Saturday, 4 April 2020

Persediaan Ramadhan 1441 Hijrah, tahun 2020



a) Ulang kaji bab puasa, solat tarawih bersama-sama ahli rumah masing-masing sama ada ahli keluarga/ mertua/ rakan serumah.

b) Prepare menu masakan supaya dapat kumpul bahan masakan sebelum masuk bulan Ramadhan atau compile nama-nama orang yang available untuk COD makanan dan barang basah supaya buka puasa dalam keadaan tidak kelam kelabut. Kali ini kita tidak dapat keluar membeli belah seperti biasa dan kurangkan keluar rumah.

c) Persiapkan diri dengan skill online call/video supaya boleh tadarus online, sedekah atau infaq online, belajar agama online, beli buku elektronik online

d) Mesyuarat bersama ahli rumah siapa yang akan jadi imam tarawih, siapa yang nak masak sahur dan berbuka puasa, siapa yang kena beli barang dapur atau pesan barang makanan basah untuk COD. Supaya masuk Ramadhan hanya perlu fokus untuk ibadah. Frontlines yang berkeluarga juga perlu berbincang tentang bagaimana bersahur dan berbuka pada tahun ini.

e) compile alamat,akaun bank sedara-mara,kawan-kawan dan jiran yang susah termasuklah golongan muallaf dan di bawah UNCHR dan buruh kasar Muslim yang datang bekerja di tempat atau negeri kita supaya kita dapat transfer duit atau COD makanan sebagai infaq 29/30 hari bulan Ramadhan.

f) bagi duit raya dalam bulan Ramadhan

g) target keluarga/ rakan serumah untuk habiskan 1 buku untuk bulan Ramadhan @ hafal 1 surah sepanjang Ramadhan, atau tanya khabar saudara mara jauh atau guru/ sahabat 1 bulan sepanjang Ramadhan yang boleh dibuat di rumah atau apa terget lain yang boleh dilakukan bersama-sama ahli rumah untuk Ramadhan.

h) pos baju raya atau beli kuih raya COD yang dekat dengan rumah ibubapa atau mertua pada awal Ramadhan sebagai tanda ingatan kerana tidak dapat balik raya seperti tahun-tahun sebelumnya kerana virus covid-19.

i) sediakan list doa supaya awal Ramadhan boleh terus siap berdoa,tidak termangu-mangu. Pembahagian doa boleh dikategorikan kepada 5 iaitu untuk diri sendiri,keluarga dan pasangan, saudara mara, rakan-rakan,jiran dan umat Islam.

j) checklist ibadah bulan Ramadhan supaya tidak ada yg tertinggal.

No comments: