Friday 21 September 2018

Cadangan belanjawan 2019


Saya cadangkan fokus Malaysia Baru untuk belanjawan tahun 2019 adalah kepada aspek penjimatan, inovasi,keharmonian, kelestarian alam dan volunteerism.

1- Kembalikan semula biasiswa MyBrain dan MyPhd dengan memfokuskan kepada pemohon yang banyak melakukan kerja yang menyumbang kepada masyarakat terutamanya daripada aspek volunteerism dan bukan hanya bertumpu kepada pekerjaan dan dunia akademik semata-mata. Hal ini demikian kerana kebleh upayaan melakukan kerja sukarela selepas graduasi di peringkat sarnaja muda menunjukkan calon mempunyai kelebihan yang diperlukan oleh negara iaitu kebolehan pengurusan masa yang baik dan skill bermasyarakat. Selain dari itu biasiswa juga diberi kepada golongan OKU, orang asli  selain daripada etnik minoriti di Malaysia yang ingin menyambung pelajaran sama ada di peringkat sarjana atau kedoktoran.

2- Peruntukan kewangan diberikan kepada sesiapa sahaja yang melakukan kerja sukarela paling minima selama setahun dalam mana-mana organisasi. Peruntukan ini diberi dalam bentuk pakej, skim atau voucher. Voucher atau pakej ini mestilah dalam bentuk memenuhi keperluan seharian/keperluan asas  rakyat dan bukanya voucher melancong, membeli kereta. Contoh cadangan voucher daripada peruntukan belanjawan yang menggalakkan rakyat melakukan kerja volunteerism seperti voucher potongan 50% untuk setiap buku yang dibeli di Malaysia, voucher kad Touch N Go KTM Malaysia selama 1 tahun ke mana-mana destinasi tempat KTM/LRT beroperasi, kad diskaun belanja dapur dan sebagainya. Voucher atau pakej terbuka kepada SEMUA RAKYAT MALAYSIA dan bukan hanya kepada pelajar. Banyak kerja sukarela yang boleh diwujudkan seperti mengajar pelajar miskin di luar waktu sekolah, mengajar agama Islam kepada golongan kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak, mengajar golongan buta, membersih kawasan pantai, program bumi hijau dan sebagainya. 

3- Peruntukan belanjawan untuk pemaju atau sesiapa sahaja atau organisasi yang mempunyai kreativiti dan inovasi untuk membantu proses kitar semua dan dalam pada masa yang sama turut menyumbang kepada masyarakat dan negara seperti membina rumah daripada bahan kitar semula, bahan turap jalan daripada bahan kitar semula, mencipta renewable energy dan diguna pakai dalam masyarakat (bukanse kadar cadangan atas kertas kerja).Ini sudah dilakukan oleh banyak negara membangun seperti Afrika, Vietnam yang menggunakan tenaga angin, air dan solar untuk menjana elektrik, syarikat bas di Surabaya yang mengenakan 'bayaran' 3 botol kosong (menggantikan wang) jika ingin menaiki bas mereka. di negara Barat, IKEA membeli perabot rosak daripada mana-mana individu untuk dibaiki dan dijual semula untuk mengurangkan jumlah sampah di negaranya dan ada arkitek yang membina rumah dengan menggunakan bahan kitar semula dan tidak menggunakan batu-bata.

4- Peruntukan belanjawan kepada sesiapa (individu/organisasi) yang berjaya mengurangkan (membayar secara tunai) keseluruhan jumlah hutang sebanyak 50% dalam masa 5 tahun sama ada hutang pelajaran, isi rumah dan sebagainya dalam bentuk insentif bayaran tax atau menawarkan skim sambung belajar secara percuma dalam usaha mengurangkan jumlah KDNK negara daripada terus bertambah.

5- Peruntukan kewangan untuk pembangunan pengangkutan awam seperti KTM untuk laluan Terengganu dan Kelantan ke Pantai Barat. Peruntukan ini dapat membuka minda kepada rakyat Terengganu dan Kelantan yang selama ini 'terkepung' dan bersifat 'lambat' apabila hanya ada pilihan bas awam untuk bergerak dari pantai Timur ke Pantai Barat.

6- Peruntukan kewangan untuk menggalakkan mana-mana sekolah swasta yang bersifat integrasi kaum sama ada dari segi pembelajaran lebih daripada 2 bahasa, mempelajari kebudayaan dan dalam pada masa yang sama masih menjunjung perlembagaa negara Malaysia.

7- Peruntukan geran dan kewangan kepada universiti dengan melihat kepada skor tinggi dalam 3 aspek iaitu sumbangan secara praktikal kajian universiti kepada masyarakat sekeliling dan lokal, jumlah pelajar yang berjaya mendapat/mencipta peluang pekerjaan dalam masa 1 tahun selepas graduat (menunjukkan subjek dan silibus yang dipelajari selama 3 atau 4 tahun bersifat berpijak di bumi Malaysia) dan bukan hanya bertumpu kepada jumlah jurnal semata-mata.

8- Peruntukan kewangan diberikan kepada rakyat yang mahu kembali ke sekolah akibat keciciran pelajar. Penubuhan sekolah untuk orang dewasa secara percuma bagi melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.

9- Peruntukan kewangan atau subsidi kepada rakyat Malaysia yang ingin membeli rumah pertama di setiap negeri terutamanya keluarga yang mempunyai anak. 

10-Peruntukan untuk sesiapa yang mampu memasarkan inovasi dari segi pendidikan, sekuriti awam, pertanian dan pembinaan infrstruktur mereka dengan harga yang murah tetapi setanding dengan kualiti dan digunakan oleh lokaliti (bukan atas kertas kerja semata-mata) lebih daripada satu tahun. Contohnya oganisasi yang mengamalkan waktu kerja fleksibel tetapi mampu menghasilkan kualiti kerja yang sama seperti orang yang bekerja lebih daripada 6 jam dalam sehari, sistem aduan yang mempunyai kecepatan dan tindak balas segera dalam masa 24 jam, pembelajaran berkesan tanpa internet di tempat kurang capaian internet setanding dengan kaedah pembelajaran di tempat urban.

No comments: