Saturday, 10 September 2011

Terima kasih semua dan paling penting Alhamdulillah

Sekian lama tidak meninggalkan sejarah di laman ini , alhamdulillah Allah memberi peluang kepada wan untuk mencoret sedikit sejarah sebagai muhasabah diri sendiri

Sejak kita dilahirkan sampailah sekarang kita tidak akan terlepas daripada mendapat bantuan seseorang
Contohnya,sewaktu kita dilahirkan,kita dibantu oleh bapa,doktor atau bidan supaya kita boleh dapat melihat dunia setelah sekian lama berada dalam kegelapan rahim ibunda tercinta.Paling utama mendapat bantuan daripada ibu kita yang bermati-matian berusaha untuk melahirkan kita ke dunia.Setelah itu,kita dibantu untuk menguruskan diri sendiri seperti disuapkan makanan,diberikan minuman (disusukan),dipakaikan baju,diajar bercakap,diajar bermain dan banyak perkara lagi sehingga kita mampu melangkah ke alam kanak-kanak yang penuh dengan perkara-perkara yang meningkatkan rasa ingin tahu kita.Pada waktu itu,kita dibantu oleh guru.Bermula daripada guru tadika hinggalah guru sekolah menengah.Kita dibantu oleh saudara-mara,jiran tetangga dan kawan-kawan sepermainan untuk berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai,membina rasa setiakawan,sifat kasih sayang,berkongsi,kepimpinan,dipercayai,menghormati dan banyak aspek lain lagi yang dibantu untuk memahami satu-satu keadaan dan banyak perkara lain lagi.

Biarpun sudah melangkah ke alam remaja dan dewasa,kita masih lagi dibantu.Jika menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ijazah kita dibantu oleh para pensyarah,golongan senior di universiti,majikan,rakan sekerja senior dan ramai lagi.Biarpun kita sudah berpangkat tinggi,kita masih lagi dibantu.Kita dibantu oleh pasangan kita (yang sudah berumah tangga),dibantu oleh anak-anak (seperti minta diingatkan,minta belikan barangan,minta tolong bertanya kepada individu tertentu) dan ramai lagi.Kalu kita tersesat jalan,kita dibantu oleh penduduk di sekitar kawasan tersebut.Jika kita terjatuh atau sakit,kita dibantu oleh orang-orang yang berada di sekitar kita.Bertuah tak?

Baru kita tahu yang kita sebenarnya tidaklah kuat seperti yang disangka,jangan sangka apabila kita ada pangkat,kita adalah boss,kita adalah ketua (pemimpin,keluarga,organisasi atau negara) kitalah paling 'KUAT',berkuasa dan berpengaruh seolah-olah segalanya milik kita.Kita patut berterima kasih kerana dalam kita mencapai pangkat yang kita idamkan,kita dibantu oleh pak cik pemandu bas yang sanggup hantar kita ke sekolah,di tadika kita dibantu oleh guru tadika yang mengajar kita membaca dan mengira,kita dibantu oleh bapa kita yang bersusah payah mencari rezeki suapaya kita dapat bersekolah.Kita  juga dibantu oleh ibu yang tak jemu memberi nasihat kepada kita sewaktu kecewa,sedih atau gembira.Kita dibantu oleh jiran-jiran yang menghulurkan duit raya supaya kita dapat menyimpannya untuk kegunaan masa depan.Wah,kita banyak berhutang budi dengan semua orang.

Jika kita dipuji sebagai seorang yang bijak,kita patut berterima kasih kepada mereka yang kurang bijak  kerana merekalah, kita dikatakan sebagai seorang yang bijak.Jika kita dan mereka bijak jadi kita tidak akan digelar sebagai seorang yang bijak

Jika kita kaya,kita patut patut berterima kasih kepada orang miskin,kerana orang miskin yang kurang hartanya berbanding kitalah, yang menyebabkan kita dikatakan sebagai orang yang kaya.

Jika kita dipuja kerana cantik,kita patut berterima kasih kepada orang yang kurang cantik,kerana mereka kurang cantik daripada kitalah,yang menyebabkan kita dilihat lebih cantik daripada mereka.Jika kita dan mereka sama-sama cantik,maka wujudkah perkataan cantik itu?

Jika kita berpangkat,kita patut berterima kasih kepada golongan bawah kerana merekalah kita dipilih menjadi golongan atasan kerana mereka menyokong kita sama ada secara langsung atau tidak secara langsung dalam menjadikan kita seorang yang berpangkat lebih tinggi daripada mereka.


Tetapi jika kita seorang Islam,kita tak  perlu berterima kasih dengan kewujudan orang bukan Islam tetapi patut berterima kasih kepada Allah yang memilih kita untuk menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan kekasih ALLAH,kita diberi peluang untuk mengenali Allah dengan kebenaran al-Quran dan as-Sunnah.Alhamdulillah,terima kasih Allah.

Apabila mati pun kita masih juga perlukan bantuan orang,untuk dimandikan,dikafankan,dibawa ke kubur dan dikebumikan.Dan yang paling utama perlukan bantuan doa orang yang masih hidup untuk selamat atau diringankan daripada  siksaan,azab dan fitnah di alam kubur.SubhanAllah!

Jadi,mengapa kita menzalimi antara satu sama lain,terlalu berkira-kira untuk membuat kebaikan kepada orang lain,menjadi sombong tak tentu hala,terlalu pentingkan diri sendiri sehingga memudaratkan orang lain? Allahu Akbar!Sesungguhnya setiap kelebihan dan kesenangan turut mengiringi dengannya ujian.

"Ya Allah,janganlah kami dilekakan dengan nikmatmu,jadilah kami golongan yang bersyukur dalam setiap keadaan dan peringatkanlah kami supaya kami tidak lupa untuk mensyukuri nikmatmu.Engkaulah sebaik-baik penolong Ya Allah"











No comments: