Wednesday, 19 June 2013

Tarbiyyah dan dakwah ini bukan bersifat 2 Alam

Alhamdulillah,Allah memberi peluang lagi untuk mencoret sedikit pandangan mengenai dunia tarbiyyah dan dakwah.Sebenarnya nak menulis pandangan ini memerlukan satu kekuatan kerana diri ini banyak kelemahan namun tidak bermakna lemah kita perlu menyerah.Kerisauan ini telah lama bersarang dalam diri (pemikiran+hati) apatah lagi kita mahu berlama-lama dalam jalan ini.Sayang jika hanya membiarkan perkara-perkara 'itu dan ini' berlaku ibarat sikap dan suasana recycle yang berulang,berulang setiap tahun.Sesungguhnya diri ini banyak kelemahan namun tak sanggup jua berdiam diri,perlu mencari kekuatan untuk perbaiki kelemahan yang ada supaya kita yang melalui tarbiyyah dan dakwah menjadi-jadi-----menjadi mantap mengatasi jahiliyyah dalaman dan luaran (fuh,serius betul ayat ni)

Islam agama universal bukan ekslusif maknanya bukan untuk orang yang join usrah sahaja, bukan untuk orang sekolah aliran agama sahaja, bukan untuk orang yang selalu pergi masjid,ceramah agama,NGO-NGO Islam sahaja dan bukan untuk orang yang lahir dan mempunyai status 'Islam' dalam kad pengenalan masing-masing sahaja ...kenapa,kenapa ye?

1) al-Quran berhak dibaca dan dikaji dan diamalkan oleh semua orang terutamanya mereka yang bersyahadah mengakui tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bersaksi bahawa nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah.Tiada larangan dalam nas menyatakan bahawa golongan bukan Islam tidak dibolehkan membaca dan mengkaji al-Quran dan as-Sunnah

2) Nabi Muhammad S.A.W yang menyebarkan risalah Islam adalah satu rahmat ke seluruh alam
-rahmat ini dinikmati oleh semua termasuklah kelompok tidak berakal,kelompok benda bukan hidup

“Tiadalah Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.”  (Quran s. al- Anbiya : 107)

3) Allah berhak ke atas semua makhluknya tanpa mengira manusia itu beriman atau sebaliknya.Dia Maha Melihat,Maha Mendengar dan Maha Mengetahui yang bukan sahaja penglihatanNya,pendengaranNya dan pengetahuanNya mengatasi makhluk-makhlukNya malahan kelebihan dan kehebatan Allah ini turut ditumpukan kepada golongan bukan Islam-bermaksud Dia Maha Melihat apa yang mereka lakukan dan bukan hanya Maha Melihat apa yang umat Islam lakukan sama ada secara tersembunyi atau nyata

mungkin statement ini agak 'jauh' kaitannya namun ada kesinambungan antara pernyataan-pernyataan di atas.Tanpa kita sedari,Islam yang kita yakini kadang kala bersifat 2 alam,bagaimana ye? Berikut beberapa contoh drama realiti dalam kehidupan seharian:

a) Kebersihan

-"Sebagai seorang dai'e rumah kita mesti bersih,kemas.Lalang depan rumah perlu ditebas,kereta mesti kena bersih dan kemas..."

-"Sayang,bulan depan mak nak datang rumah tau.Sayang jangan la sepah-sepahkan barang,terutamanya pakaian dan barang ofis.Malu la rumah kita nampak bersepah waktu dia ada..."

-"Assalamu'alaikum...enti.Adik usrah ana nak datang petang ni,dia nak bermalam di bilik kita sebelum bertolak ke Seremban esok...bilik kita macammana ye?dah kemas ke?baju-baju dah lipat?" (dalam perbualan telefon)

b) Menepati masa

-"Hari ni masuk kali ke-23 datang lewat sampai ofis untuk 2 tahun ni...dah lali dengar bebelan Encik Rohmat..bak kata orang buat jahat jangan sekali..."

-"Hakim,bukan ke anta janji nak ambil ana pergi daurah?tengok apa dah jadi,setengah jam lewat tau...kita dah ketinggalan beberapa input penting.Ni jalan pulak jam..agaknya dalam sejam lagi baru sampai kat tempat daurah..."

-Mohon maaf sangat-sangat datang lambat ke usrah {mesej SMS}

-"Tak pe la balik lambat,ni program kita..."

c) Sifat rajin

-"Mak aku pesan,kita ni kena rajin ke dapur supaya dah kahwin nanti senang..tak terkial-kial nak pegang kuali dan memotong sayur.."

-Bukan ke lebih baik kalau boss kita beri hadiah ke atau bonus kalau kita join program amal syarikat dan offer diri jadi team program tahunan?Barulah ada semangat...

-Aku ni duduk sorang-sorang,kalau aku tak kemas semua benda ni,tak de sape nak kisah..lain la kalau duduk berdua,bertiga

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hmmm,perlu ke apabila menjadi dai'e baru merasakan rumah perlu bersih dan kemas?maknanya kalau kita tak merasakan diri kita dai'e kita boleh la terkecuali dalam aspek menitik beratkan soal kebersihan seperti kebersihan bilik/bilik air/halaman rumah? ATAU apabila ada "VIP/VVIP" yang nak datang baru suasana rumah (aspek kebersihan dan keceriaan) menjadi 10 bintang?

Begitu juga dari aspek sikap menepati masa,jika kita boleh datang ofis/appointment/temu duga kerja/outing dengan kawan-kawan tepat pada masa maka kita mesti menepati masa untuk datang ke mana-mana tempat lain sekalipun termasuklah program-program tarbiyyah dan dakwah.
Kita juga perlu mampu datang ke tempat program dan tarbiyyah tepat pada masanya tanpa mengira siapakah yang mengelolakannya kerana menepati masa bukan merujuk kepada menepati manusia tetapi perjanjian manusia terhadap masa-masa dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada ketika itu.

Selain itu,sikap rajin,penampilan diri dan proaktif bukan sahaja dalam brain storm syarikat atau perniagaan malahan perlu berlaku dalam dakwah dan tarbiyyah tanpa menunggu approach daripada orang lain/manfaat/keuntungan peribadi.Kita jadi rajin sebab bakal berkahwin?kita jadi kemas sebab nak pergi interview tetapi nak pergi usrah serabai macam manusia yang tidur nak dekat 10 tahun tak bangun-bangun,kita pakai cantik-cantik apabila nak pergi dinner tetapi tak melawa kalau nak pergi balik kampung sendiri?Kita hanya jujur berniaga kepada orang Islam sahaja,kelentong kepada orang bukan Islam?laporan kewangan syarikat memang lengkap habis tetapi laporan program jemaah tunggang langgang,apabila bertemu ahli usrah senyum melebar sapaan ceria tetapi dengan jiran dan saudara diam seribu tanda tanya...Apabila orang lain ada baru nak menjaga diri...

Kadang-kadang perlakuan bias kita adalah amalan yang tidak kita sedari sedangkan amalan baik perlu dilakukan tanpa mengenal tempat dan suasana.Pokok pangkalnya niat kita dalam melakukan amal tersebut.Kadang-kala sikap kita menjadikan Islam dilihat ekslusif untuk diamalkan pada waktu tertentu,untuk orang tertentu,untuk tempat tertentu.Ternyata pandangan ini sedikit sebanyak memberi paradigma kepada masyarakat awam bahawa nilai-nilai baik yang mereka amalkan tiada dalam Islam kerana umat Islam hanya mengamalkannya untuk keadaan yang tertentu sahaja.Sedangkan dalam al-Quran perkara itu sudah lama wujud untuk diamalkan pada setiap masa,tempat dan suasana.

Fuh,susahkan? Allah lah tempat kita berdoa:

Semoga kita menjadi manusia yang sentiasa soleh dan solehah daripada bangun tidur sehingga akhir hayat.Sentiasa nampak peluang kebaikan dan berpeluang melakukan kebaikan dan dapat memanfaatkan peluang-peluang kebaikan sepenuhnya supaya menjadi hamba yang dekat dengan Allah

No comments: