Saturday, 2 November 2013

aku mencalonkan diri ku sebagai ahli maksiat

PAUSE  sebentar

berhenti daripada kelajuan gerak kerja,masa yang berlari kencang,keserabutan bicara dan persoalan yang tak pernah tamat,ingatan terhadap wajah-wajah dan suara yang agak bingit seolah-olah mustahil akan lenyap..

PAUSE sekejap...seolah-olah aku memutar diri aku ke belakang,untuk aku toleh perjalanan hidup aku pada lembaran waktu yang telah aku tinggalkan tanpa aku sedar...

Apakah apa yang telah aku lakukan selama ini? Apakah makna kesibukan aku selama ini? Apakah makna aku punya ramai kenalan di merata-rata,di sana-sini? Punya manusia yang ramai tetapi aku tidak tenang bersama mereka...
Aku pernah merasakan hidup aku ini seperti hidup dalam lingkaran benang yang kusut,aku tak nampak puncanya apatah lagi hujungnya

Pandangan aku tentang kehidupan aku sangat ringkas,bagi aku harta aku perlu mencukupi untuk meneruskan hidup ini sementelahan aku masih bernyawa,apabila tiba pula panggilan jodoh,aku menerima dengan terbuka dan mengharapkan apabila aku tua adalah anak-anak yang akan menjaga aku dan menghabiskan masa mengunjungi masjid dan mendengar tazkirah di surau atau masjid berdekatan...
Bagi aku untuk menjadi baik perlu cukup solat lima waktu,menunaikan zakat,berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan dan jika mempunyai wang yang lebih maka dapatlah aku mengunjungi rumah Allah...

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;  
                                                                                                                  (an-Nisaa':95)


Itu aku yang dulu...punya banyak waktu untuk diri aku...keluarga aku..
namun dalam banyak waktu yang aku ada,jika aku menilai seperti seorang hakim maka aku dapat merasakan kesibukan aku,kegembiraan aku adalah catatan amal yang kosong dan sebuah diari dosa yang akan aku persembahkannya di akhirat nanti kerana:

1) apabila aku berkumpul bersama-sama keluarga,aku lupa pada masa solat dan adab-adab dalam berkeluarga-aku tidak solat pada waktunya,makanan aku terbazir di mana-mana,aurat adik-beradik aku dengan saudara-mara tiada bezanya..ah dan banyak lagi perkara memalukan yang aku rasa aku tak perlu ceritakannya

2) apabila aku berkumpul bersama-sama rakan-rakan-topik perbualan aku mestilah berkait dengan kehidupan seharian.Perihal pelajaran,kerja,kewangan dan masalah-masalah lain.
Namun aku perasan bahawa perkara-perkara ini adalah duniawi semata-mata,aku kerap mengeluh,simpati terhadap diri sendiri,kadang-kala juga menyokong dan memotivasi semangat kawan-kawan tetapi aku jarang sekali merasakan kehadiran Allah yang menganugerahkan kepada aku semua ini adalah sebagai satu ujian untuk aku lebih mendekatkan diri kepadaNya..aku berborak-borak sampai hujung waktu solat,mencela dan bergosip mengenai individu-individu yang aku tak puas hati terhadapnya.Aku berkumpul pun untuk berbincang mengenai kereta,hobi,wanita,bergelak ketawa sambil memenuhkan perut aku yang sebelum itu kelaparan,berbincang mengenai cerita-cerita di panggung wayang,makanan-makanan yang sedap di restoran,sukan dan sebagainya..perbincangan aku kosong dengan makna

3) apabila aku bekerja,aku mempunyai sikap materialistik dalam pada masa yang sama aku sekali lagi lalai dan gagal dalam bersegera melaksanakan solat pada awal waktu.Bagi aku pelanggan adalah segala-galanya...semasa bertunang-tunang aku lebih aku utamakan daripada mengunjungi rumah-rumah Allah,aku juga ambil mudah dalam kerja-kerja aku sehinggakan aku perasan ada antara kerja-kerja aku disiapkan oleh orang lain kerana sikap aku yang ambil mudah.Aku juga mudah merungut apabila ada banyak kerja,kerap mengeluh.Aku gembira apabila tibanya waktu hujung minggu malahan bagi aku waktu kerja kadang kala sebagai penjara...

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar
                                                                                       (an-Maaidah:41) 




Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya)
(al-A'raaf:8-9) 

Apakah makna di sebalik kehidupan yang aku lalui selama ini??? Adakah semudah ini aku akan melalui titian sirat dengan amal-amalku ini?Aku banyak tersangkut dengan elemen-elemen duniawi,mudah kagum dengan material duniawi-wang yang banyak angka,branded,kecantikan/ketampanan,makanan yang membuka selera,rumah bertingkat-tingkat,teknologi canggih,barang-barang sophiscated,comel dan manis:kekaguman inilah yang aku selalu bualkan malahan menjadi impian aku untuk semua ini malahan tanpa aku sedar aku  menghalakan diriku bekerja keras untuk mendapatkan semua itu...malahan menghabiskan banyak masa untuk itu dan ini...sibuk dengan hal-hal duniawi..korbankan diri aku untuk sebuah dunia...

(Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini, dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami.
(al-A'raaf:51)


Bagi aku mendengar 'syarahan' agama adalah pengisian masa terluang aku,bermarathon untuk beribadat apabila tibanya promosi bulan Ramadhan dan apabila umur meningkat tua barulah taubat menjadi akrab dengan diri aku

Aku telah tersangkut dalam rantaian dunia sehinga aku tidak sedar hati aku semakin hitam,roh aku tinggal nyawa-nyawa ikan dan iman aku semakin uzur  ditelan saat hidup aku yang tidak berkesudahan mengejar dan membesarkan fizikal dan kadang kala aku menyampah dengan diri aku yang hanya mengenali Tuhan apabila aku sudah tak punya apa-apa,apabila semua nikmat fizikal ini lenyap dan yang tinggal hanyalah diriku barulah aku tahu bahawa aku sebenarnya tak punya apa-apa
Aku mula sedar bahawa diriku pernah menunjukkan tanda-tanda dan memberontak,memberi signal kepada aku tetapi aku terlalu sibuk dengan kilauan permata palsu dunia untuk mengesan tanda-tanda itu

Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka manfaatnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka dialah yang rugi. Dan tiadalah aku (Muhammad) berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". 
(al-An'aam:104)


Hati aku pernah merasa kosong,fikiran aku selalu berserabut-mudah marah dan kecewa apabila hal-hal duniawi tak dapat aku kecapi seolah-olahnya itulah hal yang sangat serius untuk aku mengeluh,menangis,marah untuknya-ya untuk hal-hal duniawi...aku merasakan hidup ini membosankan,otak aku pernah terfikir mengenai apakah yang aku inginkan sebenarnya dalam kehidupan ini
...tetapi begitulah..aku yang dulu tak punya banyak masa untuk PAUSE..aku terus sahaja berlari-lari terkejar-kejarkan duniawi secara langsung sama ada dari segi pemikiran aku,isi percakapan aku,cara penampilan diri aku malahan cara aku menjalani kehidupan ini sungguh menampakkan yang aku seolah-olah memang orang yang terakhir akan meninggalkan dunia ini walhal tarikh kematian itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya

Apakah yang aku punyai pada waktu ini?
Ya Allah,mengapakah aku menciptakan sejarah hidup aku dengan cara yang begini?

http://youtu.be/5OwAME6DEAY

Rupanya akulah yang menyumbang kepada maksiat di bumi,aku secara tidak sedar menjadi contoh ikutan dalam memperlihatkan ajaran Islam kepada manusia sekeliling aku
mereka  mendengar pendapat aku
mereka melihat cara hidup aku
mereka melihat cara berpakaian aku
mereka yang terpengaruh dengan ajakan aku

aku hanya memandang hidup aku mudah...begitu mudah sehingga aku juga memandang ringan amal-amal aku yang akhirnya menjadi angka-angka kosong yang aku sangkakan banyak rupanya tiada memberi apa-apa erti untuk aku apabila di akhirat kelak

Cara aku memandang kehidupan menjadikan aku menghinakan diri aku sendiri,tanpa segan silu aku pijak maruah aku sendiri kerana sekelumit harta yang selayaknya bukanlah milik aku tetapi milik Allah jua
tetapi itulah yang aku ingin rebut dengan mengerahkan segala kudrat mental dan fizikal aku
Aku mencampakkan diri aku supaya menjadi hina pada pandangan alam walhal aku 'dilantik' menjadi khalifah dengan mengisi hati aku dengan kebencian,kedengkian,keresahan,ketamakan,kesombongan kerana inginkan harta,pangkat dan kesenangan duniawi yang lain

Aku merendahkan nilai diri aku di hadapan manusia lain apabila aku hiasi idea-idea aku,kata-kata aku dengan celaan,kata-kata sinis dan sindiran,pembohongan,janji-janji manis yang jarang sekali aku tepati,percakapan yang penuh penipuan

Aku menjadikan diri aku sungguh murah dengan membangga-banggakan diri aku dengan pakaian yang penuh dengan perasaan riak,bongkak,merasakan pakaian,kenderaan dan rumah inilah yang melindungi aku,menaikkan aura diriku walhal aku sebenarnya makhluk yang perlu kepada pakaian sebegitu untuk menjadikan aku seorang yang mempunyai harga diri,supaya manusia menyedari kehadiran aku...akulah manusia yang kelaparan dan meminta-minta,fakir di hadapan makhluk lain
Aku merasakan jika tiada pujian,ucapan tahniah,senyuman,sokongan makhluk maka aku menjadi manusia yang hilang erti di dunia ini.....
Aku telah hilang erti diri aku sebagai seorang manusia apabila aku menjadi rakus,begitu mudah menjadi lemah apabila aku kehilangan harta-harta dan nilai-nilai duniawi,aku perkenalkan diri aku dan menaikkan darjat aku dengan mengguna pakai elemen duniawi,nama-nama duniawi

Tanpa aku sedar aku memang ahli dunia,aku memang agen duniawi,aku menghayati perasaan menjadi manusia duniawi,kerana aku
mudah melatah,tertekan,mudah lemah,kerap rasa takut,tidak bersedia,mudah kecewa,memandang orang lain dengan sebelah mata,mudah berprasangka buruk....masya Allah
aku memang hidup untuk dunia...

Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami berikan balasan penuh atas hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. 
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan sia-sialah di sana apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan terhapuslah apa yang mereka telah kerjakan. 


(Hud:15-16)


Siapakah aku yang sebenarnya?
harga diri aku mudah dibeli apabila disebut atas nama dunia
nama aku disebut-sebut dengan buruk sekali di dunia apatah lagi oleh penduduk langit
kerana akhlak aku umpama sampah yang cuba ditutup dengan kain sutera

Siapakah aku sebenarnya ?
apabila hati aku mudah goyah,lutut aku mula lemah
melihat dunia pergi dari aku

Apakah ertinya aku menjadi pekerja dunia
apabila aku pun menjadi tua dan menyusul pula kematian tidak lama lagi...
Mengapakah kematian dan tua itu perlu wujud di dunia????

Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu". Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): "Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu sekali-kali tidak akan binasa? 

(Ibrahim:44)


 Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir; 
(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)." Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): "Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan". (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan".  
"Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur"
Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertaqwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh tuhan yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan" orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik, dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi; dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertaqwa.  


 (an-Nahl:27-30)
Ya Allah,akulah orang itu yang telah memasukkan diri aku sendiri ke dalam murkaMu dan mencalonkan diri aku untuk menikmati azab siksaMu kelak...............................................................................



No comments: