Setelah selesai menjamah hidangan yang diberikan, kami segera bergegas ke KTM.Kak Lina masih sempat memberikan sekotak buah kurma untuk kami sebagai bekalan.Kak Lina dan Kak Yana dalam pada masa yang sama bersiap-siap untuk pergi solat ‘Isya dan tarawih secara berjema’ah di surau yang berdekatan dengan rumah mereka.
Setelah menyarung alas kaki,kami meneruskan perjalanan dengan hati yang tabah…
Kesabaran sekali lagi teruji apabila komuter yang ditunggu-tunggu ke Bandar Tasik Selatan tak juga tiba tetapi komuter ke Seremban dah dua kali singgah mengambil penumpang di bahagian seberang!
Sabar je la wan..itu jalan yang terbaik
10 minit berlalu,akhirnya komuter yang ditunggu tiba.Jam sudah menunjukkan pukul 9.10 malam!
Hati wan diselubungi keresahan..perlu sampai di Bukit Jalil sebelum pukul 10 malam!
Namun begitu perancangan Allah mengatasi perancangan manusia sebagai hambaNya
Kami sampai di Bukit Jalil pada jam 10 malam!ya pukul 10 malam!
Para penumpang yang lain berlari-lari anak mengejar masa dan kami turut mempercepatkan langkah ke kaunter tiket untuk menaiki bas ke Melaka tetapi…
“Dik,nak ke mana?”
“Melaka”
“Melaka..dah habis..hari ni ramai pula yang balik Melaka”
Tak pe wan..sabar …cari kat kaunter lain
Habis satu kawasan jual tiket wan pusing tetapi jawapan yang diterima menghampakan
“Dik tiket ke Melaka dah habis la..”
“Ke Melaka?”(sambil menggeleng kepala)
“Melaka tak de..tiket ke Batu Pahat ada..”
“Kak Hajar..tak de kaunter yang jual tiket ke Melaka..macammana ni?”
“Orang tu cakap semua tiket ke Melaka dah habis..paling lewat pukul 10 malam.Tiket ke Melaka yang jual dengan harga RM 12 ringgit lebih pun Kak tengok dah tutup..”
“jadi kita patah balik..kena kejar komuter sebelum pukul 11 malam..”
Hati ini hanya Allah sahaja yang tahu
Terasa betapa kekuasaan Allah tiada siapa yang boleh menghalangnya..wan akur ya Allah
Aku telah belajar untuk akur dan tunduk dengan keputusanMu..mungkin segala kepayahan ini merupakan petunjuk kepadaku bahawa perjalanan ini tidak akan membawa kami ke Melaka seperti yang dirancang!
Betapa banyak ujian pada hari ini apabila…
Bas UKM yang paling lewat yang sepatutnya mengambil pelajar UKM di KTM pulang awal dan kami tiada kenderaan untuk pulang ke kolej.Jam sudah hampir menunjukkan pukul 12 tengah malam.
Wan pasrah..ujian ini mungkin sebagai balasan dosa-dosa yang pernah wan lakukan
wan hanya duduk menunggu..sudah penat dan letih..otak pula sudah tidak mampu berfikir dengan baik
Teksi pula penuh dengan penumpang iaitu pelajar UKM yang lain kerana ketiadaan bas UKM seperti yang dijadualkan.
Ya Allah..aku mengenal erti mujahadah,erti tabah,erti sabar,erti syukur,erti redha dan erti tawakal apabila ujian ini diberi pada hari ini sekaligus dalam masa satu hari!dan aku mengerti dan begitu merasai makna ar-Razzaq,ar-Rahman,ar-Rahiim,al-Mani’ dan Maha Berkehendak.Engkaulah berkuasa atas segalanya. T _ T walau sedaya upaya untuk pergi,tetap berdegil,tetapi kekuasaanMu dan kudratMu mengatasi segala apa yang dimiliki oleh makhlukMu.
Sememangnya keluar daripada rutin sebagai tarbiyyah kepada diri yang selama ini hanya teori ---->
Teori untuk mempraktikkan nilai sabar,nilai tawakal,mujahadah,redha dan syukur.Kali ini memang benar-benar dipraktikkan!
No comments:
Post a Comment