Wednesday, 13 April 2011

Pengumuman!+Jawatan kosong+kerja sepenuh masa+

Gaji lumayan
seronoknya kerana ada bonus lagi (*_*)







1) Imam solat
2) Makmum solat

Kelebihan : Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda)(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kelebihan : Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasullllah S.A.W telah bersabda "solat berjemaah di masjid adalah 27 kali ganda daripada solat di rumah atau di kedai.Hal ini disebabkan apabila seseorang  itu mengambil wudhu dengan sempurna dan berjalan  ke masjid dengan niat semata-mata untuk bersolat.Maka setiap langkahnya diangkat satu darjat dan menghapuskannya daripada satu  dosa.Apabila dia selesai mengerjakan solat,dan terus berada di tikar solatnya malaikat akan meminta keampunan dan rahmat untuknya selama dia tidak berhadas.Selagi dia menunggu untuk mengerjakan solat maka dia terus menerus  mendapat pahala seolah-olah dia sedang sibuk bersolat  (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Lokasi utama : masjid di seluruh dunia
Masa             : waktu solat lima waktu
 

3) Pendakwah

Kelebihan: Muslim dan para Pengarang Kitab Sunan meriwayatkan daripada Nabi SAW, 
Baginda besabda "Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, baginya ganjaran seperti   ganjaran orang yang mengikutinya. Tanpa mengurangkan ganjaran mereka  sedikitpun"

Tempat  : Semua tempat di dunia termasuklah di kawasan tanah perkuburan,disko,sekolah,di rumah masing- 
                masing dan sebagainya
Masa      : bila-bila masa sahaja (24 jam) 




4) suami

Kelebihan:   Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
 Lokasi   :   di mana-mana sahaja 
Masa      : saat sebaik sahaja selesai akad nikah
 
5) isteri
Kelebihan: Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu,berpuasa pada bulan  Ramadhan,menjaga kehormatan dan metaati suaminya nescaya dia akan masuk syurga dari pintu mana sahaja yang dia inginkan(Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Kelebihan: Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W :"Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah

Lokasi   :   di mana-mana sahaja 
Masa      : saat sebaik sahaja selesai akad nikah


6) Bapa

Kelebihan: Seorang sufi yang terkenal bernama Basyrubil Harith. Dia pernah berkata,   "Antara  aku dengan Ahmad bin Hambal (Imam Hambali) cuma ada satu perbezaan. Dia berkahwin dan aku tidak berkahwin. Dia mendapat satu  kelebihan iaitu pahala mendidik anak dan isterinya. Aku tidak dapat pahala susah menjaga anak dan isteri."Jadi dengan berkahwin, seseorang itu mendapat satu kelebihan iaitu dia mendapat pahala berkahwin serta pahala mendidik anak dan isterinya.
 
Lokasi   :   di mana-mana sahaja 
Masa      : saat sebaik sahaja anak dilahirkan

7) Ibu

Kelebihan: Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap 
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 

Kelebihan: Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki  syurga. 

Lokasi   :   di mana-mana sahaja  
Masa      : saat sebaik sahaja anak dilahirkan




8) hamba Allah yang baik - ni jawatan paling 'BESAR'

Kelebihan : Dari Abu Dzar r.a meriwayatkan,"Saya berkata,Wahai Rasulullah,berilah  
nasihat kepada saya"
Rasulullah saw bersabda:"Hendaklah engkau bertaqwa 
kepada Allah SWT.kerana taqwa adalah akar dari setiap urusan.
Saya berkata lagi:"Wahai Rasulullah’tambahkan lagi nasihat untuk saya.
Rasulullah pun  bersabda:"Teruslah membaca Al Quran kerana Al Quran adalah nur 
untuk (kehidupan) kamu diatas muka bumi dan 
Rasulullah dan  bekal yang disimpan di langit (untuk hari akhirat).’’
(HR Ibnu Habban)
Lokasi   :   di mana-mana sahaja 
 Masa    :  sebaik sahaja anda dilahirkan ke dunia

No comments: