Sunday, 24 March 2013

Racun kepada anak usrah

Kehidupan Qu sebagai seorang yang membawa sekelompok adik-adik ke jalan dakwah dan tarbiyyah sememangnya menuntut masa dan tenaga yang bukan sedikit,ya,sehinggakan tiada masa untuk berfikir tentang impian diri sendiri,kadang lupa yang kita juga manusia,banyak memikirkan perasaan mereka berbanding perasaan Qu

Qu begitu kasihkan mereka walau ada antara mereka yang 'nakal' dan 'culas' untuk bersama-sama dalam jalan dakwah,apa yang Qu selalu perhatikan individu-individu yang tercari-cari biasanya adalah mereka yang serius di jalan ini,sangatlah berbeza dengan individu-individu yang ter'jerat' dan ter'masuk' ke dalam gerabak manhaj dakwah ini.Qu kagum dengan mereka,Qu sayangkan mereka namun Qu tahu cara Qu mungkin membunuh mereka secara perlahan-lahan....

Qu mungkin tidak terlalu tegas dan masih ber'main-main' dengan mereka,selalu mengikut selera mereka sehinggakan Qu larut bersama-sama dengan masa yang semakin pantas berlalu dan jahiliyyah yang semakin pekat dan mencengkam setiap gerak laku

Adik-adik yang Qu sayangi
tanpa sedar Qu punya kelompok adik-adik yang sudah berumur 20-an,pesan Qu pada kalian ke'manjaan' kalian menyebabkan Qu lupa yang usia kalian bukanlah lagi masanya untuk bermanja-manja dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah
Usiamu begitu berharga,tiada alasan malu,takut,segan ke program walhal segala program yang dibuat itu sebenarnya adalah untuk membina dirimu jua

Selalunya
alasan tiada kawan di program itu....
tiada kenderaan nak ke program ini....
hujan...
semalam tidur lewat...
pulang ke kampung...(walhal minggu lepas baru sahaja pulang ke kampung)
pergi Mid Valley dengan rakan-rakan...

dan alasan-alasan lain yang adik-adik berikan
Qu terima dengan hati terbuka
terpulanglah pada kalian apa alasan kalian
Kalian sudah berumur 20-an
masihkah Qu perlu melayan kalian seperti kanak-kanak
yang perlu dimanja-manjakan?
Jika benar adik-adik perlukan,dahaga,lapar,meyakini jalan dan manhaj dakwah dan tarbiyyah ini
buktikanlah kesetiaan kalian
kepada Allah

bukan kepada naqib/naqibah (kerana ter'makan' dengan kebaikannya selama ini) kerana naqib/naqibah akan pergi,akan mati
bukan kerana tajuk program disampaikan oleh orang yang tidak dikenali maka adik-adik memberi alasan untuk tidak mahu pergi....
bukan kerana tiada teman di program tersebut maka adik-adik membatalkan niat ke program di sana
bukan kerana tiada makanan disediakan maka adik-adik tidak jadi untuk menyertai program tersebut
bukan kerana hujan dan tiada kenderaan maka mudah sahaja patah semangat lalu tidak mendaftarkan diri ke program tersebut...

Apakah ini bukti kita serius?
Apakah ini bukti seorang mahasiswa/wi yang berusia 20-an (20,21,22,23,24,25,26,27,28,29 tahun) untuk bersikap keanak-anakan,alasan yang begitu remeh untuk diberikan?
Sedangkan umur 21 tahun sudah layak dikira mengundi hatta umur 17 tahun sudah layak memandu...
Sedangkan umur 20 tahun ke atas sudah layak berkahwin,masihkah adik-adik mahu dilayan seperti kanak-kanak?
memberikan dan mengharapkan bantuan yang lebih untuk ke tempat program tanpa mencari kekuatan dan inisiatif sendiri jika kalian benar-benar mahu?
Kadang kala bantuan dan kemanjaan yang diberikan menyebabkan adik-adik tidak menghargai jalan tarbiyyah dan dakwah sehingga mengambil kesempatan ke atasnya
sedangkan ikhwah dan akhawat kita di Palestin,di Sabah dan Sarawak meredah hutan dan peluru untuk mencari Tuhan
kita alhamdulillah,masih mampu berprogram dengan aman,mendapat fikrah dalam atap berhawa dingin,makanan juga sentiasa tidak kering,masihkah beralasan ibarat kanak-kanak 10 tahun yang masih perlu dimanja-manjakan?
kerana alasan
"saya tidak biasa..."
"saya tidak kenal mereka..."
"saya..."
"saya tidak suka..."

Sikap ini bukanlah buah daripada ilmu dan fikrah yang kita hadir dalam usrah mingguan
kerana usrah tidak mengajar kita menghadiri katibah,daurah,mukhayyam,nadwah dan program-program lain atas nama
"seronok kerana ramai ikhwah/akhawat yang saya kenal"
"penyampai tu memang best"
 "tempat  tu  dan makananya memang menarik"
"naqib/naqibah saya yang paksa"
"naqib/naqibah dan ahli usrah saya juga hadir di sini"

kerana orientasi dan kiblat niat kita telah berubah kerana bukan lagi kerana Allah
kita hadir kerana makhluk
kita akan hilang apabila makhluk-makhluk itu turut 'hilang'
kita mudah lemah apabila pergantungan kita kepada makhluk-makhluk itu mula melemah dan rebah
kita juga akan hilang apabila makhluk-makhluk ini tiada


 Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah) .(QS. Al-An'aam: 162-163)






No comments: