Sunday 5 January 2014

Aku dan Fenomena di Malaysia...Allah S.W.T dan aturanNya di Malaysia

Muhasabah tahun 2014

*Memperbaharui niat pada awal tahun 2014 setelah memperbaharui niat pada 1435H*

Untuk kita sebagai rakyat Malaysia,kenaikan harga barang yang naik secara ber'jemaah' ini adalah sebagai satu signal daripada Allah S.W.T.Mungkin disebabkan kelalaian kita dalam menguruskan hal-hal ketika masih hidup di dunia.
Manakan tidak walaupun kita rakyat tetapi hal pembaziran kita juga apa kurangnya...membazir makanan (lihat di restoran,hotel,resort,fast food restaurant,di rumah sendiri,hostel,asrama,di pantri pejabat) sedangkan saudara kita yang kurang berada/tidak kaya terliur melihat kita makan makanan yang 'mewah' (nasi,ayam,ikan) pada setiaaaap hari.
Kita juga saaangat sibuk dengan urusan dunia sampaikan kita tidak ada masa nak kaitkan dunia kita dengan Allah Ta'ala (solat akhir waktu sbb kerja ofis sangat melambak2,meeting sana sini,belajar ilmu2 sampai terlupa/tak dengar azan dah berkumandang,sibuk dengan keluarga ,saudara mara,kawan2 dan majlis2 sampai terlupa nak solat berjemaah di surau,masjid @ dalam rumah sendiri) 
dan kekurangan kita mengambil cakna hal ukhrawi dan kepentingan menambah ilmu pengetahuan tentang alam realiti kita berada kerana kita lebih banyak hidup dalam alam maya seperti menonton televisyen (iklan yg 'indah2'),FB (semua baik-baik je dalam FB dan berada dalam zon selesa kerana tidak perlu turun ke dalam masyarakat,bertemu orang secara bersemuka) dan berinternet (hanya sedih melihat gambar-gambar kesengsaraan, kesusahan, tetapi kesedihan tu tak mendalam sebagaimana pergi melihat sendiri dengan mata kepala,hanya mampu bersorak/beri sokongan dalam alam maya).
Kita juga kurang cakna berkongsi dengan masyarakat terutamanya mereka yang kurang pelajaran-belajar sampai tahap sekolah rendah atau SPM sahaja/mereka yang duduk di pedalaman atau kampung-kampung mengenai kepentingan memilih pemimpin yang baik dan bukannya pemimpin yang baik memberi material semata-mata menyebabkan golongan yang TIDAK MENGUNDI pihak yang menyebabkan kenaikan harga barang (semua org sudah sedia maklum siapakah mereka) turut merasa bahangnya disebabkan oleh mereka yang mengundi golongan ini masih ramai berbanding pihak yg satu lagi...
Kita juga masih kurang golongan yang pakar dalam berhujah mengenai undang-undang negara,cara urus kewangan negara yang memang betul-betul KUAT untuk menentang perkara batil kerana itulah rakyat tidak dapat berhujah secara fakta, tidak 'pintar' dalam menyelesaikan masalah (tidak tahu cara berkesan yang mampu mematahkan permainan pihak ******** sekarang) kerana jika diteliti mereka masih menggunakan perisai undang-undang dalam mematikan kemaraan rakyat kerana mereka tahu rakyat masih jahil akan hak, undang-undang dan peranan rakyat terhadap pemimpin negara demokrasi.Maka sudah sampai masanya kita keluar dari belenggu ini. Inilah petanda Allah mengingatkan hamba-hambaNya atas kelalaian kita...
Sejauh manakah munajat kita dengan sepenuh perasaan kepada Allah sebelum dilanda gelombang kenaikan harga dan selepas kenaikan harga? Di manakah Allah yang kita letakkan sebelum,semasa mengundi dan setelah pengumuman pengundian 2013? Allah bukanlah sesuatu yg kita boleh perkotak katikkan,Dia hanya dicari saat susah dan Dia ditinggal/diletak ke tepi apabila tidak lagi berada dalam keadaan penat dan payah.Jangan juga menjadi mudah 'caaiiir' apabila diberi habuan barang/duit/pangkat (ini materialistik semata-mata) apabila menjelang PRU seterusnya..kerana manusia mudah lupa...
Maka kemungkinan inilah kenaikan harga sebagai ujian juga muhasabah yang melanda SEMUA rakyat.Semua merasa sama ada yang mengundi pro-******** atau mengundi sebaliknya.Sama-samalah kita merasa kerana masing-masing belum cukup memainkan peranan masing-masing.Sama ada hanya buat kerja sambil lewa atau melakukan kerja tanpa Allah S.W.T bersama-sama dengannya.Bak kata orang-orang dahulu,hantukkan yang membangunkan manusia.Terantuk ke dinding baru tersedar sakitnya.Jadi benarlah kita perlu merasa sakit baru menyedari pentingnya sebuah usaha menyediakan payung sebelum hujan,barulah menjiwai persediaan berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian tetapi apakan daya adakah ini bermakna rakyat sudah terlambat menghargai 'emas'nya SATU undi?
Adakah ini bermakna sudah terlambat mengajak orang lain berfikir dan bersama-sama membangun dan perkuatkan diri dengan sepenuh keyakinan bukan hanya dengan anganan dan percaya bahawa rezeki pangkat dan dibuang kerja bukan hak milik ******** tetapi kerja Allah?
Maka sama-samalah kita merasa 'ujian' ini bersama-sama baik yang menyokong ******** dan yang tidak menyokongnya dan Janganlah kita lupa 'perasaan' ini apabila menjelang PRU yang seterusnya..PRU ke-14,mari kita lihat muka-muka yang kuat menegakkan kebenaran,lidah yang mampu mengungkapkan kebenaran,tangan-tangan yang mampu menunjukkan mana palsu yang mana benar,mata-mata yang mampu menjadi saksi kebenaran
“Dan kami bagi mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan. Di antara mereka ada yang soleh dan di antara mereka ada yang tidak demikian. Dan Kami cuba mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk, agar mereka kembali kepada kebenaran.” 
(Surah Al A’raf ayat 168)
 
Semua ini perlukan sebuah persiapan keimanan yang rapi,menghadirkan Allah S.W.T dalam setiap keadaan,pada waktu susah dan senang
Semoga Allah S.W.T menjadikan kita sentiasa dalam bimbinganNya,setiap detik hati,kata-kata dan pemikiran

1 comment:

Mohd Suffre Bin Jimeh said...

Benar, dan fikiranku juga sependapat denganmu