Sebenarnya sudah lama terpanggil untuk menulis entri mengenai pemandu-pemandu di jalan raya...sebelum ini tidak terasa nak menulis tentang perkara ini tetapi apabila telah dipilih oleh Allah untuk masuk dalam 'alam memandu' dan berada dalam senarai panjang pengguna-pengguna jalan raya a.k.a ada kenderaan untuk ke satu-satu destinasi barulah terasa bahawa wan telah memasuki 'alam lain',alam yang lain daripada dunia yang selama ini hidup dengan berjalan kaki (kaki sebagai pembantu utama untuk ke satu-satu destinasi dan sesekali menaiki kenderaan awam tetapi apabila mengambil posisi sebagai PEMANDU barulah terasa oh,inikah 'dunia'?
INI memang KELAKAR
Berapa banyak pemandu mercedes,peugeot,nissan,volkswagen atas muka bumi Malaysia,berapa banyak pemandu bas dan lori atas tanah sementara ini,berapa banyak pemandu kenderaan yang 'grand' yang berkuasa kuda entah berapa yang wujud pada masa kini...tetapi 'perangai sang pemandu' langsung tak sepadan dengan kenderaan yang mereka pandu...wan ULANGI tak sepadan..tak sekufu (T_T)
Bukan kerana sang pemandu tu jelita atau kacak bergaya,berduit haruslah keretanya besar,mewah atau canggih,itu tak pun penting..tak penting langsung kalau cara bawa membahayakan nyawa orang lain...buli pemandu jalan yang lain
Tak ada ertinya car sticker kita tertera daripada Universiti Toronto,ada lambang pangkat tinggi ke..tetapi bawa kenderaan menunjukkan keegoan masing-masing
Ketahuilah,walaupun semasa memandu kita hanya nampak kereta,motorsikal,basikal,lori,bas,jip dan lain-lain Janganlah kita semua lupa di dalam kenderaan tu ada manusia,manusia yang ada nyawa,ada akal.... (T_T) dan ada perasaan.....
Ketahuilah orang lain pun ada perasaan,orang lain pun nak ke destinasi masing-masing,nak selamat,nak ketenangan,nak gembira walaupun di atas jalan raya..kenapa perlu rasa stress...atas jalan raya pun nak stresssss,apekah nilai akal dalam diri jika perkara se 'simple' atas jalan raya pun boleh rasa stress
Kerana kita pernah menjadi pemandu tak prhatin,pemandu egois giler,pemandu kaki buli,pemandu yang tak tahu erti memandu,yang dia tahu asalkan boleh hidupkan enjin kenderaan,kenderaan boleh bergerak dengan baik itu sahaja....Contoh:
1) Sangat kedekut atau tak pernah belajar guna signal (bersangka baik) atau merupakan seorang manusia yang sangat malas nak bagi signal kalau nak membelok ke kiri atau kanan walaupun dalam high way apatah lagi kawasan kampung/pedalaman....
2) Suka memotong tanpa mengira double line,ada kenderaan di bahagian setentang.Pemandu macam ni dia ada ego yang melangit,atau adik beradiknya ialah Encik/Puan/Tuan panas baran,sukar bersabar.Pantang tengok orang potong kenderaan dia,kalau nak potong dia akan sekat,kita nak memotong ke kiri dia pun akan bawa keretanya ke kiri,kita nak potong sebelah kanan,dia akan pandu kereta dia sebelah kanan juga
3) Suka potong line orang lain,tak bagi orang jalan nak masuk walaupun tengah kesekakan lalu lintas (biasanya berlaku dalam kesesakan jalan raya),pemandu macam ni jenis yang sensitif dan mudah rasa stress,kemungkinan ketahanan emosinya sangat rapuh,sukar nak bertolak ansur
4) Suka parking kenderaan 'ikut suka hati aku',pemandu seperti ini suka parking jalan yang paling mudah untuk dirinya dan keluarganya sahaja tetapi dalam pada masa yang sama menyusahkan 1000 pemandu jalan raya yang lain...kadang-kadang lalu lintas bergerak perlahan disebabkan dia parking kat tengah-tengah alam.Pemandu macam ni punya hati kering,ada segumpal perasaan ego dan tiada sifat kasih sayang terhadap manusia lain sebab dia sanggup susahkan orang lain semata-mata untuk kemudahan dirinya sendiri...
5)Suka memandu laju dan memotong kenderaan lain tanpa sebab yang munasabah walaupun dalam jarak 100 meter traffic light di hadapannya menunjukkan warna merah,dan memang lambat lagi nak bertukar lampu hijau atau 100 meter lagi ada bonggol ...pemandu macam ni jenis tak berfikir panjang,suka membazir tenaga dan tidak merancang perjalanan
6) Pemandu yang suka membunyikan hon,satu hari lebih daripada 3 kali (dah jadi kebiasaan),pemandu di hadapannya lambat pun nak hon,suka mencaci pemandu lain...Pemandu macam ni jenis yang kurang sabar..separuh daripada imannya dah hilang (tak normal),panas baran,tak mampu mengawal emosi
Kenalilah personaliti SEBENAR bakal suami/kekasih/majikan/pekerja anda melalui cara pemanduan mereka....
Kadang-kadang di pejabat,di rumah nampak lembut gemalai,berjalan penuh gah siap bertali leher(nampak ikut protokol),bercakap penuh sopan dan senyum yang penuh dengan sejuta kebaikan TETAPI apabila memandu jangan terkejut terus bertukar menjadi serigala jadian seperti keenam-enam situasi pemandu kelakar di atas....
No comments:
Post a Comment