Friday, 14 September 2012

Politik Malaysia:Sudah tiba masanya rakyat pula mendidik pemimpin?

Sebagai seorang anak kelahiran Malaysia dan masih lagi bersama-sama dalam gerak arus perubahan politik negara,satu perkara yang masih tidak berubah walaupun sudah lama merdeka ialah perubahan sikap rakyat dan pimpinan negara tanpa pengecualian kepada pemimpin politik...

Satu perkara yang jelas masing-masing mengambil sikap 'bertelagah','berebut','tuduhan','fitnah','membuka aib' dan banyak lagi perilaku yang tidak sedap pada hati dan semakin mengukuhkan lagi persepsi dan pemahaman bahawa politik itu kotor????

Sayang sekali apabila politik kampus yang dipelopori oleh mahasiswa dan pihak pentadbir universiti yang ada ilmu yang luas [Sarjana Muda,Sarjana,Doktor Falsafah,Felo dan lain-lain] masih lagi tidak mampu membersihkan persepsi  bahawa politik itu kotor dengan ilmu mereka yang tinggi,dengan kemampuan mereka sebagai agen perubah....
Suami isteri boleh bercerai gara-gara politik,tidak datang ziarah kerana politik?tidak mahu mengaku salah kerana politik?tidak mahu memohon maaf kerana politik?tidak mahu bekerjasama kerana politik?
Isu bergabung itu satu isu lain tetapi apabila melibatkan perhubungan sesama manusia dilihat tidak cantik apabila kepercayaan politik kita BERBEZA sehingga yang salah jadi betul dan yang betul menjadi salah?

Adakah benar jika kita memohon maaf akan menjatuhkan kredibiliti seorang pimpinan politik?
Adakah dengan membuka aib orang lain akan meningkatkan kewibawaan pimpinan?
Adakah dengan menabur fitnah dan meremehkan orang lain akan meningkatkan jati diri pimpinan politik?

Wahai kita yang bergelar rakyat,ayuh buka hati dan bukalah mata,nilailah mereka berdasarkan peribadi Rasullullah S.A.W.Nilai mereka dan lakukanlah pilihan yang terbaik yang mana lebih hampir kepada peribadi Rasullullah S.A.W,Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,Saidina Uthman dan Saidina 'Ali
pilihlah mereka yang mampu membawa kita bertemu dengan Allah dalam keadaan kita mampu tersenyum dan bukannya meraung dan menyesal kerana pemilihan yang salah akan menyebabkan generasi kita terabai apabila kita sudah tiada

Pemilihan yang salah menyebabkan anak-anak kita bukan lagi seperti anak-anak yang suci tetapi penuh dengan noda-noda hitam
Pemilihan salah menyebabkan ramai menjadi penjenayah dan bukannya penyelamat
Pemilihan yang salah menyebabkan hati kita mati sebelum kita betul-betul mati
Pemilihan yang salah menyebabkan kampung kita ini menjadi syurga atau neraka

Pemilihan mereka ibarat kita memilih suami atau isteri untuk membentuk sebuah keluarga idaman

Undi kita bukan main-main

Jadilah rakyat yang cerdik mata hatinya dan bukan buta dengan bantuan sementara sedangkan untuk tahun berikutnya hak kita diratah sepenuhnya oleh mereka yang tidak sepatutnya

Jadilah rakyat yang akhirnya menyebabkan pemimpin tunduk dan akur dengan keputusan kita dan bukannya mereka yang mengawal kita kerana negara ini adalah hak semua dan bukannya milik sesetengah manusia sahaja

Jadilah rakyat yang menyebabkan pemimpin menjadi malu dengan diri mereka sendiri dengan akhlak kita yang lebih baik daripada akhlak mereka

Jadilah rakyat yang mampu membentuk pemimpin jika pemimpin dilihat tidak lagi mampu memimpin diri sendiri apatah lagi ingin memimpin orang lain

Ayuh kita ramai-ramai menjadi penasihat yang baik kepada mereka,bukan barang tunggangan,bukan barang olok-olokkan,bukan manusia yang mudah ditipu kiri dan kanan

Ayuh kita cari jalan yang benar apabila pimpinan dilihat memperkatakan sesuatu yang meragukan,kita selidik bukan menelan bulat-bulat,kita memihak kepada Allah bukan memihak kepada manusia kerana yang Maha Berkuasa itu Allah dan Dia memberi sedikit kekuasaanNya kepada pemimpin sebagai ujian buat mereka

Ayuh sedarkan mereka bahawa mereka sebenarnya memegang dan memikul amanah yang akan ditanya oleh Allah secara terperinci di akhirat kelak dan bukannya menyanjung mereka,membodek,mengipas,takut kepada mereka kerana mereka manusia biasa tetapi dipilih oleh Allah untuk diuji tahap iman mereka

adakah mereka mudah gelabah apabila menjadi pemimpin,adakah mereka melonjak gembira apabila diberi amanah atau adakah kelihatan sugul apabila dilantik menjadi pemerintah?

Ayuh kita semai sikap sayang kepada pemimpin dengan tidak membiarkan dirinya leka,dirinya lupa,dirinya rasa ta'jub dengan bakat kepimpinannya

Yakinlah mereka yang memimpin kerana Allah akan menunjukkan akhlak yang baik tanpa mengira letak duduknya sama ada dalam kalangan lawan politiknya,non-muslim,fakir,cacat
Ikhlas itu akan Allah perlihatkan tanpa perlu menyebut 'Saya ikhlas.....'
Tetap memberi dengan kencang pada setiap ketika bukan bermusim
Tetap bersama walau susah,melarat dan merana
Tetap prihatin walaupun lawannya bencikannya
Tetap memaafkan walau ada yang menyakitinya
Tetap mengaku kesalahan walaupun akan ada yang memerlinya
Tetap bersedia membantu dan berbincang walau lawannya tidak akan membalas bantuan mereka
kerana mereka IKHLAS

dan siapakah rakyat yang bijak mata hati dan mampu memilih pemimpin itu?ANDAlah jawapannya

No comments: