Wednesday, 1 September 2010

MERDEKA MENGIKUT PANDANGAN AHLI SIHIR


Satu persoalan yang penting untuk disoal kepada kalian…
Apakah cara paling menjimatkan dan efisien untuk menguasai dunia?
Dan jawapannya hanya terletak pada dua perkataan  iaitu…
Penguasaan Minda!
Realiti dunia manusia hidup dalam minda yang dikuasai bukan bebas sebagaimana yang kita fikirkan
Pernahkan kita terfikir dunia ini  bukan dunia yang sebenarnya sebuah ‘dunia’? Pelikkan?
Jika ini bukan dunia,selama ini kita berada di mana? Kita berada dalam fatamorgana…
Banyak perkara pelik berlaku di dunia tetapi manusia tidak lagi merasakan keanehan tersebut kerana sudah lali dengan situasi-situasi tersebut,kerana minda manusia telah dikuasai secara halus,senyap dan terancang.
Lihat  situasi-situasi  ini :
1) Kita diketawakan kerana bercakap sesuatu yang benar…seperti Islam bukan agama  yang menyuruh umatnya melakukan keganasan,kenyataan sebegini menyebabkan kita diketawakan
2) Kita dikatakan seorang yang bodoh apabila  menyuarakan pandangan sendiri biarpun pandangan kita adalah berdasarkan fakta dan bukti seperti peristiwa 11 September 2001…
3) Idola dan contoh dalam kehidupan masyarakat kini adalah mereka yang mempunyai akhlak  yang tidak berkualiti  terutamanya  artis.Mereka lebih masyhur daripada  Dr.Yusuf al-Qardhawi,Adnan Oktar,Syed Qutb,Thaha Jabir,Professor  Ahmad Ibrahim   dan sebagainya.Jika kita selidiki cara hidup mereka jauh lebih baik dan mempunyai personaliti yang berketrampilan jika dibandingkan dengan para artis  ibarat  dunia dengan akhirat.
4) Kita bukan rakyat yang bagus jika kita menyatakan pendapat kita sendiri tentang sesuatu perkara…
5) Kita dianggap kalah apabila  berada dalam golongan yang sedikit  dan dianggap ‘benar’ dan ‘menang’ jika berada dalam golongan yang ramai…
6)Hidup dalam sistem kasta biarpun dikatakan sebagai merdeka dapat dilihat dalam dunia pekerjaan itu sendiri.dalam masyarakat wuud golongan atasan,pertengahan dan golongan miskin dan melarat.
7)Jika kita sedar,kita selalunya didedahkan dengan perbezaan dan amat sedikit sekali menceritakan tentang persamaan sama  ada dari segi pedidikan,jantina,etnik,keturunan,kelas  sosial dan sebagainya.
8) Pernahkah terfikir sistem pendidikan kita tidak akan dapat berubah ke arah yang lebih baik biarpun  telah berulang kali berlakunya perubahan sistem dan corak pendidikan?Lihat sendiri kes yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah,isu pendidikan percuma dan sebagainya…
Semua ini adalah ciri-ciri atau alamat yang menunjukkan minda manusia telah dikawal,mind control!
Kita merasakan kita bebas,tetapi kita terpenjara,kita telah dimanipulasikan.Ibarat berada dalam akuarium atau  lebih realiti  dalam jeriji besi.Mata dapat melihat keindahan  alam dan segala makhluk yang bergerak di sekitar kita tetapi hakikatnya diri terpenjara dan terkurung mungkin buat selama-lamanya.

