Menjawab ketiga-tiga kategori dalam post sebelum ini:
Benarkah tiada apa-apa perubahan???kita tidak lagi tinggal di dalam
gua.Jika benar kita orang muda,kita seharusnya lebih proaktif daripada
golongan senior (tua) untuk lebih cakna tentang isu negara,atau kita
sebenarnya masih sibuk dengan dunia PS2,PS3,makwe/pakwe,makanan apa yang
best2 kat Malaysia,tempat mana kita nak enjoy sehingga kita lupa yang
jiran sebelah kelaparan tak de nasi kat dapur dah 3 hari lepas,adik-adik
kita di Sabah dan Sarawak berjalan dan panjat gunung,redah sungai nak
pergi sekolah,dah 20 tahun pak cik tu hidup merempat,dah 15 tahun kakak
kita masih bayar hutang PTPTN,dah lebih 10 tahun masih tak turun harga minyak malahan makin
bertambah,kadar KDNK negara semakin
bertambah,tol pula semakin banyak...inikah yang dikatakan tiada
perubahan?
Politik tidak kotor kerana politik tiada roh,politik
tiada nyawa yang menyebabkan politik boleh mengotorkan dirinya
sendiri...masalahnya ialah manusia.Statement yang betul ialah manusia
yang terlibat dalam politik-manusia yang membersihkan atau mengotorkan imej
politik...jadi kita perlu tukar orang-orang yang mengotorkan politik
melalui undian
Politik tidak sesuai untuk golongan yang emosional,kita putus hubungan kerana perbezaan politik,kita menyimpan benci kerana lain politik,kita menyusahkan orang lain kerana politik?kita keruhkan silaturrahim kerana politik...adakah ini salah politik?Fikir baik-baik
Jika
kita benar-benar warganegara yang berjiwa rakyat kita takkan ada
masalah untuk keluar mengundi kerana mengundi adalah 'suara' rakyat yang
bisu (silent voice) untuk memilih pemimpin/ketua yang dapat membela dan
menyelesaikan masalah rakyat.Mungkin orang muda sebegini orang
senang,jadi bagi mereka mengundi tidak penting,kerana mereka ada
motorsikal,ada kereta,ada smartphone,ada duit poket
sendiri/biasiswa,jadi keringat dan beban kesusahan tidak
terasa.Sedangkan...ramai di luar sana berhempas pulas,perah keringat
mencari sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan.Bukan kerana mereka
malas,bukan kerana tak pandai tetapi kerana harta yang diperoleh tidak
diberi secara adil...jika ingin melihat siapa yang sepatutnya berwang
banyak,rakyat di negeri yang ada minyak,rakyat di negeri yang banyak
hasil hutannya tetapi kenapa masih ada rakyat di sana yang
miskin,melarat???Ke manakah kekayaan negara digunakan?????
Mengundi
bukan sekadar apabila kita susah baru terfikir untuk menukar
pemimpin,kita sebagai orang 'senang' juga perlu berfikir bagi pihak
orang susah...mengundi untuk menumbangkan pihak yang zalim,tidak telus
dan tidak adil dalam pemerintahan...jika kita berdiam diri,tidak ambil
peduli,tidak mahu mengambil tindakan dalam membetulkan kesalahan..AWAS
kita merupakan syaitan yang bisu kerana tindakan kita menyemarakkan lagi
kezaliman,tindakan kita membenarkan ketidak adilan berleluasa di
bumi,tindakan kita menyokong golongan zalim untuk terus menindas
golongan yang lemah.Seharusnya kerana kita warganegara Malaysia maka kita wajib mengetahui perkembangan dan maklumat tentang negara,tempat kita tinggal melebihi 21 tahun!Sayangnya kita sekadar tahu jalan pulang ke rumah,sekadar tahu nama-nama pemimpin (ok sikit daripada yg tahu alamat rumah sendiri),sekadar tahu masalah/isu yang dikeluarkan secara surface dan sebelah pihak sahaja (lebih ok daripada individu yang tahu nama-nama pemimpin)
TETAPI
berapa ramai yang tahu skop tugas sebagai seorang pemimpin?
berapa peratus yang maklum tentang hak seorang warganegara Malaysia?
berapa banyak yang prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang lain?
bukankah kita sebumbung (dalam negara Malaysia),bukankah kita sudah hidup lama?( dah lebih 21 tahun),jadi apakah yang telah kita buat selama ini ya?
Tunaikanlah tanggung jawab kita untuk turun mengundi
Pilihan raya sebagai output dan muhasabah pemimpin dan melambangkan reputasi kepimpinannya selama ini
Tanpa pilihan raya pemimpin tak akan sedar akan prestasi kepimpinannya
pemimpin mudah hilang pegangan
terlupa yang pemimpin menjadi pemimpin itu adalah hasil daripada sokongan orang lain bukannya tiba-tiba sahaja menjadi pemimpin dan ini BUKTI bahawa kuasa pemilihan pemerintahan di Malaysia pada asalnya adalah milik rakyat yang bertindak dan bersepakat untuk memilih seseorang untuk dijadikan sebagai pemimpin..
JADI alangkah RUGInya jika kita tidak mahu mengundi...kita benci politik...kita tidak ambil kisah...kita tidak prihatin...kita tidak ambil peduli tentang PRU 2013
Jika kita keliru dengan banyak isu buatlah sedikit pembacaan antara pihak-pihak yang berbeza-beza pegangan politik mengenai isu itu,bandingkan dan fikirlah yang mana banyak memberi manfaat kepada kesejahteraan dan keadilan rakyat
Jika kita tidak mahu pilih mana-mana..maka kita telah pun memilih secara undian tidak sedar...contohnya:
Pihak A yang zalim menang kerana pihak B kalah dalam undian dengan majoriti perbezaan undi 10%= 10 perbezaan undi maka punca kekurangannya adalah kerana KITA yang TIDAK Keluar MENGUNDI betul tak? Situasi ini sama juga dengan mereka yang berhasrat untuk membuat undi rosak maka kerosakan undi boleh menjadi punca kurang atau lebih % jumlah undi untuk memenagkan atau mengalahkan salah satu pihak!
Fikirlah baik-baik sebelum membuat keputusan untuk tidak mahu mengundi,tidak rasa kepentingan mengundi dan tidak suka kepada politik....
Fikirlah kesannya jika undian kita menyebabkan negara semakin teruk,rakyat semakin tertekan,hidup semakin susah dan payah
Pilihlah yang terbaik,pemimpin yang adil-pemimpin yang amanah-pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat-pemimpin yang takut kepada Tuhan
No comments:
Post a Comment