Walaupun sudah masak dengan karenah perjalanan
biar tua angka usia namun kita tidak bisa hidup tanpa pegangan
walaupun petah berbicara,menjadi bijaksana
punya pelbagai harta dan kemewahan segala
namun tiada ertinya
apabila daku pulang dengan sebuah jiwa yang kosong
walau punya bergulung anugerah jua ijazah
namun ilmu yang diteguk semakin haus
terasa kosong...
Walau daku dikelilingi teman penuh keriangan bak taman penuh haruman
namun hati kecil pabila menyepi mencari satu jawapan untuk mengisi
sebuah kekosongan dalam ruang jiwa
yang inginkan sesuatu tetapi tak ketemu
masih mencari
Biarpun aku banyak memberi
punya jutaan bakti dalam masyarakat jua khidmat
sering tersenyum penuh pengertian
namun pandanganku kosong mencari sebuah pengertian
di sebalik khidmat dan juga puluhan pemberian
Biarpun daku bersama yang kucinta
sering ketawa dan bermesra
bagai indah bulan pada malam nan tenang
namun jauh sudut hati apabila merenung alam
berfikir mencari sebuah jawapan
mengapa masih terasa kosong
walau sudah memiliki segala yang untung?
kerana aku punya hati
punya jiwa yang sunyi
tempatnya bukan diletak pada harta,jua keluarga,rakan dan benda
bukan jua pada anugerah,bukan kemegahan dan segala yang mewah
tetapi hatiku dan jiwaku perlukan pada pergantungan kepada segala yang lebih tinggi dari itu
yang lebih mewah dari itu
yang lebih membahagiakan dari itu
yang lebih memberi ketenangan dari itu
yang bukan memberi makna kosong tetapi
makna dan erti kepada tujuan aku dihidupkan
kepada tikar sejadah yang aku tinggalkan
kepada kitab suci yang lama aku simpan dan terlupakan
kepada erti kebaikan dan perjuangan Nabi yang telah aku abaikan
kepada maksud Islam yang aku percaya dan syahadah yang aku bersaksi dengannya
menjadikan jiwa dan hati ini tidak terisi
semakin kering walau jutaan kemewahan dunia dilimpahkan kepadaku
menjadikan aku si pemenung setia tika senja
dan rutinku penuh dengan persoalan dan kitar hidup yang kosong dan tanpa makna
Ya Allah
aku menjauh darimu
memilih yang nampak pada mata
tetapi menutup pandangan kalbu
aku sendiri melenyapkan hidayah yang Engkau beri
melalui kalimah azan dan manusia yang berlari dalam mensucikan diri
di kiri dan kananku ini
Ya Allah
dalam sebuah lena dan pencarian makna kehidupan
aku bangkit dan menyedari
tiada ertinya sebuah kegembiraan,atau satu pemberian
tiada makna sebuah pengorbanan jua sebuah anugerah
tanpa mendapat keredhaan dan Engkau bersetuju dengan
tindak-tanduk makhlukMu
dan tiada ertinya ilmuku yang menggunung jua hartaku yang bertimbun
jua kasih dan cinta manusia kuraih tiada penghujung
namun tiada ertinya
tanpa aku terlebih dahulu berada dalam payung kasihMu
melangkaui makhlukMu yang lain
bertemu di hujung jalan adalah sebuah pertemuan daku dengan Mu ya Allah
dalam pakaian bersih dan suci
jiwa penuh tenang dan biar miskin pada mata orang
namun kaya dalam pandangaMu ya Tuhan
No comments:
Post a Comment