Jika benarlah ilmu itu mampu menjadikan manusia semakin pandai mengapa masih lagi wujud :
1) peperangan?????
2) kemelesetan ekonomi yang semakin teruk?????
3) manusia perlu lebih banyak membayar wang bukan semakin menjimatkan wang???? (semua benda perlu dibayar)
4) kemiskinan di merata-rata tempat????
5) kes anak luar nikah,rogol,cabul???
6) pesakit mental yang semakin bertambah????
7) pesakit AIDS,kanser,jantung yang semakin ramai????
8) kadar rasuah,pecah amanah,penindasan yang semakin parah????
Di manakah perginya mereka yang berpendidikan agama?mereka yang datang dari pondok,dari sekolah agama rakyat?sekolah agama kerajaan?sekolah agama persekutuan?sekolah agama negeri?pelajar yang belajar dari Jordan?pelajar yang belajar dari Yaman?pelajar yang belajar dari Mesir?pelajar yang belajar dalam bidang pengajian Islam...di manakah kalian?mengapa masih lagi terjadinya masalah sosial biarpun pelajar daripada latar belakang pelajar pengajian agama semakin ramai?
Di manakah perginya kalian apabila timbulnya isu-isu yang memerlukan jawapan dan penyelesaian?
Adakah ilmu agama sekadar dihafal dan dijawab ketika peperiksaan?
Ya manusia tidak sempurna tetapi malangnya peluang mempelajari agama kita tidak manfaatkan dengan sebaiknya
sepatutnya pelajar yang belajar daripada sekolah agama adalah orang yang paling dermawan,paling cepat menghulurkan bantuan,paling bijak dan profesional dalam urusan dan pekerjaan,paling pembersih,paling jujur,paling bertanggung jawab,paling amanah jika dibandingkan dengan orang lain...namun apa yang berlaku adalah sebaliknya
Jadi apakah nilai ilmu agama di hati kita?sekadar tempelan dan pencuci mulut untuk diucapkan dalam ceramah,tetapi hipokrit apabila dalam gerak kerja/amal?
pelajar Islam menjuarai kes anak luar nikah?orang Islam menjuarai carta tidak menepati masa?orang Islam menjuarai rumah atau bilik paling kotor dan bersepah?pekerja Islam menjuarai isu hasad dengki dan pengampu golongan atasan?ibu bapa Islam menjuarai isu pengabaian mendidik anak-anak dengan akhlak baik?tenaga pengajar Islam menjuarai isu memutar belit fakta untuk kepentingan sendiri (naik pangkat,inginkan nama/populariti),majikan Islam menjuarai isu menindas pekerja dan banyak lagi isu yang menjadikan umat Islam bukan contoh ikutan yang terbaik pada zaman sekarang?
Jika semua kenyataan ini tidak benar maka buktikan dengan fakta dan angka menunjukkan umat Islam menjadi peneraju kepada sistem pendidikan,sistem ekonomi dunia,sistem sosial dunia,sistem hak asasi manusia sedunia,sistem perundangan sedunia?
Banyak kritikan yang diterima apabila ramai yang menganggap kerja Ustaz adalah sebagai penghalau hantu,umat Islam suka menjatuhkan satu sama lain,mendedahkan aurat,bebas bergaul tanpa mengenal batas-berpelukan,berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan dan banyak lagi jika kita menjadi seorang pemerhati dan pendengar yang baik
Jadi apakah ertinya kita belajar ilmu agama?adakah sekadar mengambil hati orang tua?sekadar untuk lulus periksa?sekadar mencukupkan syarat untuk berkahwin sahaja?sekadar menyedapkan hati pasangan semata-mata?sekadar memenuhi kepentingan diri sahaja?sekadar mendapatkan pekerjaan?sekadar mengisi masa terluang?
Jika ini niat kita maka jawapan inilah yang akan kita bawa di hadapan Allah kelak,itulah sebab ilmu kita tidak ke mana,habis air liur untuk didebatkan di sana-sini tetapi hasilnya tiada yang berisi,makin digali dan dibincangkan semakin banyak permasalahan bukan semakin jumpa jalan penyelesaian,semakin banyak dikaji semakin hangat pertelingkahan pendapat,semakin bertambah ilmu semakin sombong untuk menyumbang bakti tanpa mengharapkan gaji/elaun/bonus,semakin tinggi ilmu semakin sedikit sumbangan untuk turun menyinsing lengan dalam masyarakat yang masih memerlukan.....
No comments:
Post a Comment