Mari hayati ucapan sulung Rasullullah S.A.W sebaik sahaja Baginda sampai di Madinah.
(Inilah anjuran pertama Baginda,ucapan ini tidakpun bertujuan untuk kepentingan diri Baginda sebagaimana ucapan2 pemimpin pada masa kini sebaik sahaja memegang jawatan)
(Inilah anjuran pertama Baginda,ucapan ini tidakpun bertujuan untuk kepentingan diri Baginda sebagaimana ucapan2 pemimpin pada masa kini sebaik sahaja memegang jawatan)
Wahai manusia!
1-Sebarkanlah salam
2-Memberi makan
3-Menghubungkan silaturrahim
4- Lakukanlah solat malam(Qiamullail)
maka dia akan masuk syurga dengan sejahtera(tadkhulull jannah bis salam)
Salam-memberi salam kepada sesiapa sahaja
-tidak memerlukan wang,free je nak bagi,tak perlu banyak tenaga untuk sampaikan salam
-penyambung kasih sayang sesama manusia,melahirkan sifat persaudaraan
Jika perkara pertama yang mudah,tidak memerlukan modal,tidak meletihkan pun sukar dilakukan bagaimana pula keadaan kita untuk melaksanakan amal kebaikan yang kedua ini? kerana amalan kedua ini memerlukan modal
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memberi makan kepada fakir miskin
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (surah al-Baqarah 2:261)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menghubungkan silaturrahim
adik abang bergaduh,jiran tetangga bergaduh,dalam satu saff solat bergaduh! =(
jangan sampai perbezaan politik menyebabkan kita tidak mahu memberi salam,tidak menjawab salam,tidak ziarah menziarah,sampaikan tidak jemput datang kenduri
Ini bukan sifat orang Islam,sehingga sampai satu tahap saling tidak bertegur sapa,menyebabkan ibadat solat kita tidak diterima(ada dalam hadith)
malahan jika tidak bertegur sapa sehingga melebihi 3 hari,sehinggalah salah seorang darinya atau kedua-duanya meninggal dunia maka tidak akan mencium bau syurga(ada dalam hadith)
Rasullullah S.A.W pun menghormati terhadap jenazah golongan Yahudi apatah lagi tindakan Baginda terhadap saudara seIslam
,Baginda berkasih sayang dengan saudara seIslam,saling memaafkan dan bersikap tegas dengan orang kufur.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Solat malam
ini adalah amalan yang membantu diri sendiri
-Kerjakanlah solat malam biarpun sekadar 2 raka'at kerana kelebihannya sangatlah hebat
*walaupun hanya seketika
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini(surah al-Furqan 25:63)
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri (surah al-Furqan 25:64)
2 comments:
tq
your are more than welcome
Post a Comment