BAGAIMANA  MANUSIA DITARBIYYAH SEHINGGA  PEMIKIRAN DAPAT  DIKAWAL
Melalui satu alat  hipnosis  dan alat  ahli sihir yang  terbesar dan terkuat   yang menguasai  dalam  setiap hidup masyarakat. Semiskin-miskin manusia,alat ini masih tetap utuh dalam bilik  yang hampir roboh menyembah bumi  tetapi alat ini masih teguh berdiri!
Dan tidak asing lagi dalam kehidupan manusia
“Realiti  televisyen hari ini seakan-akan membenarkan apa yang pernah diucapkan oleh Marshall McLuhan seorang teoris media bahawa dunia elektronik yang saling bergantungan telah melahirkan semula dunia dalam imej perkampungan global.”
“Itu adalah kenyataan yang dibuat oleh McLuhan setahun sebelum Presiden Amerika John F. Kennedy ditembak, sebelum imej-imej perang Vietnam memenuhi ruang-ruang tamu rumah. Sebelum Amerika dan sebahagian besar dunia menyaksikan bencana Perang Teluk secara langsung di ruang-ruang tamu rumah atau di bilik tidur mereka pada tahun 1991.”
-A. WAHAB HAMZAH-

Pencipta berbangsa Scotland, John Logie Baird menunjuk cara pemancaran imej bayang-bayang bergerak di London pada 1925, diikuti imej monokrom pada tahun 1926. Cakera imbasan Baird menghasilkan imej berleraian 30 baris yang cukup untuk memperlihatkan muka manusia dari pilin kembar kanta. Penting sekali pada tahun 1927, Baird turut mencipta sistem rakaman video pertama di dunia, iaitu "Phonovision" yang mana isyarat output kamera TV-nya dimodulatkan kepada julat audio di mana beliau dapat merakamkan isyarat tersebut pada cakera audio 10 inci dengan menggunakan teknologi rakaman audio biasa =  Televisyen

Alat ini telah dimanipulasi oleh segolongan manusia.Ya,televisyen yang menghiasi ruangan hidup manusia hampir setiap masa,hampir 24 jam!
Perhatikan  ciri-ciri yang ada pada televisyen dalam mentarbiyyah hidup manusia:
1)  Hampir 80% daripada rancangan televisyen di Malaysia(selama 24 jam bersiaran) adalah berkaitan dengan hiburan.
2) Kerap kali menyiarkan perkara-perkara yang menaikkan kemarahan umat Islam,tetapi adakah kerap media berbincang mengenai jalan penyelesaian?
3) Rancangan keagamaan tidak diletakkan pada waktu puncak  sebaliknya pada waktu lewat malam,awal pagi(waktu Subuh).
4) Perkara yang disampaikan  sepatutnya kita percayai dan diberitahu itu adalah kebenaran tetapi hakikatnya adalah sebaliknya
5)Wujudnya cerita atau berita  yang dipaparkan seolah-olah kuasa Tuhan itu jauh atau tiada dalam diri manusia
6) Kebenaran mutlak tidak akan dapat diperoleh melalui televisyen biarpun berunsurkan keagamaan.
7) Berita yang disiarkan semuanya perkara yang ingin manusia dengar

Kesannya :  Menghasilkan ancaman minda untuk berfikir secara rasional,mampu  menonjolkan atau menghancurkan sesiapa sahaja sama ada ahli politik,golongan agamawan,perdana menteri dan sebagainya.
Jadi siapa sebenarnya yang mengetahui segala kebenaran dan pembohongan yang dipaparkan melalui kotak hitam ini???
Televisyen bukan alat yang menceritakan kebenaran tetapi hanya satu ilusi yang memaksa pemikiran untuk mempercayainya sebagai realiti.Manusia hidup ,makan,mendidik anak,berpakaian,membeli barangan dan berfikir  sama seperti yang terdapat dalam televisyen.Sedarkah kita?
Sedarkah kita,sebenarnya televisyen sebenarnya satu media yang berada dalam bisnes untuk membunuh kebosanan dan bukannya menyampaikan maklumat.
Pernahkah terfikir  bahawa pemilik media ini sebenarnya ingin menyampaikan  maklumat   atau sebenarnya menjual hiburan kepada penonton  untuk keuntungan?
Manusia  a.k.a  penonton  hidup dalam alamnya sendiri yang jauh dari kebenaran dan melihat dirinya merdeka sedangkan  dia terpenjara…
AWAS,jangan biarkan diri anda disihir!



No comments: