Saturday, 14 August 2010

NIKMAT YANG DISEMBUNYIKAN - CATATAN RAMADHAN 1

Teringat kata-kata seorang pensyarah wan, “Pelajar perlu keluar daripada kebiasaan,supaya kita mudah menyesuaikan diri apabila berada di satu-satu tempat baru atau suasana yang luar daripada kebiasaan”

THINK AND DO OUT OF THE BOX

Dan coretan kisah pendek ini pun bermula apabila saranan pensyarah wan ini dipraktikkan bukan hanya bersifat teori a.k.a konseptual.

Jam sudah menunjukkan lebih pukul 5 petang.Orang yang ditunggu tidak juga tiba sebagaimana yang dijanjikan.Sebab utama ialah jalan raya sesak pada waktu sekarang!agak gelisah kerana wan turut berjanji dengan orang lain pada waktu dan tempat yang lain!Akhirnya pertemuan yang dirancang berlaku juga cuma memakan masa yang agak lama iaitu pukul 6 petang kerana ada masalah untuk mencetak risalah.wan, anda telah terlewat untuk berjumpa seseorang di Hentian Kajang! Nampaknya terpaksa menumpang motorsikal sahabat tanpa memakai helmet(terpaksa,dan terdesak).

JAZAKILLAH KHOIRON JAZA’ kepada Kak Su yang membantu.Setelah ditegur dengan suara yang lantang oleh tuan guard kerana tidak pakai helmet dan berhenti di tempat yang tidak sepatutnya,wan bergegas ke tempat menunggu bas.lama juga tunggu,bas tak sampai-sampai…akhirnya ada sebuah bas yang datang tetapi kalau Allah dah tetapkan ini bukan rezeki kita,memang kita tak ada rezeki la.Bas tu sarat dan penuh dengan penumpang.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang! Tidak lama kemudian barulah bas yang seterusnya datang,rupa-rupanya dah ditakdirkan untuk naik bas mini dan bukannya bas rapid pada hari ini! Masa dirasakan semakin pantas berlalu…otak ligat berfikir akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di KTM sahaja disebabkan oleh susah untuk mendapatkan kenderaan dan jalan yang begitu sesak.Akhirnya wan turun dari bas yang berhenti setentang dengan jalan menuju je KTM.

Hmmm..rupa-rupanya dalam keadaan yang penuh dengan penumpang,wan seorang sahaja yang turun di KTM,biasanya ramai!

Disebabkan seorang sahaja,jadi wan terkial-kial melintas jalan yang sesak sehingga ditegur oleh mak cik di seberang jalan.kepala pula asyik memikirkan temu janji dan perjalanan seterusnya yang bakal ditempuhi.Cuba menelefonnya banyak kali tetapi panggilan tidak dijawab.hati yang gelisah bertambah gelisah.Ya Allah berilah daku kesabaran.Ketika cubaan melintas dan sewaktu melintas jalan,wan hampir dilanggar bas dan hilux.Sabar,semua orang nak cepat! Dan lebih banyak ujian yang datang yang menguji kesabaran wan dan keluar daripada kebiasaan…..

Hujan turun renyai-renyai..mmebasahi pakaian yang dipakai sambil kaki melangkah menuju ke KTM.Alhamdulillah,panggilan wan dijawab dan berjanji untuk bertemu di KTM.Jam menunjukkan pukul 7.00 malam.wan mengambil kesempatan membeli makanan dan minuman berbuka puasa sambil berteduh di kedai tersebut,ramai juga yang datang membeli di situ dan dalam keadaan kelam kabut,wan telah menjatuhkan 3 bekas kurma yang dijual di situ dan inilah pertama kali wan menjatuhkan barang-barang di kedai.Alhamdulillah,sekadar jatuh dan tidak ada apa-apa yang rosak.sabar..banyakkan bersabar dan alhamdulillah penjual tersebut tidak marah apatah lagi melenting..alhamdulillah.Hujan turun dengan lebat diiringi petir dan lagu guruh yang begitu kuat,jalan di situ sesak dan menyukarkan wan untuk melintas jalan kerana lampu isyarat rosak.air hujan membasahkan lagi baju wan dari atas sampailah ke bawah kerana jalan di situ dah banjir kerana sistem perparitannya yang tidak bergitu baik!

Ramai orang berteduh dan keadaan begitu sesak sekali,orang yang ditunggu belum lagi sampai..tiba-tiba telefon wan memainkan lagunya..panggilan perlu dijawab dengan segera! “Assalamu’alaikum wan..”Kedengaran suara sahabat wan di hujung talian.

“Wa’alaikummussalam..Kak,kenapa Kak?”

“wan,kaunter tiket bas tutup pukul tujuh wan..”

Hati gelisah + sedih

Tetapi niat mesti diteruskan kerana inilah peluang yang ada!

“Kak,habis tu macammana ni?betul ke tutup pukul tujuh?”
“betul wan,hari tu akak siap tanya lagi kat kaunter hari tu..wan cuba la berbincang dengan kawan wan nak buat macammana..”
“Alaa..Kak,macammana ye?dah sampai kat sini,tak sanggup nak berpatah balik” sambil melihat ke arah jalan raya yang masih sesak dan air hujan lebat yang mula membanjiri jalan raya.terasa sejuk sekali apabila angin menyapa tubuh,wan memandang kaki yang sudah basah..bukan basah sahaja tetapi basah kuyup!

“Kalau wan pergi pun,nanti dah sampai kat Seremban nak naik apa?”

“Naik teksi boleh kan?”

“wan,mahal tau,sebab perjalanannya sejam nak ke rumah Kak Yani”

Ya Allah,berilah kesabaran dan petunjuk kepadaku

Perbualan bertukar kepada mod senyap..masing-masing memikirkan penyelesaian dan akhirnya…

“wan,wan pergi ke Hentian Kajang dan beli tiket kat situ.Kata kepada kakak yang jual tiket nak pergi bandaraya Melaka tau!cuba la naik bas”

Alhamdulillah

“terima kasih banyak-banyak Kak.terima kasih sangat-sangat.”

“ok,tak pe.ok,wan nanti kirim salam kepada Kak Yani tau,assalamu’alaikum”

“Wa’alaikummussalam”

Jari terus pantas menelefon Kak Hajar pula!

Kesabaran sekali lagi teruji.Hujan turun dengan lebat diiringi guruh dan petir.jalan pula masih sesak,jam menunjukkan pukul 7.15 malam.sudah lebih 3 kali call tetapi panggilan tak dijawab.

Berilah daku kesabaran dan petunjuk ya Allah!

“Assalamua’alaikum Kak Hajar! Kak! Kaunter tiket bas kat Seremban dah tutup.Kak ada di mana sekarang?”

“Kak ada lagi di Hentian Kajang”

Alhamdulillah

‘Kak,kalau macam tu Kak beli tiket ke Bandaraya Melaka.wan ke hentian Kajang sekarang.Tak pe ke Kak?kalau ada apa-apa Kak maklumkan kepada wan tau”

“ok,Kak ok je..”

Talian dimatikan

Lebih daripada 5 minit kemudian

“Assalamua’alaikum wan!tiket tak de kena beli di Bukit Jalil,bas terakhir pukul sepuluh malam!”

“Habis tu macammana Kak?nak teruskan juga ke?”

“Akak ok je..”

“wan tunggu Kak sampai”

Perjalanan diteruskan,hujan lebat masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti…

Akhirnya Kak Hajar tiba,sambil membawa payung di tangan.

Alhamdulillah sampai dan kami bertemu juga akhirnya
wan segera membeli air mineral memandangkan wan tidak minum air manis manakala Kak Hajar membeli tiket menggunakan mesin kerana kaunter tiket KTM ditutup dan akan dibuka pukul 8.00 malam.

Sekali lagi tahap kesabaran diuji…

Mesin tidak berfungsi sebagaimana ia diciptakan,nampaknya perlu tunggu pukul 8 malam!akhirnya kami berbuka puasa di KTM dalam juadah yang serba sederhana.

“Suasana berbuka hari ni lain sikit.Sebelum ni makan pelbagai juadah dengan akhawat lain di rumah, makan makanan dalam dulang tetapi kali ni rezeki kita berbuka dalam keadaan yang sederhana” kata Kak Hajar kepadaku.
wan tersenyum teringat kata-kata pensyarah wan..out of the box
setelah makan ala kadar kami bergegas ke surau untuk solat
Kesabaran yang tinggi dan mujahadah diperlukan!
Tempat mengambil wudhu’ tidak sempurna kerana hanya satu surau-unisex- maksudnya bercampur (lelaki dan perempuan) untuk tempat ambil air sembahyang dan tempat solat dan keadaan tidak menyebelahi kami apabila surau itu dipenuhi dengan muslimin yang solat dan masa terus bergerak tanpa simpati dengan keadaan kami yang perlu cepat untuk ke Bukit Jalil dan bertambah teruk apabila tempat mengambil air sembahyangnya terbuka dan jika nak ambil di tandas, tiada pintu tandas!sabar je la…

Otak ligat berfikir..nak solat jama’ ta’khir ke? Atau cari alternatif lain..
Akhirnya kami sepakat menumpang solat di rumah Kak Lina yang berdekatan dengan KTM.
Banyak sungguh cabarannya..dan apakah maksud di sebalik kepayahan ini?

“Assalamua’alaikum”

“Wa’alaikummussalam,siapa tu?”Kedengaran suara Kak Yana dari dalam rumah.

“Oh,Hajar!ingatkan siapa tadi”(memandangkan kami datang secara mengejut)

“Hajar datang dengan siapa?”

“datang dengan wan”(Kak Hajar)

“Ha..wan!masuklah”(Kak Lina)

“ok,sekejap ye Kak,wan kena buka stokin kat luar sebab dah basah kuyup ni..”

“Eh,tak pe masuk je”(Kak Yana)

“Err,,tak pe tak pe wan buka stokin kat luar sekejap”

Kak Hajar sempat berta’aruf ringkas dengan ahli rumah kerana ada ahli rumah yang tidak kami kenali.

“Kak,kami nak tumpang solat sekejap”(Kak Hajar)

“Eh,boleh je..lepas ni makan kat rumah sekali”(Kak Lina)

“Kak,tak pe kami nak tumpang solat je”

“Mana boleh macam tu..kena makan sekali”(Kak Lina)

Setelah solat…
“Duduk sini makan”
Kak Lina cepat-cepat mengambil 2 buah pinggan kosong dari dapur.

“Hajar dengan wan habiskan semua ni tau”

“Haah!tak pe Kak,kami tak nak susahkan Kak,nanti Kak nak makan sahur dengan apa kalau kami makan sampai habis?”

“Kami makan apa yang ada je..makan jangan segan-segan,nanti lewat pula bertolaknya.Kak nak buat air,makan tau!”

wan memandang muka Kak Hajar..bersalah dan rasa malu sangat-sangat(100X)
Ya Allah!hidangan yang bukan sebarang hidangan!
Inilah nikmat yang disembunyikan!

“Kak,nampaknya Allah dengar apa yang Kak sebut tadi..ingat tak masa Kak Hajar kata kita tak dapat makan dalam dulang seperti biasa..tetapi Allah bagi kita bukan nasi dalam dulang..tetapi dalam pinggan siap dengan satu hidangan

*telur goreng sambal,udang goreng dan petai masak kunyit,kerabu sambal,buah naga,buah salak dan buah oren,air teh.

“wan,kita sebenarnya tak tahu rezeki kita di mana,nampaknya kita perlu juga keluar macam ni supaya dapat rasa nikmat yang Allah beri macam ni…”

Ya Allah,luasnya rezekiMu dan memang kami tidak terbayang untuk menjamah nasi dan hidangan ini ya Allah!

Bersambung...







No comments: