Salam
Entri kali ini mungkin agak lari
(manusia yang jadi pencuri,lari dari rumah,mengamalkan seks bebas,bohsia,kaki rempit,penagih,pelacur,perogol,selalu berzina,pergaulan bebas,bersekedudukan,minum arak,pil khayal,kongsi gelap,dll)
DAN
(manusia berdosa di sisi Allah tetapi tak ber'dosa' dari sisi undang-undang makhluk)
Mungkin kerana menginjak usia yang semakin ‘tua’ buat diriku
Aku mengenali erti ‘dunia’ dalam rangka sebenar
Bukan dalam rangka pelajar atau dunia dakwah kampus
Tetapi apabila bersama-sama mereka di dalam bas mini
Bersama mereka di tepi-tepi pasar raya
Bersama-sama mereka di lorong-lorong
Bersama sama mereka di jalanan
Bersama-sama mereka dalam tahanan
Dan mengingatkan aku kepada kisah lalu walaupun perkara itu
Berlaku tidaklah lama
Sesungguhnya ujian bukan sahaja menduga fizikal
Jika itu yang diuji dijamin ramai orang mampu menanggungnya
Sebenarnya ujian itu menguji hati dan perasaan
Itu yang lebih mengesankan,itu yang menguji kesabaran
Kalau setakat fizikal mungkin tak ada rasa apa-apa
Tetapi kalau hati dan perasaan itu diuji
Itulah yang menguji tahap kesabaran,ketakwaan dan pergantungan kita kepadaNya
Oh,begitu hidup seorang dai’e
Sebenarnya dipilih oleh Allah
Cukup segalanya
Punya harta biar sedikit
Punya jiwa yang besar
Ada kesedaran untuk Islam
Bekal cinta untuk Allah
Tetapi tak semua dapat nikmat tu
Ada manusia yang bermula ‘zero’ dengan Islam
atau 'zero' dengan suasana Islam
semua keluarga tidak membantu menghidupkan Islam dalam jiwa sendiri
Masyarakat sekeliling pun jauh sekali
Terlalu jahil tentang Islam
Mereka masih berusaha untuk keluar dari kemelut itu
Tiada masa nak fikir tentang orang lain
Sebab ‘sibuk’ untuk keluar dari dunia gelap
Susah sebenarnya nak keluar dari dunia gelap
Dunia yang penuh dengan noda
Dosa seolah-olah bayang-bayang
Tak dapat dipisahkan dari jasad
Dan aku kagum kepada kamu
Biar pun perubahan itu sedikit Cuma
Kerana aku tahu cabarannya banyak
Terima caci maki
‘oii,kau memang jahat..nak jadi baik konon…’
‘aku tahu kau berubah sekejap je…esok jadi jahat balik…’
‘Kau nak nasihat aku??.kau pun jahat??’
Keluarga tak terima
Iman ibu bapa pun 'serupa' sahaja dengan kita
Masyarakat pun pandang sebelah mata
Bukannya mereka nak tolong
Masing-masing menaruh persepsi negatif
Takkan nak tunjuk kepada mereka yang aku ni
Sangat ‘haus’ dengan petunjuk???
Aku tak tahu ke mana aku nak tuju???
Aku pakai pakaian hitam,aku pakai cap,aku free hair??
Tetapi sebenarnya jiwa aku tak bebas sebagaimana pakaian yang aku pakai
Kagum dengan kalian
Aku doakan kalian semoga teruslah mencari kebenaran
Carilah sesiapa pun yang dapat bimbing kalian
Biarpun orang itu adalah pak cik-pak cik
Datuk-datuk,jiran,sepupu,adik-beradik kalian sendiri
Cikgu-cikgu sekolah dulu
Ustaz ustazah yang kalian dulu benci kepadanya
Pak imam atau orang 'alim yang kalian pandang secara negatif
mungkin membantu...
Termasuklah Orang yang kalian tak kenal
Katakan kepada mereka
Apa sahaja jawapan yang kalian ingin
yang telah kalian soalkan
Dalam maksud mencari kebenaran
Dengan niat untuk mendapat hidayah dan jawapan dari Allah
Melalui manusia yang ditujukan soalan
Bersuaralah dalam mencari kebenaran
Tidak mengapa jika rebah
Bangun dan bertatih semula
Tidak mengapa engkau keluar masuk penjara
Faham yang engkau dalam metamorfosis untuk berubah
Tetapi perlukan masa
Asalkan kalian terus bergerak
Mencari arah untuk terus melangkah
Mencari iman kalian
Yang selama ini telah dilupakan
Menuju cinta Allah
Semoga masa kalian menemuinya
Semoga orang di luar sana
Turut sama berdoa dan membantu kalian
Dalam merubah laluan hidup
Menuju landasan kebenaran
Doaku padamu untuk diriku juga
Sebagai seorang yang berada di luar duniamu
Tetapi duniaku pun tidak kurang banyak ujiannya
Cuma berbeza bentuknya tetapi
Sasaran ujian tetap serupa
menguji sejauh mana kuatnya iman kita
-dari jauh,jangan jadi banduan kepada dosa-
No comments:
Post a Comment