Alhamdulillah,terima kasih kepada Allah kerana aku masih ada penglihatan,pendengaran,boleh bangun,boleh menggerakkan wajah (senyum,marah,takut),boleh ketawa,menangis,ada suara untuk menyatakan apa yang dirasa,buah pinggang masih elok untuk melakukan perkumuhan,kerongkong pun tak sakit,kepala boleh berfikir untuk merancang perjalanan hidup pada hari ini,paru-paru masih baik untuk menyedut udaraMu,tapak kaki tak sakit-jadi tak berjalan terhencot-hencot,jari jemari boleh digerakkan supaya dapat menaip,pegang pensel,pegang makanan,lutut pun tak sakit jadi boleh naik tangga dengan tenang dan laju,suhu badan pun ok-dapatlah memakai pakaian yang biasa dipakai----Alhamdulillah,sangat banyak nikmatnya dah tak mampu nak tulis,walau kadang kecil apa yang difikir tetapi satu nikmat yang sering aku lupakan,seperti ada gigi yang sihat maka dapat aku mengunyah dan merasa pelbagai makanan,aku dapat kentut dan sendawa maka bahagian dalam badan aku dapat beroperasi dengan lancar,semua bahagian otak termasuk sistem neuron aku masih baik maka aku masih mampu mengeja dan mengira,mengingat jalan pulang ke rumah,dapat bezakan cuaca dan membuat keputusan-keputusan,alhamdulillah
Alhamdulillah,walau kadang hidup rasa serabut,bersimpang siur,tak jumpa hujung pangkal dan penyelesaian.
Alhamdulillah walau kadang hidup ada jatuh yang lambat untuk bangun,sesak dada,pernafasan tak berjalan dengan sebaiknya,otak sudah tak mampu nak berfikr dengan sebaiknya
Alhamdulillah walau kadang perasaan seperti seolah-olah tak dapat nak dikawal,kadang rasa takut,kadang rasa marah,kadang rasa benci,kadang rasa ragu,kadang rasa bimbang,kadang rasa kosong,kadang rasa sedih
Alhamdulillah kadang kala rasa dipinggirkan,kadang rasa tidak cukup,kadang rasa sukar,kadang rasa letih,kadang rasa susah,kadang rasa tepu,kadang rasa putus asa
Alhamdulillah kadang kala dituduh,kadang kala dizalimi,kadang kala dimaki,kadang kala tak didengari,kadang kala tak disukai
Alhamdulillah kadang kala rasa sakit,kadang kala rasa perit,kadang kala hati berbolak balik,kadang kala lupa,kadang kala dahaga,kadang kala tewas,kadang kala tak dihargai
Alhamdulillah kerana aku yakin,aku percaya,aku pasti,aku tahu yang aku ada ALLAH
Dia yang sentiasa Maha Melihat luar dan dalam,nyata dan tersembunyi,apakah aku sedih dalam nada tawa,apakah aku yakin dalam ucapan gembira,adakah aku takut dalam melihat sesuatu di sebaliknya,adakah aku penat dalam melangkah di jalan ini,adakah hati aku rela walau kadang dipaksa
kerana Dia lebih memahami apa yang dirasa walau selalunya tak dapat diberitahu melalui gerakan lidah dan gelombang suara
Dia sudah maklum tentang apa yang dialami,dilalui oleh setiap hambaNya secara terperinci dan Maha Mengetahui limitasi dan kekurangan hamba-hambaNya
Dia bersedia menerima aku walau aku kurang dimataNYa
Dia bersedia memaafkan aku walau selalu aku bersalah terhadapNya
Dia menghargai aku walau manusia lain melihat aku lebih kurang sahaja
Dia menyayangi aku melebih aku mencintai diri aku sendiri
Dia sentiasa ada di sisi ketika aku takut,keseorangan dan penuh dengan keraguan
Dia sentiasa memberi galakan dan sokongan dengan penuh hikmah dengan sifatnya juga yang Maha Halus
Dia menerima perasaan aku,Maha Memahami walau selalunya tiada perkataan yang dapat menggambarkan masalah aku
Dia sentiasa menemani aku sampai aku bangun dari tidurku
Dia sentiasa membantu aku dalam saat genting dan sukar
Dia selalu memberi kejutan di sebalik setiap musibah dan kesukaran
Dia sentiasa membuka pintu untuk aku masuk ke jalanNya walau aku selalu tersesat untuk pulang semula
Alhamdulillah--kata-kata ini tiada perkataan yang dapat menggantikannya,tidak setanding dengan perkataan terima kasih,syukur,thank you,great,osem dan sebagainya
Alhamdulillah kerana aku diperkenalkan oleh rasulNya untuk mengenaliMu
kerana adaMu,aku mampu bangkit walau selalu jatuh
kerana adaMu aku mampu tersenyum kembali walau sudah banyak dilukai
kerana adaMu aku mampu bersemangat walau banyak perkara ditagih di luar kemampuanku
kerana adaMu aku mampu terus melangkah ke hadapan walau banyak dugaan dan ujian
kerana adaMu aku yakin untuk meletakkan perancangan dan harapan walau belum lagi melihat sebarang halangan
kerana adaMu aku seolah-olah diberi sebuah kekuatan untuk berdiri di jalan ini
kerana adaMu aku seolah-olah diberi seteguh keyakinan bahawa segala yang berlaku tiada yang sia-sia
kerana adaMu aku seolah-olah diberi segalanya kerana aku adaMu pemilik segala yang ada di bumi dan langit dan di antara keduanya
aku tidak terasa miskin kerana aku ada Allah yang Maha Kaya
aku tidak terasa sunyi kerana aku ada Allah yang Maha Melihat dan Maha Mendengar
aku tidak terasa takut kerana aku ada Allah yang Maha Melindungi
aku tidak terasa jahil kerana aku ada Allah yang Maha Bijaksana
aku lebih rasa hidupku terisi dan menjadi sempurna kerana aku ada Allah yang kekal abadi
Kau perkenalkan aku melalui rasulMu mengenai jalan untuk sentiasa berhubung denganMu : solat,al-Quran,doa,syukur,ikhlas,tawakal,redha,zikir,selawat
Semoga cinta dan keyakinan aku terpatri mati untukMu... Allah
No comments:
Post a Comment