Seorang lelaki sedang mendongak ke langit melihat bintang-bintang yang bersinar pada waktu malam di tengah-tengah hutan.Dia keseorangan dan diselubungi kesedihan yang sangat mendalam.Haiwan-haiwan di hutan tersebut mengelilinginya dan berkata:
“Kami tidak suka kamu berada dalam kesedihan..Mintalah apa sahaja dan kami akan tunaikannya”
Lelaki itu menjawab :
“aku mahu penglihatan yang tajam dan bagus”
Lalu burung helang menjawab:
“Ambillah penglihatan yang ada padaku”
Lelaki itu berkata lagi :
“Aku ingin menjadi seorang yang berani dan kuat”
Harimau lalu berkata :
“Ambillah kekuatan yang ada padaku dan kamu akan menjadi kuat sepertiku...”
Lelaki itu berkata lagi :
“Aku mahu tahu segala rahsia dan ilmu di dunia ini”
Seekor ular lalu berkata :
“Ikutlah kami dan kami tunjukkan kepada kamu ilmu yang luas yang kamu inginkan”
Lalu lelaki tersebut mengikut ular tersebut dan ke tempat itu.
Setelah mendapatkan semua perkara yang diinginkannya lelaki tersebut kemudian berlalu pergi.
Rusa berkata :
“Lelaki itu mempunyai segala apa yang dia perlukan.Sekarang kesedihannya akan berhenti”
Burung hantu membalas percakapan rusa tersebut seraya berkata:
“Tidak.Saya nampak lubang dalam lelaki tersebut.Lubang tersebut seperti satu kelaparan yang tidak akan akan dapat dipenuhi dan itulah akan membuatnya sedih dan mahukan sesuatu.Dia akan meneruskan perjalanannya dan mengambil dan mengambil sehingga pada suatu hari nanti dunia akan mengatakan :
“Saya sudah tidak mempunyai apa-apa untuk diberikan lagi…”
Sebagaimana dalam hadis Rasullullah S.A.W:
Jikalau anak Adam diberikan satu gunung emas ,ia akan menginginkan segunung emas lagi
Inilah ujian kamu,bolehkah kamu mengatasi nikmat dunia untuk membina jiwa kamu dalam mendapatkan syurga yang kekal abadi?
MATERIALISME SATU FAHAMAN
Untuk memahami apa itu materialistik,ialah apabila kita meletakkan sepenuh harapan dan keinginan untuk memiliki kebendaan seperti kereta,wang,pangkat,manusia dan segala yang bersifat jasadiyyah . Lihatlah kepada situasi dalam kehidupan,jika kemewahan,pangkat dan harta kita tidak kita gunakan ke arah kebaikan(membawa pahala) maka kita adalah materialistik . Kenderaan kita tidak pernah kita gunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti ke masjid,menuntut ilmu,mencari rezeki yang halal maka kita juga dikatakan seorang yang materialistik yang sememangnya menjurus kepada keduniaan.
Seorang yang benar-benar bukan materialistik tidak terpengaruh untuk mengejar kemewahan. Mereka lebih mementingkan untuk memenuhi tujuan kenapa kita manusia dibangkitkan ke dunia.
Materialistik merupakan satu fahaman yang menjadikan material sebagai dasar atau asas dalam kehidupan.Keadaan telah berlaku akibat rasa tidak puas hati golongan awam dengan pihak gereja ketika zaman Gelap di Eropah.Penindasan,penyelewengan dan kekejaman pihak gereja akhirnya menyebabkan masyarakat pada masa tersebut memberontak dan mula memisahkan diri mereka daripada kongkongan dan aturan agama.
Aliran materialisme kemudiannya menghasilkan beberapa dogma baru yang masih diguna pakai oleh masyarakat pada hari ini di seluruh dunia seperti sekularisme,sosialisme ,kapitalisme dan sebagainya. Revolusi sains merupakan satu kredit tambahan buat materialisme untuk muncul lebih gah.Aliran materialisme juga seolah-olah menidakkan dan membataskan kekuasaan Tuhan dalam kehidupan manusia.Golongan yang berpegang kepada fahaman ini juga tidak mempercayai alam ghaib dan menolak agama sebagai satu hukum dalam mengatur hidup manusia. Mereka juga menjadikan pancaindera sebagai satu-satunya alat dalam mencapai ilmu pengetahuan dan mendefinisikan tabiat manusia itu sebagai akhlak.
HAKIKAT DUNIA
Dunia bermaksud dekat.Maksud lain bagi dunia ialah seperti cuba mencapai anggur yang kamu tidak sekali-kali akan dapat mengecapinya. Dunia merupakan sesuatu yang tidak dapat memberikan apa-apa pahala kepada manusia.
Inilah hakikat dunia,kamu tidak akan sesekali mendapatkannya dan dunia akan sentiasa mengelakkan dirinya dari kamu.
Apa yang dunia sajikan hanyalah bersifat material semata-mata
Lihat sekeliling anda,apakah yang dikejar oleh manusia pada saat ini?
Wang..pangkat..wanita..hiburan..dadah..barang perhiasan..rumah..kenderaan..seks
Yang semuanya berasaskan kepada nikmat fizikal
Ketahuilah manusia sebenarnya terdiri daripada 2 elemen dan bukannya satu..tetapi kita sering melupakan elemen yang kedua apabila hanya bertumpu kepada jasad semata-mata sedangkan jasad adalah alat yang digunakan untuk memberi makan dan membina rohani. Jasad ialah sebuah alat yang membawa roh untuk menjalani kehidupan dunia untuk bekal di akhirat yang kekal abadi.Tetapi sebaliknya kita telah menyerahkan kehidupan kita untuk memberi makan dan kenikmatan dunia kepada ‘alat’.dan sistem di dunia dirangka sebaik-baiknya untuk mengekalkan kita untuk terus berada di jalan ilusi keduniaan supaya kita kekal dikawal!
Dan manusia terus menerus membina jasad daripada membina roh mereka sendiri walau apa pun harganya
Apabila manusia hidup untuk dunia,maka dunia akan membinasakan dirinya sendiri sedangkan dia tidak menyedarinya.dia sudah mabuk dan buta malah boleh menjadi bodoh atau lebih teruk menjadi hamba kepada dunia.
Manusia melakukan kerosakan di mana-mana
Pelbagai jenis jenayah pembunuhan,peperangan,penyelewengan,obses kepada perkara yang bukan-bukan,lahir generasi yang mempunyai akidah bercelaru,fizikal dunia berubah bukan lagi secara perlahan-lahan tetapi secara drastik dan membawa bahaya dan mengundang kecelakaan dan manusia merasakan dirinya seolah-olah Tuhan apabila tanpa segan silu membunuh dirinya sendiri sedangkan dirinya itu dicipta oleh Tuannya!
Kesan ini berpunca daripada virus materialisme yang menjadi pegangan sebahagian besar masyarakat dunia dan tidak ketinggalan juga umat Islam!
Fahamilah hakikat dunia,jika kamu mengejarnya sekuat mana pun dan menggunakan kekuatan yang luar biasa sekalipun kamu tidak akan mampu mencapainya malah kamu yang terkorban dalam keadaan sia-sia belaka…
No comments:
Post a Comment