Tuesday, 4 October 2011

F.A.N.A.T.I.K

Antara ketaksuban,assabiyyah dan pendirian
mungkin wan masih baru dalam membincangkan isu gerakan dakwah,prinsip perjuangan dan pendekatan yang digunakan dalam sesebuah gerakan dan masih banyak persoalan yang perlu dijawab dan diselesaikan.

Namun begitu,pendapat wan secara peribadi dalam memperjuangkan prinsip kita, kita tidak boleh menidakkan sebarang kebenaran selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah.Secara idealistik begitu mudah mengucapkan kita tidak fanatik atau taksub tetapi perlu berhati-hati dengan ciri-ciri ketaksuban dan fanatik kelompok  sama ada ciri-ciri ini kita miliki sama ada secara sedar atau tidak :

1. Cinta dan benci kerana kelompok
2. Enggan menerima kebenaran jika tidak dari kelompoknya walaupun sudah diberikan dalil yang jelas
3. Membela teman satu kelompok walaupun salah
4. Tidak boleh melihat kesalahan pada kelompoknya
5. Tidak boleh  menerima kritik terhadap kelompok
    dan satu lagi ciri tambahan iaitu mengagung-agungkan  simbol kelompok.

 Adakah kita dapat menerima kenyataan bahawa ada pendirian yang kita miliki terlalu idealistik dan tidak realiti daripada kelompok perjuangan lain dengan hati yg begitu terbuka tanpa mengeluarkan suara atau mempamerkan wajah  yang menunjukkan rasa jengkel?

Adakah kita merasakan wujudnya persaingan dalam gerakan dakwah dalam kelompok dakwah yang lain?

adakah kita terlalu sempurna sehingga kita terus menolak pandangan orang lain yang bukan dari kelompok kita?

Adakah kita seringkali nampak kekurangan pada kelompok dakwah yang lain berbanding dengan kelompok dakwah kita sendiri?

mungkin kita boleh fikirkan semula apakah sebenar-benarnya perjuangan dakwah kita?Islam atau kelompok kita?

di manakah aplikasi toleransi kita dalam kalangan kelompok dakwah yang berbeza?mungkin kita terlalu menyendiri dalam dunia kelompok diri kita sendiri lalu memberi persepsi 'kita' terhadap kelompok lainnya..adakah persepsi kita benar?atau hanya sangkaan?

No comments: