Tuesday 19 November 2013

Adakah kamu SUPERHERO???

Berapa banyak superhero yang ada di muka bumi?
1- Superman
2-Spiderman
3-Batman and Robin
4-Ultraman
6-Ironman
7-X-Men
8-Hulk
9-Power Rangers
10-Cyborg
11-Ben 10
12-Transformers
dan boleh lihat senarai di bawah
http://www.comicvine.com/profile/lvenger/lists/my-100-favourite-superheroes/17520

namun begitu superheroes ini tidak boleh dibawa keluar ke alam realiti dan hakikatnya mereka adalah impian pengarah filem,pereka komik untuk melihat individu-individu ini membela masyarakat daripada kezaliman dan ketidak adilan..
Namun tahukah kita siapakah yang mampu menjadikan superheroes ini di alam realiti? mereka adalah para nabi dan rasul seterusnya para sahabat dan para pengikut nabi dan rasul...
Individu yang merupakan superhero kepada umat adalah nabi Muhammad S.A.W tanpa menidakkan superhero para nabi dan rasul terdahulu daripada Nabi Adam a.s,Nabi Idris,Nabi Nuh,Nabi Ibrahim, Nabi Musa,Nabi Isa, dan para nabi dan rasul yang lain. Mereka telah menyebabkan golongan yang ditindas menndapat tempat yang sewajarnya.Mereka memperkenalkan keadilan pada kedudukan asalnya. Mereka membawa risalah dari langit dan memaknainya dalam kehidupan.Siapa sanggup pada zaman tersebut membela manusia yang miskin? Menggunakan lidah dan pemikiran dalam menangkis kezaliman yang menggelapkan cuaca masyarakat? Siapakah yang benar-benar berjuang membela wanita yang ditindas,anak-anak yatim,kanak-kanak,golongan kurang upaya?Siapakah yang snggup mempertahankan manusia lain yang dizalimi merentasi sempadan negara dan budaya????
Mereka adalah superhero hebat yang membersihkan dan menyucikan jiwa manusia bukan sekadar membasmi kerosakan fizikal malahan bangkit dengan nyala api membanteras kejahatan yang tersembunyi dan spora maksiat yang tumbuh dalam hati-hati manusia. Betapa indahnya mempunyai superhero sebegini? Mereka mampu menguatkan hati,menahan diri apabila mereka dicaci,dibenci malahan diburu untuk dibunuh. Mereka tetap berdiri kukuh dalam barisan perjuangan walaupun pada asalnya mereka bermula secara berseorangan.
Para nabi dan rasul merupakan superhero umat ini kerana mereka menguatkan diri, mempunyai hati yang besar dalam memperbaiki banyak hati-hati umatnya yang rosak. Hati-hati umat yang lalai,leka,lena,penuh kebencian,tamak,putus asa,lemah. Mereka mampu membaikinya dalam jangka masa yang lama sehinggalah ke penghujung hayat mereka walaupun ada antaranya syahid bukan dalam himpunan bunga-bunga duniawi [tetapi haruman mereka disambut dengan syurga di destinasi abadi]
Bagaimana mereka mampu mempunyai kekuatan ini? Apakah yang menyebabkan mereka bisa menahan amarah manusia,tidak takut dengan ancaman,ugutan dan cercaan manusia (villains) yang menggunakan perisai pangkat,harta,wanita,anak-anak,sihir dan elemen duniawi yang lain sebagai menentang superheroes ini?
Apakah yang menyebabkan mereka punya jiwa yang besar,hati yang penuh cinta,semangat yang tetap membara,punya daya dan usaha walaupun anak isteri tiada yang menyokong,saudara mara memulaukan mereka,masyarakat memandang hina...

kerana mereka superheroes tulen, rahsia kekuatan mereka adalah sifat ikhlas,keyakinan mereka jelas,matlamat hidup mereka tepat menyebabkan mereka tidak mudah gentar,ragu-ragu,was-was. Mereka tahu ke mana mereka akan pergi,mengapakah mereka diutuskan kepada ummah ini dan apakah destinasi seterusnya perjalanan yang mereka akan lalui selepas berada di alam fana ini...

Siapakah pengganti dan pembela kepada ummah ini? Tentunya mereka yang menyambut amanah perjuangan para nabi dan rasul,walau penuh kekurangan tetapi dikuatkan hati agar tidak menjadi pemutus kepada perjuangan mereka kerana ummah memerlukan individu-individu, figur-figur kental untuk menegakkan kebenaran,meyakini alam ini bukan kepunyaan makhluk tetapi dipunyai oleh pencipta kepada makhluk iaitu Allah yang Esa dan membanteras penyelewangan makhluk yang menindas makhluk yang lain melalui cahaya dustur al-Quran dan hadith yang jelas menerangi medan yang gelap dan menyuburkan hati-hati manusia yang tandus...

Jadilah superheroes ummah dalam masa yang sama menjadi super'abid yang berusaha mencari redha Allah...
mereka bukan superheroes biasa kerana mereka berada di bawah lindungan dan jagaan Allah Taala 
Umat manusia masih punya hati yang bersih tetapi mereka masih mencari-cari  siapakah yang akan memimpin mereka untuk mengekalkan kebaikan yang tersimpan dalam hati mereka,mencari-cari siapakah yang akan menjadikan mereka pemberani kebenaran sehingga akhir hayat mereka..mencari-cari siapakah yang akan memisahkan mereka antara percampuran antara hak dan batil..mencari-cari siapakah yang akan menyempurnakan maksud sebenar kebaikan dalam hati dan pemikirn manusia secara keseluruhannya

Its time for us to take this responsibilities

Stop watching,its time for us to act,Allahumma yassir wa la tu'assir









No comments: