Tuesday, 1 January 2013
Realiti tahun 2013
Seperti hari-hari biasa mungkin kedatangan tahun baru adalah sesuatu yang biasa,hakikatnya umat Islam telah terlebih dahulu menyambut tahun baru jika dibandingkan dengan tahun 2013
Keadaan di KL Sentral memang sesak dengan pelbagai ceruk manusia tidak lupa juga dalam kalangan muda mudi dengan pasangan sehati sejiwa masing-masing...(semoga kita sentiasa diberi hidayah oleh Allah)
Apakah ertinya pertambahan dan sambutan baru bagi mu? Anda telah di tag... (^_^)
wan menulis:
Bagi wan sambutan tahun baru melambangkan peredaran masa yang akan tiba peringkat penamatnya tidak lama lagi..memang pertambahan tahun menambahkan rasa seram,ye lah bukan seram bertambahnya angka umur yang memanjat tua tetapi hayat hidup semakin pendek,ya ajal semakin hampir,kalau sebelum ni hayat kita tinggal 5 tahun lagi .... apabila menjelang 2013, hayat hidup di dunia dah jadi 4 tahun lagi...ya Allah berilah daku kekuatan untuk sentiasa kekal beramal soleh dan meninggal dalam melakukan amal soleh
wan berpendapat :
kedatangan tahun 2013 adalah kedatangan saat-saat biasa seandainya kita masih di takuk lama...prestasi amal untuk akhirat masih di tahap lemah,sederhana atau biasa-biasa aje...
ye lah kita asalnya di syurga tetapi dihantar ke dunia sebagai tempat menguji iman kita adakah iman kita ini bernilai emas tulen?berlian?mutiara?perak?gangsa?kromium?atau plastik?arang? sebelum kita kembali ke syurga semula apabila memasuki alam barzakh dan seterusnya melalui alam akhirat memang wajar kita di'tapis' oleh Allah terlebih dahulu sebab syurga itu hanya untuk orang-orang yang hebat sahaja...siapa yang tak nak jumpa selebriti-selebriti syurga?Saidina Abu Bakar,Sumayyah,Asiah,Saidina Umar,Saidina Uthman,Saidina 'Ali,Saidina Hamzah,Saidatina 'Aisyah,Saidatina Khadijah dan Rasullullah S.A.W sendiri! dan ramai lagi orang-orang hebat untuk kita bertemu dan berbual dengan senyuman sampai ke telinga
wah,ada orang paling kaya di dunia-Nabi Sulaiman,ada orang yang paling handsome di dunia-Nabi Yusuf,ada orang yang paling merdu suaranya-Nabi Daud,orang paling bijaksana-Luqman al-Hakim,pemuda-pemuda ashabul Kahfi...wah seronok betul dapat jumpa dengan mereka!
Tu baru berjumpa dan tidak termasuk lagi dengan permintaan-permintaan lain di syurga yang Allah akan kabulkan semuanya!!!
Oleh itu kedatangan tahun 'baru' adalah : apabila kita menjadikan iman dan niat kita sentiasa baru untuk sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk ber'amal kerana Allah kerana jika kita mengaku kita hamba Allah dan bukan pesaing kepada Allah maka semua benda dan perkara mestilah mendapat persetujuan a.k.a keredhaan Allah
Apakah persediaan kita untuk ajal yang semakin tiba?
"Ya Allah jadikanlah kami golongan yang sentiasa mengingatiMu sewaktu susah dan senang,mengingatiMu sewaktu beramai-ramai dan bersendirian dan mengingatiMu mula hidup sampailah ajal kami dan golongkanlah kami dalam golongan yang sentiasa bersyukur dan mengekalkan sifat kehambaan kami kepadaMu ya Allah"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment