Entri kali ni tidak dapat tidak adalah sambungan daripada entri Episod 1
http://salamislam-waaz.blogspot.com/2013/01/ilmu-yang-menyebabkan-manusia-menjadi.html
Habis tu kenapa la belajar tinggi-tinggi,habiskan duit,masa dan tenaga atau bahasa lain menjadi mahasitua yang super duper senior di universiti tetapi pengakhirannya menyedihkan..dapat kelulusan tertinggi tetapi tak dapat nak ubah masyarakat,orang ramai tak pula merasai kehadiran kita melainkan kita masuk dalam media (televisyen/radio/bahagian iklan dan sebagainya).Ibaratnya seperti emas yang disimpan dalam kaca paling teruk disimpan dalam peti besi,
Ha...jangan lupa barang kemas yang tidak dipakai,disimpan dalam peti besi tetap dikenakan zakat tau.Kalau manusia yg belajar tinggi-tinggi,ilmunya menggunung ibarat memiliki emas tetapi duduknya di rumah sahaja,orang kampung dan jiran tetangga tak kenal pun kita,jadi agak-agak apa 'denda' yang sepatutnya?
Teka..
Sesuatu yang pasti bukan ilmu yang salah tetapi pemahaman manusia yang salah,apa ertinya ilmu jika tidak diamalkan ibarat pokok yang berbuah tetapi malangnya buahnya tak dapat dimakan
Bagaimana nak menggambarkan rasa rugi belajar...macam ni jika kita ada ilmu mengenai menjahit tetapi tak digunakan untuk menjahit jadi tak berbaloi...ilmu yang dipelajari tak la rugi tetapi tak berbaloi...
Ilmu itu juga tak akan ada nilai yang 'power' jika kita tak mengamalkan...hanya sekadar diucapkan dan diajarkan kerana ilmu itu ada nyawa..ada hidup dan matinya
Ilmu tu akan jadi kering jika kita hanya membicarakan teori,epistimologi,prolegomena
Ilmu tu akan dilihat beku jika tak diadun dengan jalinan pengalaman terutamanya pengalaman dan contoh semasa
Ilmu itu hanya akan tinggal retorik apabila orang yang menyampaikan ilmu hanya bertindak sekadar penyampai dan menggalakkan pendengar mengamalkannya tetapi si penyampai langsung tidak beramal dengan ilmu tersebut
macam testimoni pelanggan,apa ada pada produk kalau pelanggan yang mengesyorkan satu produk tetapi kata-kata terahirnya ialah "Err,saya tak pernah cuba pun produk ni..saya sebenarnya guna produk H"
Agak-agaknya apa reaksi pendengar kalau kata-kata ini diucapkan kepada mereka?
Kesannya mungkin ada pula sesudu manusia yang menyatakan "Kita tak perlu sampaikan ilmu tu kepada orang lain nanti nampak hipokrit gile..susah la nak hidup..asal cakap kena amalkan..susah woo"
Oleh itu kita kenalah faham prinsip ilmu sebenarnya...
Ilmu itu maknanya kalau kita belajar kita kena amal,kalau tak amal ilmu tu akan makan tuan empunya diri,maksudnya ilmu yang banyak menjadikan pemiliknya dihumbankan ke neraka kerana kedekut ilmu,lepas tu tak amalkan ilmu tu lagi teruk....
Ilmu macam teh boh atau kopi,tak de ummph kalau tak di'amal'kan kaedah nak buat air teh atau kopi
sama la belajar tinggi-tinggi tetapi ilmu tu ada ummph,tak terasa dekat dengan Ilahi
Jika kita tidak sampaikan ilmu kita maka kita menyembunyikan kebenaran seperti golongan Yahudi
sebagaimana dalam surah ali-Imran ayat 187-190 yang bermaksud:
Dan (ingatlah), Ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang
telah diberi kitab (yaitu):" Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu
kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikan kalau mereka melemparkan
janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarnya dengan harga
yang sedikit, amatlah buruk tukaran yang mereka terima.
Jika kita sampaikan ilmu tetapi kita sendiri tak amalkan maka:
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(Surah as-Saff ayat 2-3)
Jadi penyelesaiannya kita tak perlu belajar,betulkan?betulkan..err atau betul ke?
Tetapi ingat dalam ayat al-Quran Allah selalu perli dan membandingkan antara orang yang jahil,orang yang tak mahu belajar dengan orang yang berilmu dan orang yang jahil majoritinya tergolong dalam golongan yang sesat,wah ni lagi terasa terhina...:
“Diangkat oleh Allah akan orang-orang beriman dalam kalangan kamu dan orang-orang yang diberi ilmu, dengan beberapa tingkat.” (Al-Mujadalah : 11)
“Contoh-contoh itu Kami buat untuk manusia, dan tidak ada yang mengerti (memahaminya) kecuali orang-orang yang berilmu.” (Al-‘Ankabut : 43)
“Katakanlah, adakah sama antara orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?” (Az-Zumar : 9)
Apakah makna kepada semua ini,maka belajar salah ? dan tak belajar pun salah? serba salah jadinya....
(statement ni yg salah,sebenarnya keadaan ini berlaku apabila kita sendiri tidak memahami prinsip ilmu...)
Belajar merupakan satu fitrah maka apa guna anugerah akal jika kita tidak gunakannya untuk mengenal pencipta kepada akal?Caranya?caranya adalah dengan belajar (haa,akhirnya kena belajar juga)
Lebih-lebih lagi kepada mereka yang belajar mengenai Islam sama ada belajar sipi-sipi atau dengan mendalam,kita semua ada amanah yang perlu dilangsaikan iaitu menyampaikan ilmu tersebut dan mengamalkannya kerana itulah prinsip ilmu.
Jika kita tidak mahu belajar kerana tidak mahu memikul amanah maka kita sendiri yang rugi,yang ketinggalan dan paling kasihan akan dieprgunakan oleh orang lain yang berilmu daripada kita contohnya:
[Kalau belajar tentang menutup aurat maka kita kena amalkan nanti orang perli,orang marah,jadi tok sah la belajar,pakai ikut suka hati kita la na pakai ape pon ,boleh je, sebab kita tak tahu ape-ape pon tentang aurat nih,apatah lagi nak amalkan,iman lemah,jadi amal pun tak jalan]
Maka kita dengan mudahnya akan dimanipulasikan oleh pereka fesyen yang tidak ada nilai Islam yang mencipta baju-baju jarang,ketat,singkat dan sangat-sangat menarik perhatian (warna yang terang,kata-kata pada baju yang menimbulkan fitnah,contoh: i am bad girl,hate school,truly fanatic,lovely gurlz,musical high school fans)
Kalau kita tidak ilmu maka kita akan menyatakan:
"Ala dengan pakai pakaian macam tu bukannya dengan niat nak buat jahat,memang selesa pakai macam tu,ringkas,bergaya apa?"
Itu jawapan orang yang tak belajar dan tak faham,kalau mereka yang belajar dan faham mereka akan memikirkan:
Owh,pakai macam ni boleh menampakkan bentuk badan,memang lawa baju ni tetapi akan menarik perhatian orang lagipun pakaian ni kainnya jarang menampakkan warna kulit dan terdedah,sama la macam tak pakai baju kerana pakaian tu dicipta untuk melindungi diri dan bukannya untuk mendedahkan diri,jika tidak mengapa orang zaman batu berusaha mencipta pakaian kenapa mereka tidak mengekalkan tradisi tidak perlu memakai pakaian?Pakaian yang dipakai sebenarnya adalah untuk memelihara maruah lebih-lebih lagi seorang wanita,jika tidak mengapa kita dengan seronok dan bangganya boleh sahaja pakai short pants pergi ambil ijazah konvo?atau berselipar jepun ketika menghadiri konferens?Pakai baju tidur ke pergi interview...Bukan ke nampak ringkas? Tetapi tak berlaku pun macam tu...Haah,sebabnya kerana 'tersalah' pakai pakaian sebegitu maka tercalarlah maruah orang tu.Ha..kalau bab ni kita boleh faham fungsi pakaian dalam menjaga maruah diri tetapi kenapa dalam konteks pakaian yang ketat,jarang dan sangat bling-bling tidak kita kaitkan dengan maruah diri?Jika kita sentiasa mendedahkan diri dengan menampakkan bahagian tubuh maka harga diri kita jatuh,semua orang boleh melihat tubuh kita secara percuma termasuklah bukan ahli keluarga,tua dan muda dan menyebabkan kita mudah diganggu oleh golongan yang lemah imannya...akhirnya yang mengganggu dan diganggu terjebak dalam gejala sosial yang menyebabkan diri sendiri juga yang merana...jadi saya say no to fit and non islamic cloth...(^_^)
Ini salah satu contoh kelebihan orang yang berilmu dan faham dengan ilmunya menyebabkan dia berfikir panjang,bukan asal cantik je pakaian tu terus teruja nak beli,asal baju tu warna feveret terus je rembat nak beli tetapi perlu berfikir kebaikan dan keburukannya terlebih dahulu,adakah Allah redha atau tidak,adakah dengan memakainya dapat pahala atau menambahkan beban dosa malahan jika difikirkan tak berbaloi beli harga mahal baju sebegitu akhirnya baju tu menjadi tiket untuk kita masuk ke neraka atau akan disukarkan proses timbangan amal di akhirat kelak....
sebab itu ada hadith dalam Islam:
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
supaya umat Islam tidak diperbodohkan oleh orang-orang lain yang lebih berilmu, iaitu yang sangat malang mereka yang berilmu jahat untuk keduniaan semata-mata.Supaya umat Islam tak ketinggalan dan tidak dimanipulasikan oleh orang yang mempunyai ilmu,contoh semasa:
Umat Islam tidak ada yang pakar tentang strategi perniagaan dan kepimpinan maka perlu bergantung kepada mereka yang pakar dalam bidang-bidang itu,masalahnya mereka yang pakar adalah bukan Islam maka kita perlu tunduk kepada arahan dan prosedur mereka yang lebih tahu tentang peraturan-peraturan bidang-bidang itu walaupun ada antaranya melanggar syariat Islam seperti pembayaran faedah,sistem kapitalis dan sistem judi.Umat Islam tak dapat bangun melawan dan menentang malahan menjadi mangsa dan diperalatkan oleh mereka kerana tiada ilmu dalam bidang tersebut...
Jadi nampak tak kepentingan ilmu sekarang?
Ada juga yang tidak endah tentang mengamalkan ilmu maka "mereka yang berilmu dan mengamalkan ilmu" akan manipulasi dan mendominasi "golongan yang tak de ilmu" dan manipulasi "golongan yang ada ilmu tetapi tak amalkan ilmu" contoh:
umat Islam yang belajar ilmu pengiklanan atau perubatan tetapi tak amalkan maka ada segolongan yang belajar ilmu-ilmu ini dan mereka mengamalkan ilmu-ilmunya maka mereka lebih terkehadapan,masyarakat lebih mempercayai mereka,ilmu mereka diiktiraf,diakui dan diberikan kepercayaan,betul tak?
Samalah situasinya apabila kita mempunyai ilmu Islam tetapi tak amalkan maka siapa yang akan percaya kepada kita,meyakini kita,mengakui kebaikan Islam kita?Keadaan ini menyebabkan kita kalah dengan mereka yang mempunyai ideologi sendiri dan mengamalkan ideologi mereka contoh ideologi sekularisme.
Mereka percaya agama mengongkong kehidupan maka mereka mengambil jalan untuk mengamalkan kehidupan tanpa agama ,amalan agama untuk amalan ritual semata-mata.Mereka bukan sahaja mengamalkan kefahaman ini tetapi turut menyebarkan kefahaman mereka kepada orang lain,maka orang lain mula melihat,meyakini mereka sehingga turut mengamalkan ideologi ini dan akhirnya golongan ini berjaya membentuk sebuah negara sekularisme atau majoriti rakyatnya hidup dengan ideologi sekularisme...
Nampak tak kesan dan kerugiannya golongan yang 'tiada ilmu' dan golongan 'berilmu yang tidak mengamalkan ilmu'?
Oleh itu apa kata anda mengenai ilmu, adakah ini sekadar sebuah coretan kosong atau bagaimana?
Ya Allah ampunilah kami atas setiap kelalaian kami dalam melaksanakan suruhanMu sama ada secara sedar atau pun secara tidak sengaja dan golongkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang membantu meninggikan agamaMu agar kami tidak menjadi golongan yang rugi pada hari akhirat nanti
No comments:
Post a Comment