Puji-pujian ke hadrat Allah Yang Maha Penyayang yang masih memberi peluang untuk membina iman dalam madrasah Ramadhan yang akan berlalu pergi bila-bila masa lagi.
192) Adakalanya diberikan rezeki kekeramatan (keistimewaan) seorang yang belum sempurna istiqamahnya.
Sahl bin Amru berkata : Sebesar-besar kekeramatan ialah berubahnya akhlak yang jahat kepada akhlak yang baik.Ada pula yang berkata: Kamu tidak perlu hairan seandainya seseorang tidak mempunyai apa-apa di dalam sakunya tetapi apabila dia menginginkan sesuatu maka dimasukkan dan kemudian mendapat apa yang dia inginkan daripada sakunya itu.Tetapi kamu boleh berasa hairan daripada seseorang yang meletakkan barangnya dalam sakunya kemudian setelah diraba dalam sakunya dan mendapati barangnya telah hilang namun imannya tetap tidak berubah (kepercayaannya) kepada Allah.
200)Ibarat (kata-kata) itu sebagai makanan bagi pendengar yang berhajat dan memerlukannya dan engkau tidak mendapat apa-apa daripadanya kecuali yang engkau makan
Bagaimanapun cantik warnanya dan enak hidangan,maka hanya yang tertentu sahaja berguna bagi tiap orang memakannya mengikut seleranya dan masing-masing akan makan makanan yang disukainya,memilih hanya yang difahaminya.
209) Allah mewajibkan kepadamu berbuat taat,padahal yang sebenarnya hanya meWAJIBkan kepadamu masuk ke dalam syurgaNYA(dan tiada mewajibkan apa-apa kepadamu hanya semata-mata supaya masuk ke dalam syurgaNya.
Sebenarnya kewajipan yang diwajibkan oleh Allah kepada semua hamba-hamba itu adalah semata-mata untuk kepentingan dan kemaslahatan hamba-hamba itu sendiri sedangkan Allah tidak mempunyai kepentingan sedikit pun manfaat atau mudharat.Abul Hasan berkata: Pada tiap waktu(saat/detik) ada bahagian yang mewajibkan kepadamu hai manusia terhadap Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment