Sunday 22 December 2013

Bezaaaa cerita Korea dengan Kisah dari Gaza,Mesir dan Syria



Memandang skrin TV 90 inchi sambil menggoyang-goyangkan kaki di atas sofa kulit berwarna beige menjadikan aku dilihat amat tenang di sini.Manakan tidak sambil melihat kisah yang dipaparkan di skrin televisyen itu jugalah aku menyantap makanan ringan dengan penuh rasa nikmat.Hati ini seolah-olah terpaut,mata sudah percaya,akal sudah disihir bahawa cerita itulah realiti yang berlaku di dunia..oh cerita Korea menjadikan aku seorang penunggu,hantu yang sanggup berpagi-pagi dan melewatkan waktu tidur untuk menghabiskan siri-siri cerita yang gayanya jika boleh tidak mahu dihabiskan...
oh,begitu kacaknya,jelitanya,ciutnyee wajah anak-anak Korea dan...
oh romantiknya hero kisah itu,begitu melayan jiwa dan meruntun hati
contoh....



mohon maaf tak dpt nak paparkan aktress Korea kerana mendedahkan maruah (aurat) mereka

dan kanak-kanak Korea yang pastinya akan menyebabkan kita gatal tangan nak cubit pipinya,cuba mengusiknya walaupun kita tidak faham bait-bait kata bahasa mereka...




Ohh...dunia terasa indah dan nyaman,hati teras lapang dan senyum memanjang...


 indahnya pemandangan...


hati terasa lembut dan fikiran terasa tenang....











NAMUN..SUNGGUH SADIS DUNIA MENIPU MATA,HATI DAN AKALKU bahawa wajah manusia dan dunia adalah ini...
di luar televisyen,yang mana mungkin jika kita masih lagi boleh duduk-duduk dengan enak,menggoyangkan kaki,mata terpejam rapat dan hela nafas dihembus perlahan...
Oh,apakah yag telah aku lakukan di kala 'kalut' dan 'cair' dengan drama Korea ataupun Hollywood
tetapi mereka...

 

Apakah aku kisah tentang mereka,sedangkan inilah realitinya...

Aku...dengan dunia maya



tetapi inilah dunia realitinya...

Syria...




Palestin...





Mesir





Rohingya,Somalia,Russia,Thailand,China...

Biarlah realiti gambar ini berbicara...
Jujurlah dengan diri aku..wahai diri..apakah sumbangan aku untuk mereka di sana...

di alam realiti sedangkan aku tenggelam dalam fantasi yang hanyalah anganan perasaan
sedangkan mereka berjuang siang dan malam kerana mereka menyedari mereka harus menentang kebatilan malahan mereka menunggu-nunggu masa mereka syahid...


 al-Ahzab:23

A023


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.



Ya Allah...jauhkanlah aku dari tipu daya dunia...


No comments: