Friday, 28 September 2012

Hanya 1 dalam 1000?Di mana akan ku cari...

Carilah 1 dalam 1000 dengan hati
insyaAllah akan jumpa juga dengan hati
Jika mencari dengan harta kita takkan bertemu dengan mereka
Jika mencari dengan emosi kita takkan bertemu kembali
Siapakah 1 dalam 1000 pada zaman kini?

mereka adalah orang yang berdakwah
itulah 1 dalam 1000
kerana dakwah itu adalah darah
dakwah itu adalah nafas
dakwah itu bukan hanya cakap-cakap
dakwah bukan sekadar kemewahan dan pakaian
dakwah itu bukan pada rupa
dakwah itu tidak mengira siapa dan bila masanya
kerana
dakwah itu adalah hidup manusia itu sendiri...

dengan dakwah 
manusia lain jadi hairan
kerana mereka sanggup berubah

dengan dakwah
manusia lain jadi hairan kerana
mereka tidak kisah menyumbang harta

dengan dakwah
manusia lain jadi hairan kerana
mereka sentiasa ada masa untuk orang lain

dengan dakwah 
manusia lain jadi hairan kerana
mereka berkasih sayang tidak mengira siapa

dengan dakwah
manusia lain jadi hairan kerana 
mereka lebih banyak memberi daripada menerima

dengan dakwah 
manusia lain jadi hairan kerana
mereka tetap hidup
walaupun telah pergi bertemu Allah

dengan dakwah
manusia lain jadi hairan kerana 
melaksanakan kerja sukarela
tanpa gaji,sijil atau pangkat

dengan dakwah
manusia lain jadi hairan kerana
walaupun tak kaya tetapi masih bersedekah
walaupun sibuk dan berjawatan tinggi masih ada masa untuk orang lain
walaupun sakit masih bersama-sama dengan insan yang sihat
merancang program untuk dakwah
walaupun berkeluarga masih punya waktu untuk gerak kerja dakwah
walaupun sudah tua masih punya kudrat untuk hadir membawa usrah
walaupun sudah berjaya
masih lagi membantu mereka yang lemah

kerana dakwah mempunyai pertalian yang kuat dengan Allah
orang berdakwah 
orang yang dipilih oleh Allah
orang berdakwah
istimewa di sisi Allah
orang berdakwah
pembantu kepada perjuangan Rasullullah
orang berdakwah
berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat
orang berdakwah 
ialah mereka yang menunjukkan terima kasih kepada Allah
orang berdakwah
mereka yang menghargai Islam 
orang yang berdakwah
punya matlamat dan wawasan besar

orang yang berdakwah (1 dalam 1000) HANYA akan ditemui oleh orang yang ingin bersama-sama di jalan dakwah!




No comments: