kemerosotan ekonomi. Banyak hotel, mall dan syarikat gergasi yang gah binaannya tetapi dibeli atau pinjaman berunsurkan riba ditutup atau muflis kerana pulangan keuntungan tidak mampu membayar hutang plus interest yang bertambah setiap bulan. Sesuatu yang menarik, kedai-kedai kecil yang disewa atau berhutang semata-mata tanpa riba tidak terjejas besar malah masih mampu beroperasi seperti biasa. Ekoran daripada itu lebih daripada 5% pekerja telah dibuang kerja dan ada antara mereka mula berpindah keluar daripada negara tersebut kerana perlu bekerja di bahagian pusat kerana branch company yang terletak di luar negara telah ditutup. Banyak SALE harga runtuh dibuat termasuklah barangan berjenama namun kerana ramai yang dibuang kerja atau gaji banyak dipotong kerana tidak dapat bekerja sama ada kerana kuarantin, dijangkiti covid-19, atau tempat kerja diarahkan tutup (kerana rakan sekerja atau majikan terkena covid-19), SALE tersebut masih tidak laku dan akhirnya kedai tersebut terpaksa ditutup dalam jangka masa yang amat lama atau buat selama-lamanya.
c) Alam sekitar mengalami situasi mati hidup semula. Jika dahulu kawasan pelancongan, sungai dan laut runsing dengan kehadiran pelancong,bukan pelancong seperti manusia yang memiliki kilang yang tidak henti-henti mengotorkan alam sama ada dari segi kenderaan, sisa buangan kilang, sisa baja pertanian dan penternakan dan pembuangan sampah, sisa pembaziran makanan yang seolah-olah tidak tahu bila mahu tamat ( termasuklah pembaziran di bulan Ramadhan, makanan terbuang jika dikumpulkan boleh menjadi bukit, jika dikumpulkan daripada setiap negara boleh jadi hampir menyamai satu gunung). Setinggi-tinggi gunung Everest pun tercemar akibat pendaki dan pelancong yang datang tidak tahu menjaga kebersihan alam. Sedalam-dalam air laut pun masih dapat dijumpai plastik. Sejak adanya lockdown, RMO manusia tidak banyak menggunakan kenderaan.Banyak kilang terhenti kerana kekurangan pekerja, terpaksa ditutup akibat muflis penangan serangan covid-19 menjadikan haiwan-haiwan, algae yang hidup dalam sungai dan laut mengucapkan syukur akhirnya mereka hidup bebas menikmati kehidupan tanpa plastik, gas monoksida dan bahan-bahan kimia yang lain. Impak lockdown, RMO juga menjadikan manusia lebih banyak berjimat untuk tidak membazirkan makanan kerana kurang wang untuk berbelanja makanan ‘mewah’, membeli makanan yang perlu,memasak apabila benar-benar lapar. Penggunaan plastik juga berkurang kerana manusia tidak lagi terlalu membeli belah kerana mahu menjimatkan wang. Situasi ini berlaku hampir serentak di setiap negara dan akhirnya dunia i.e earth mengalami penyembuhan,thanks to covid-19 yang datang dengan izin Allah. Sesuatu yang menarik covid-19 menyerang manusia tetapi tidak pada tumbuhan,haiwan dan air..unik,bukan?
d) Kita dilayan secara sama rata. Covid-19 telah menyerang golongan paling miskin iaitu homeless sehinggalah kepada menteri dan raja seperti Prince Charles. Ibarat satu saf semua sama di sisiNya begitulah covid-19 memberi pengajaran kepada kita. Jika dahulu penyakit seperti malaria dan kirang zat makanan wujud kerana mereka miskin,tidak berharta sehingga tidak mampu membeli makanan yang cukup apatah lagi makanan bernutrisi dan peralatan mencuci, ubat dan supplement kini harta bukan ukuran pada covid-19. Sekuat dan sehebat manapun belanjawan terhadap pembinaan atau ubahsuai istana atau pembelian senjata pertahanan satu negara mampu ditembusi covid-19. Keadaan ini memberi kesedaran sektor kesihatan dan PENGURUSAN KESIHATAN RAKYAT adalah PENTING SAMA PENTING dengan sektor ekonomi dan pertahanan. Kesihatan bukan lagi satu yang eksklusif apabila wujudnya covid-19 atau bersifat setempat seperti penyakit ebola atau malaria..jika seorang manusia homeless sakit jika tidak dirawat kerana dia MISKIN,TIDAK PUNYA WANG UNTUK BAYAR KOS PERUBATAN ianya mampu menganggu satu negara yang materialistik yang hanya suka mengejar wang dan mengabaikan hak asas manusia/ rakyat di bawahnya. Akhirnya negara itu sendiri terkorban dan untuk memulihkan kembali kerosakan lebih mahal dan perit jika dibandingkan dengan mencegah! Cukuplah adanya virus covid-19 di tangan si homeless mampu runtuhkan satu negara jika negara hanya memandang kesihatan dan ubat adalah untuk orang yang ada wang!
e) Mencabar kefahaman manusia terhadap Islam dan menyedarkan orang yang jauh daripada Allah. Jika dahulu netizen sibuk menyalahkan tsunami dan bencana yang lain akibat perbuatan golongan maksiat, kehadiran covid-19 membuka mata apabila super spreading turut melibatkan golongan tabligh selain daripada cluster yang melancong atau baru balik kerana business atau misi kemanusiaan di luar negara. Begitu juga dengan penularan virus ini banyak menyalahkan golongan Wuhan yang masih keluar daripada tempat outbreak. Ianya ibarat meludah ke langit dan terkena batang hidung sendiri. Tidak perlu menyalahkan sesiapa sebaliknya jika melihat perkara begini perlu muhasabah diri sendiri dan mempersiapkan diri. Situasi ini juga jelas ternampak oleh negara US,UK dan Eropah yang masih relax dan mengangap ‘this is China virus/Wuhan virus’ yang hanya menyerang negara China atau Asia akhirnya negara mereka sendiri collapse dan alami krisis besar apabila terbongkar sebagai negara maju namun poor health care system.
f) Back to basic. Kewujudan virus ini menjadikan manusia menyedari apalah gunanya tahun 2020 jika perkara basic pun tidak lulus/ tidak lepas. Banyak mesej tentang perkara asas seperti menjaga kebersihan dan kesihatan diri, kekeluargaan, keharmonian kaum dan agama, sifat syukur,keamanan dunia. Jika dahulu lockdown hanya untuk orang Palestin sekarang baru kita faham perasaan ‘lockdown’ orang Palestin. Jika dahulu kita merungut gaji ciput apabila lockdown baru merasai indahnya ada gaji dan bekerja biarpun sedikit. Jika dahulu mungkin tidak sedar anak sudah membesar,pasangan sudah banyak uban di kepala apabila lockdown baru sedar semua ini apabila duduk di rumah selama 14 hari. Jika dahulu sibuk kejar wang lupa kebersihan dan kesihatan diri barulah sekarang kita take for granted nikmat mempunyai komuniti yang sihat adalah nikmat yang lebih besar daripada punya syarikat atau kenderaan sendiri kerana keluarga yang sakit, pekerja yang sakit dan customer yang sakit menyebabkan bisnes anda juga merudum!
g) Semua orang ada peranan masing-masing. Jika dahulu kita mungkin pandang sebelah mata golongan cleaner, kaum lain,golongan posmen, tukang buang sampah dan delivery man/women...rupa-rupanya SETIAP DARIPADA KITA ADALAH PENTING. Cukuplah dengan kehadiran covid-19 kita sudah nampak peranannya. Suami dan isteri juga penting. Suami terkorban akibat lockdown kerana mencari rezeki dan isteri yang sejak dulu risaukan kesihatan suami dan anak-anak dan antara ahli keluarga paling rajin periksa suhu badan dan kesihatan ahli rumah. Kali ini semua yang duduk rumah memainkan peranan yang penting untuk sama-sama menyekat penyebaran virus ini. Tidak dilupakan juga kepada jiran tetangga, golongan pertahanan,perubatan dan keselamatan yang bertungkus lumus menggandakan jumlah waktu bekerja untuk kesejahteraan bersama. Kita juga melihat semua kaum sebenarnya tidak dapat tinggal secara sendirian. Jika tidak rantaian covid-19 tidak dapat diputuskan!
h) nikmat mempunyai ahli keluarga yang masih hidup dan nikmat keluar rumah dalam keadan suasana persekitaran bersih dan sihat.dan balik kampung, we do take this for granted!
i) Nikmat mempunyai kehidupan yang rutin. Jika dahulu selalu ke masjid atau tidak mengapa terlepas hadir ke masjid untuk Jumaat atau solat raya sekarang baru tersedar ianya satu nikmat!
Nikmat bukan sekadar wang,ianya juga adalah sesuatu yang kita tidak sedar!
j) kegembiraan bagi mereka yang berhutang tanpa riba dan yang menyimpan, kerana mereka golongan yang least effected dalam situasi ini.
j) kegembiraan bagi mereka yang berhutang tanpa riba dan yang menyimpan, kerana mereka golongan yang least effected dalam situasi ini.
No comments:
Post a Comment