Assalamu'alaykum w.b.t dan salam sejahtera
Topik ini mudah dibincangkan dengan emosi namun pahit untuk ditelan apabila melihatnya secara rasional dan praktikal...
Jika dilihat daripada sudut kebangkitan rakyat dalam memahami kepentingan melibatkan diri secara aktif dalam dunia politik, penulis berpendapat ianya merupakan perkembangan yang semakin positif. Namun begitu keterlibatan mereka bukanlah bermakna mereka 'sedar' akan kepentingan mengetahui hal ehwal negara, mungkin saja kerana tekanan dan keperluan hidup yang semakin mendesak menyebabkan satu-satunya jalan keluar yang ada adalah dengan menukar individu yang memegang kepimpinan setempat dan negara. Dari satu sudut yang lain pula rakyat yang terlibat dalam mana-mana parti politik, kebanyakannya disedut masuk dalam satu sindrom yang SAMA iaitu FANATIK dan unsur-unsur kepuakan. Ianya merupakan satu perkara yang menyedihkan apabila sindrom ini semakin menular dalam masyarakat yang dikatakan sedang menuju ke arah wawasan 2020???
Sindrom FANATIK sebenarnya satu definisi yang digolongkan dalam sikap negatif, tidak kira sama ada fanatik agama, bangsa, parti,organisasi, gender dan sebagainya. Sifat fanatik mempuyai perkaitan dengan sikap dan pemikiran yang berlebih-lebihan, sangat ekstrem,tidak seimbang terhadap sesuatu. Sikap ini akan berevolusi kepada sikap negatif yang lain iaitu :
1) Berfikiran sempit dan tidak terbuka dalam menerima pendapat daripada orang lain terutamanya individu atau golongan yang tidak sama aliran pemikiran dengannya
2) Cenderung mensucikan pimpinan atau ahli-ahli yang sealiran dengannya walaupun mereka melakukan kesalahan sama ada kesalahan yang dilihat secara jelas oleh khalayak atau hanya diketahui oleh orang-orang terdekat sahaja.
3) Bersikap menghukum, mengkafirkan, mencari-cari kesalahan atau memburuk-burukkan orang lain
4) Bertindak kasar sama ada secara verbal atau perbuatan seperti mencaci, menghina, bertindak berat sebelah terhadap pihak lain,memukul,menggunakan senjata
Analisis dari senario terbaru dalam pilihan raya kecil di KK dan SB baru-baru ini, sikap ini sangat jelas terlihat pada ahli-ahli dalam politik. Benar,kita mendukung visi dan misi perjuangan namun kita mencampakkan nilai-nilai persaudaraan dan berakhlak sesama manusia. Dalam keadaan pergelutan dan persangkaan adanya 'krisis' akibat berpecahnya kumpulan alternatif kepada dua kumpulan pembangkang ianya semakin buruk apabila dimasukkan perencah fanatik. Sewajarnya perpecahan itu dilihat sebagai satu muhasabah bersama, boleh dilihat sebagai satu percambahan pilihan baru kepada rakyat untuk memilih 'menu yang sedap dan baik' di 'restoran politik', dan boleh juga menjadi satu kekuatan baru dalam memecahkan kubu dan kerusi pemerintah yang CORUPT, tidak begitu? Satu berita baik daripada perpecahan adalah ianya boleh menjadi cabang baru pihak pembangkang dalam mengatur stategi menumbangkan lawan kerana MISInya TETAP SAMA iaitu MEMBERI DAN MENGEMBALIKAN SEMULA HAK RAKYAT yang masih hidup dalam belenggu kemiskinan, sistem pendidikan yang tidak menghasilkan modal insan, infrastruktur yang masih lagi di tahap yang boleh dipertikaikan, perkhidmatan kesihatan yang menyedihkan dan terutamanya EKONOMI yang menjadi sumber manipulasi pemimpin kepada rakyat..
Pemimpin-pemimpin politik, buktikan bahawa ada LAYAK sebagai KETUA atau lebih baik berundur jika di medan kecil sudah berterabur dalam menjaga anak buah masing-masing, rakyat mati ditengah-tengah....FIKIRKAN dan BERTINDAK sebelum rakyat mengambil keputusan yang LUAR BIASA SUSAH iaitu UNDI ROSAK atau ATAS PAGAR
No comments:
Post a Comment