Perkara yang traveler jarang buat tetapi menarik malah bermakna
(untuk mereka yang hati kental atau unik):
1) Masjid/tempat ibadat agama lain
Terutamanya kepada orang Islam, paling kurang pun tempat solat
contohnya Islamic Centre,surau,Muslim hall dan lain-lain. Kita rasa kita
seorang je orang Melayu yang Islam tetapi apabila pergi masjid negara orang
baru kita tahu kita je satu-satunya Melayu yang Islam kat situ..baru rasa diri
ni kerdil sangat kalau melihat Islam tu dari sudut bangsa sahaja…kat situ juga
kadang kala boleh jadi satu refleksi kalau satu hari nanti di Malaysia kita
tengok orang asing datang ke masjid ‘kita’..masa tu baru boleh memahami
perasaan orang asing tu…
Kalau kita ke masjid mari kita tengok apa respond mereka, ada masjid yang
memang orangnya peramah sampaikan ajak kita datang rumah untuk makan malam
dengan family mereka lebih-lebih lagi mereka tahu kita seorang traveller (ni
bukan berlaku dalam bulan Ramadhan je tau)..lebih-lebih lagi kalau kita
sorang-sorang, duduk di satu sudut dan tak bertegur sapa..cuba la datang waktu
solat Jumaat atau waktu Subuh ke
Kat situ juga kita dapat rasa macammana orang Islam ni bersahabat di serata
dunia,dan adakah tandas mereka sama dengan tandas masjid kita, siapa yang pergi
ke masjid..adakah ramai orang tua ke orang muda..
Kat situ juga kita belajar budaya dalam masjid, bahawa manusia ni sangatlah
banyak ragamnya tetapi Tuhan yang Satu menjadi penguat untuk meneruskan hidup
kat dunia yang sementara ni selain daripada menghayati seni bina masjid tu…dan
kita akan jumpa beberapa kesimpulan yang menunjukkan umat Islam di serata dunia
ada persamaan dan perbezaan (bukan sahaja dari segi akidah)
Boleh cuba juga berjalan-jalan ke temple Yahudi/gereja/kuil...untuk mendapat
pengalaman dan mengurangkan sikap prejudis,takut kepada agama lain, mereka
cipta andaian-andaian negative terhadap agama lain walaupun kepercayaan mereka
tidak sama dengan kita namun kita semua adalah manusia, hidup dengan udara yang
sama
2) Perpustakaan
Apa yang menarik tentang perpustakaan? Sebelum tu, pergilah ke
Public Library sebab mudah untuk tourist masuk (jangan lupa bawa passport).
Mungkin kita rasa bosan dengan buku-buku kan? Melalui perpustakaan kita tahu
bagaimana budaya membaca mereka..dan input-input menarik tentang sebuah Negara
hanya melalui library! kalau majority negara adalah Christian kita akan dapati
tak banyak buku-buku agama lain..cuba teka apa ada dalam library kalu majority
rakyatnya adalah atheist?..di situ juga kita akan belajar bagaimana teknologi
mereka dalam melahirkan masyarakat berilmu..baru kita tahu tinggi rendah langit
tentang bagaimana hidup di dunia ‘lain’ dari Malaysia
Saya pernah ke public library di Hong Kong, masuk je library..macam masuk dalam
shopping complex! Ni library ke mall? Sedikit motivasi untuk traveller lain
masuk library..buku-bukunya memang sgt banyak dan…masuk sendiri baru tahu..
3) Kawasan luar bandar/ kawasan kampung
Selain daripada barang-barangnya lebih murah (untuk item yang
sama dengan yang ada di bandar) dan pengangkutan dan kemudahan awam yang sangat
terhad, tetapi dalam pada masa yang sama kita juga akan dapat merasai sendiri
kehidupan orang yang bukan ‘urban’ dan cara pemikiran mereka..adakah sama
dengan orang-orang kampung kita di Malaysia? Jangan terkejut dengan apa yang
anda jumpa. Tangkap gambar banyak-banyak..biasanya kawasan ini lebih
terpelihara originalnya sama ada dari segi kesusahan hidup, budaya dan
perwatakan..baru tahu muka sebenar sesebuah negara..kalau travel area bandar
sahaja tu semua make up atau topeng sahaja
Masa tu barulah merasai dan menghargai apa yang kita miliki sekarang
Kalau rajin, kaji sdikit tentang latar belakang negara tu..jangan kaji negara
tu terkenal dengan apa..tu promo je untuk galakkan kita melancong ke
negaranya..contoh Negara X terkenal dengan cheese…bagi saya tidak ada
perkembangan atau improvement yang baik untuk diri seorang traveller 5
star…pergi ke kawasan luar Bandar baru tahu terang gelap penting pemerintah
negara yang baik, peritnya tinggal di negara kapitalis, selama ni hanya baca je
dalam buku sistem kapitalis ni macammana, apabila pergi travel baru tahu dan
alami macammana rasanya..dan banyak lagi kebenaran akan terbongkar..
4) Join program setempat
Join mana-mana program, at least ceramah di masjid/Islamic
Centre pun jadilah.. (untuk yang beragama Islam) atau pertandingan kucing
tercantik ke, bersih pantai ke…Sebaiknya program yang akan melibatkan kita
perlu bercakap-cakap dengan orang lain, beraktiviti dengan masyarakat
setempat…kalau ke galeri lukisan atau museum atau apa-apa pameran mungkin agak
kurang dapat network kecuali anda seorang yang peramah. Di sana akan dapat
ramai network, malah dapat ilmu baru (tips,nasihat dll)… dan tentunya
pengalaman baru. Join setengah hari pun sangat ok tak perlu lama-lama. Bagi
saya join aktiviti yang bermanfaat itu akan menemukan kita dengan orang yang
bermanfaat kepada kita juga…
5) Universiti
Bagi pendapat saya tempat ini pun sangat menarik dan sudah
melawat beberapa universiti (Scotland, Hong Kong,Indonesia dll).
6) Bawa buah tangan
Bukan sahaja untuk keluarga di Malaysia tetapi bawalah dari
Malaysia untuk orang yang ada di negara yang ingin kita pergi, yang pasti bukan
makanan (sebabnya kot-kot makanan kita tak serasi dengan lidah dan perut
mereka,jadi kes keracunan dll). Bawa barang yang praktikal terutamanya untuk
kegunaan awam (yang relevan dengan tempat yang kita nak pergi)...jadikan
sebagai sedekah jariah
Ada kawan saya beli set Quran Braille untuk diletakkan di masjid (di negara
minority Muslim)..dan banyak lagi kreativiti yang boleh traveller lakukan
7) Pasar
Kesemua tempat ini akan menjadikan kita mempelajari secara
visual dan realiti sesebuah negara secara percuma dan menarik selain daripada
menghayati kehebatan ciptaan dan kecantikan alam ciptaan Allah
Sekian.perkongsian pengalaman
Selamat mengembara dengan penuh bermakna!
No comments:
Post a Comment