Thursday, 22 September 2011

Sceptical masyarakat kita

Sceptical  means doubting,not convinced something is true or tending to mistrust dalam bahasa Melayunya ketidak boleh percayaan.Isunya ketidak boleh percayaan pelajar pengajian Islam untuk bergerak lebih jauh dalam bidang pekerjaan secara khusus dan menyumbang kepada masyarakat secara amnya dengan lebih meluas dan menonjol.

Graduan yang berlatar belakangkan pengajian Islam dikatakan tidak standing dengan pelajar aliran Sains.Majoritinya layak bergelar Ustaz,Ustazah,Cikgu  yang hanya berkitar dalam skop kerja pendidikan.Benarkah?atau kerana kelayakan kita hanya sekadar itu iaitu keupayaan mengajar?adakah ini wajar?Namun begitu,perspektif salah mengenai profesion perguruan dan pendidikan juga seolah-olah merendah-rendahkan jasa dan sumbangan pendidik dalam mendidik dan mem’besar’kan rohani,pemikiran dan jiwa masyarakat.Selain itu ruang lingkup kita sebagai pelajar lepasan pengajian Islam hanya dilihat ‘sesuai’ berada di pejabat agama dan rumah-rumah ibadat (surau/masjid).

Sahabat-sahabat  graduan pengajian Islam,adakah pernyataan ini benar?Kita juga sesuai untuk berada dalam lapangan ini berserta keberanian mencuba bidang baru seperti :

1-Perniagaan (boleh jadi majikan)-cipta perniagaan sendiri sprt event manager(uruskan event2 daripada urusan kecil sampailah event besar sprt birthday party,wedding event,dll),kedai bunga,dobi,jual kuih (cnth:lemang),barang-barang yang melibatkan kreativiti (birthday cards buatan sendiri,kek,khat,dll),pembekal baja,buka pusat baby sitter (untung juga kerja ni sprt ibu bapa yg terpaksa out station oversea,pergi haji atau umrah,dll urusan)

2-pelancongan dan perhotelan klik di sini (http://zul4kulim.blogspot.com/2010_06_01_archive.html) –sedikit pengenalan untuk latar belakang laman web ni <Alhamdulillah saya telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengusaha hotel tempatan yang berminat menawarkan pekerjaan kepada lulusan pengajian Islam daripada apa juga jurusan samada syariah, usuluddin dan lain-lain.
Hotel ini mempunyai beberapa rangkaian dalam negara dan lebih menjurus kepada "syariah compliance", iaitu antara hotel yang sedang berusaha untuk melaksanakan pengurusan hotel menurut prinsip-prinsip syariah.>walaupun tarikh  post blognya dah lama (tahun 2010) ttp ini membuktikan memang ada hotel yg  memerlukan khidmat pelajar pengajian Islam.

3-komunikasi (pengacara,DJ) IKIM.fm dan TV al-Hijrah sentiasa mencari pelapis baru (bonus untuk pemohon berlatar belakangkan pengajian Islam,pengarah dokumnetari (boleh mohon budget daripada FINAS-hantar proposal,budget untuk dokumentari sangat banyak sbb tak ramai orang berani dan ada idea nak buat)

4-penulisan-royalti buku akan tetap diperoleh selagi ada orang beli buku hasil tulisan kita sampai bila-bila , penulisan skrip (pihak ASTRO mencari penulisan skrip bercorak islamik untuk dijadikan drama,filem),novel(pihak PTS,dll),jadi editor Karangkraf

5-pertanian/penternakan ,contoh :bermula secara kecil-kecilan menanam pokok kelapa@pisang-sbb senang berbuah,senang jaga,permintaan pun tinggi (p/s:getah sekarang pun dah mahal),ternak lembu atau kambing (cukup beli sepasang lembu/kambing untuk permulaan,insyaAllah akan menghasilkan berpasang-pasang lagi,maknanya tak perlu beli banyak2),kebun bunga,ubi

6-kewangan –agen dinar emas (mata wang sekarang tak stabil kerana dibuat daripada kertas sedangkan emas mempunyai kualiti tetap dan harganya sentiasa meningkat)

7-kemahiran/perkhidmatan –buka kelas berkaitan computer (bonus la kpd org yang tahu nak format,ajar software lain sprt SPSS),jurulatih PKN@pusat2 aktiviti lasak,jahitan (jahit pakaian,cross-stich,dll),tabung haji (umrah dan ziarah),motivator

***boleh juga kita berpakat dengan kawan2 sendiri untuk sama-sama share modal untuk buka    
       Perniagaan***

No comments: