Alhamdulillah,subhanAllah,ya Allah
bersyukur kepada Allah kerana mempunyai murobbi
dapat bersama-sama murobbi-murobbi
Ya,bersyukur kerana diberikan murobbi-murobbi
Kenapa?????
Apa hebatnya murobbi sehingga perlu diucapkan penghargaan sebegini........
Begitulah perancangan Allah,betapa penyantunNya Allah
Dia menganugerahkan manusia untuk mendidik manusia mengenal Allah
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA pertalian darah
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA gaji kerana membawa usrah
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA hari khas memperingati mereka sebagaimana hari Guru dan Hari Pekerja
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA bertambah harta mereka kerana mengajar dan mendidik kami mengenal Allah
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA mendapat pengiktirafan,populariti dan pujian tetapi KEBIASAANnya dicaci,dipandang rendah,tidak didekati,tidak dihormati apabila diajak untuk berusrah
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA masa terluang kerana sibuk membina iman dan amal ahli-ahli usrah
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA masa rehat kerana melayan kami yang banyak kerenah
walaupun murobbi-murobbi kami TIADA diberi kelebihan dan layanan VIP di majlis-majlis indah
dan.....
Mereka dilihat biasa-biasa
Mereka dilihat tiada apa-apa
Mereka dilihat sebelah mata
Hanya yang bersama mereka
tahu siapa mereka
kehebatan,kekayaan dan ketenangan mereka
hanya mereka serahkan untuk Allah yang menilainya
bukan manusia
walaupun
mereka TIADA mendapat APA-APA
Itulah hebatnya punya murobbi asli
murobbi original,murobbi tulen
sanggup mendidik orang lain
tanpa mengharapkan apa-apa
tidak kerana keuntungan diri dan keuntungan dunia
hanyalah semata-mata mahu menghidupkan hati manusia
supaya menyedari peranan sebenar kita di dunia
sanggup bersusah payah untuk KITA..itulah murobbi-murobbi kami
sanggup meluangkan masa untuk KITA biarpun sudah punya kerjaya dan keluarga...itulah murobbi-murobbi kami
sanggup berkongsi pengalaman dan ilmu secara percuma tanpa sebarang syarat dan upah apatah lagi gaji....itulah murobbi-murobbi kami (percuma semata-mata)
Hargailah keberadaan murobbi-murobbi,berterima kasihlah kepada Allah kerana dikurniakan murobbi-murobbi,raikanlah kasih sayang murobbi-murobbi,
kerana
murobbi-murobbi kita menyayangi kita kerana Allah
itulah contoh pengorbanan dan kasih tertinggi,teragung yang takkan siapa pun dapat melainkan menjadi anak didik atau mutarobbi kepada murobbi-murobbi ini
Hanya yang terpilih dan memilih untuk bersama-sama dengan murobbi-murobbi sahaja yang akan
bertemu dengan insan-insan ini
kelak kami juga akan mengikut jejak langkah
menjadi seperti murobbi-murobbi kami.....
Terima kasih wahai murobbi
kami doakan semoga kita semua
kami dan para murobbi kami
dapat berkumpul kembali
di jalan kemenangan yang abadi
di jannah nanti
insyaAllah
p/s: murobbi (insan yang mendidik bukan sekadar mengajar)
No comments:
Post a Comment