Wednesday, 1 May 2013

Bakal Pengundi PRU 2013 yang Bermasalah (1)

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera
Terasa bahang,panas,suasana PRU 2013 semakin dekat
wan terpanggil untuk mencoret dan berkongsi mengenai PRU 2013 terutamanya dalam kalangan pengundi baru dan golongan muda
Sebenarnya ada sebahagian besar orang-orang muda yang tidak mahu ambil tahu tentang pilihan raya,jadi tidak mahu keluar mengundi dan memang memasang strategi untuk membuat undi rosak...
Ayuh,kita perjelaskan beberapa persoalan anak muda abad ke 21 mengenai tanggung jawab dan kepentingan mengundi dan mengundi secara serius dan penuh dengan kesedaran:
Ciri-ciri warganegara Malaysia bermasalah sebelum 5 Mei 2013:

1) Tak daftar mengundi

Sebenarnya tak daftar sebagai pengundi ada banyak sebab seperti terlupa,tak tahu cara mendaftar,tak tahu pun kena daftar(ingatkan asalkan ada kad pengenalan boleh sahaja mengundi...) dan lain-lain sebab
ok.sebab yang paling tak seronok didengar dan dibaca ialah tak mendaftar secara sedar dengan alasan

Alaah,mengundi dengan tak mengundi sama je,tak de apa-apa yang berubah pon,politik memang kotor woo,aku tak nak amik port tentang hal-hal ni

ATAU

Mengundi?malas la nak fikir..nak beratur panjang-panjang,calon pun aku tak kenal...

ATAU

Dua-dua calon sebelum ni pun tak de apa-apa perubahan pon???sakit hati ade la..argh tak perlu undi-undi la..aku lagi senang je fikir..tak payah susah-susah daftar..apa susah?

2) Tak tahu nak mengundi siapa


Pening..pening..mak ayah aku sokong A,abang aku sokong B...pensyarah gua cakap menghala ke A,semua geng-geng aku memang nak undi B...aku????? stress betul mikir

ATAU

kat tempat aku aman je..semua ok..tak de apa-apa yang nak dirisaukan..nak pilih sapa ye???pangkah dua-dua ok tak?

ATAU

politik ni kotor la...masing-masing banyak gaduh,keluar itu video banyak bikin panas loh orang tengok,kutuk sana maki itu ini,semua sama saja

ATAU

Banyak giler isu..ada isu mengundi calon bukan Islam..ada isu kebangsaan...ada isu 1,ada isu 2...
susah betul nak mengundi nih 

3) Bakal pengundi yang 'GANAS'

Cuba kau tengok calon A tu dia ni memang *%+^&@ (kutukan,kata-kata kesat)

ATAU

Monolog dalaman: Sakit hati..rasa macam tak nak balik rumah..semua bahagian rumah letak gambar calon X,pening aku..sampai nak tengok jam dinding pun tak jumpa kat mana..tegur susah tak tegur pun rasa payah...

ATAU

Jaga-jaga sikit cakap dengan abang kau tu...nanti ada la tu dia nak racun pemikiran kau..aku memang kenal dengan pemikiran dia tu

ATAU

Aku dengar ada khemah markas yang dirosakkan la..panass hati aku...aku rasa aku nampak siapa yang rosakkan khemah markas tu siap la budak tu..panas nih!

ATAU

P : Tak payah la jemput dia,dia bukan orang kita...
Q: la..kita dah berjiran nak dekat 10 tahun..takkan la sebab ni pun tak nak jemput
P: La..ni kenduri aku..ikut suka aku la nak jemput siapa-siapa pun
Q: Tetapi ni orang sebelah rumah..kalau tak suka pun...engkau sakit dia juga yang akan tolong...


OK! cukup setakat ni dulu

No comments: