Oh,begitu bisa,sangat berbisa posting kali ini,dibaca pertama kali seakan-akan menuduh,dibaca dua kali seakan-akan memerli dibaca sepuluh kali rasa seperti satu kecaman
Jika dibaca dengan sekali sahaja dengan hati yang lapang dan fikiran yang jernih,oh rupanya satu muhasabah buat kita yang digelar si Muslim dalam satu zaman perjalanan dakwah dan tarbiyyah yang panjang.
Ayuh,kita muhasabah satu persatu situasi ini...
MUHASABAH 1
Nama aku S,aku ada kenal seorang kawan yang agak lama dalam gerak kerja dakwah,ye lah buat kerja-kerja dakwah,pergi sana pergi sini,aktif dalam gerak kerja dakwah,setiap hujung minggu ada saja programnya ttp aku pening la bro,pening skit2 menyebabkan kadang2 aku rasa macam tak nak tengok muka dia walaupun dia buat kerja baik,bukan apa,sejak aku tinggal sebilik dengan dia,aku rasa aku lagi pembersih daripada dia.Ye la..walaupun dia nampak kemas dari segi pakaian ttp sifat dia terhadap sekeliling hanya orang yang tinggal dengan dia je yang tahu.sampah-sampah,kemaskan katil,baju-baju dalam almari dan baldi,pinggan dan cawan yang digunakan sangatlah jarang dicuci dan dikemaskan..aku pun agak keliru di situ..walaupun dia anggap simple ttp sikapnya itu menjadikan dakwah dia agak 'kalis' untuk aku
MUHASABAH 2
Ya Allah,berikanlah aku seteguh dan segagah iman untuk sebuah kesabaran..adakah kerana aku tak kahwin-kahwin lagi mereka mewajarkan cara mereka terhadap aku macam ni? habis semua kerja aku yg perlu lakukan hatta kerja senang-senang pun ditolak kepada aku atas alasan.."enti tak kahwin lagi..tak banyak kerja..jadi kami bagi enti kerja lebih sikit....",habis tu ya Allah maknanya tak kahwin ni tak de kerjalah ye?Aku tak tahu mana satu kewajipan aku,rasanya jadual aku dah penuh,kelas,kuliah,asignment,tesis,kesudahan yg tak mampu disiapkan di universiti tetapi perlu juga disiapkan di rumah...rasa-rasanya kesibukan kita sama sahaja,bagi yang berkahwin atau tidak masing2 ada sibuk masing-masing,aku pun sibuk dengan membawa dua usrah,sibuk dengan DF mencari ahli-ahli yang berminat dengan Islam - kerja yang memang makan masa yang panjang dan berterusan,pendek kata aku pun ada 'anak-anak' yang prlu dijaga.Kadang-kadang nak quit study pun ada...habis banyak sangat kerja diberi,kerja2 ad hoc pun diberi kepada aku tanpa bertanya aku ok tak menerima tugasan ni dan paling sedih bertanya 'enti ok tak terima tugasan ni?mesti ok kan,terima je la..senang je..'-bertanya berbasa-basi untuk menyedapkan hati bukan tanda concern.....
MUHASABAH 3
M : Apa kata kita bagi je kerja ni kepada dia,ana sibuk la..
N : bukan ke anta tugasannya mencari tempat2 ni ke..walaupun kerja senang..ni tetap amanah anta tau,bukan apa ana cuma nak ingatkan sahaja...kenapa nak minta tolong dia..kesian dia
M : La..dia bukannya buat apa pun,belajar je,tak kerja lagi,ana ni siang kerja malam dengan keluarga mana ada masa
N : Habis tu dia S/U kita...sibuk tu...nak buat itu ini,habis tu kerja anta ni nak beri kepada dia,jadi anta tak de kerja la sekarang ni untuk dakwah dan tarbiyyah kita...?
MUHASABAH 4
X : ala kakak senior tu dah ada jadi kita tak payah la offer nak buat kerja..takut la..malu pun ada
O : Ha'ah,lagipun kita masih baru,tak faham apa2 pun,kita senyap je la
X : tak pe selagi dia ada kita bergantung je dengan dia.Kakak ni baik dia ok je..
O : betul3x
MUHASABAH 5
L :aku tak puas hati la...
J : Kenapa ni?apa masalahnya...
L : Kenapa asyik aku je yg kena,mentang-mentangla aku budak baru,habis semua benda aku kena buat
J :ye la..betul tu...nak jadi imam solat pun nak bertolak-tolak,nak basuh pinggan,kemas rumah pun nak mengharapkan orang lain...tak semangat la macam ni..stress
L :kita nak mengadu tetapi siapa nak dengar?
_______________________________________________________________________________
Lima situasi untuk fikir kembali,kita dalam situasi yang mana ye?
Kadang-kadang kita mengetepikan hak manusia,hak kemanusiaan... atas nama gerak kerja dakwah,kita senang sekali melepaskan tanggung jawab kita kepada mereka sedangkan itu sepatutnya tanggung jawab kita
Ada juga antara kita mengambil kesempatan atas nama masih baru,jadi sengaja melambat-lambatkan diri untuk memberi bantuan,pasif dan sunyi dalam memberi bantuan dan sumbangan.agak2 apa terjadi kepada kita jika senior kita tiba2 syahid dan bertemu dengan Allah secara mendadak,apa akan jadi kepada kita? kita pun ikut 'syahid' dan atau terkapai-kapai baru tersedar macammana nak memulakan langkah????
Ada juga yang terus menerus 'memerah keringat' orang lain atas nama ikhwah/akhawat tu tak kahwin lagi..bayangkan jika semua ikhwah/akhawat dalam komuniti kita dah kahwin apakah lagi alasan yg kita boleh beri? jika jawapannya tiada - maknanya kita tetap perlu bekerja dalam jalan dakwah dan tarbiyyah walaupun sudah berumah tangga,no compromise.
Kerja yang simple pun tak boleh nak buat apatah lagi kerja-kerja besar,kadang2 kita tak perlu cakap perkara besar-besar untuk membuktikan Islam hebat tetapi perlakuan kecil kita itu yang orang akan lihat...nak jadi imam pun nak suruh orang,nak cuci pinggan dan cawan sendiri pun nak mengharapkan orang lain sbb sibuk sangat dengan urusan besar kita? sedangkan menjadi imam dan basuh pinggan,kerja kebersihan,gotong royong,cuci longkang pun sebahagian daripada Islam,satu ibadah..no discrimination.
Sahabat2 setiap sumbangan dan curi tulang kita akan menjadi hujjah di hadapan Allah sebelum dimasukkan ke syurga atau sebaliknya,sama ada kita malas atau rajin,proaktif atau mengelak dari kerja akan menjadi hujjah di hadapan Allah,mereka yang berusaha lebih akan lebih beruntung,yg ada banyak alasan pula adakah hujjah itu relevan di hadapan Allah,ayuh kita muhasabah dengan hati..adakah tindakan kita menyebabkan kita menzalimi ikhwah atau akhawat lain?mengambil kesempatan atas sikap toleransi mereka,kerajinan mereka,kebaikan mereka,'masa terluang' mereka?
[Ya Allah,kami telah menzalimi diri sendiri dengan menzalimi orang lain,ampunilah kami dan berilah kami hidayah agar kami berada di jalan yang lurus,jalan yang Engkau beri nikmat dan jalan orang yang Engkau redhai]
No comments:
Post a Comment