1- Selama ni 2 bulan sebelum Ramadhan kita ternanti-nanti kedatangan bulan Syawal dan bukannya bulan Ramadhan tetapi kali ni biarlah kita menunggu-nunggu kedatangan bulan Ramadhan.Tanpa bulan Ramadhan tiadalah bulan Syawal kerana bulan Syawal merupakan bulan kemenangan hasil mujahadah kita selama sebulan dalam bulan Ramadhan!
2-Selama ni kalau kita hanya fikirkan kuantiti rakaat dalam solat tarawih biarlah kali ini kita fikir tentang kualiti solat tarawih.Adakah kita betul-betul merasakan kerehatan ketika melaksanakan solat tarawih sebagaimana maksud sebenar tarawih itu sendiri?(kerehatan) atau rasa terpaksa?
3-Selama ni jika kita makan juadah berbuka puasa,banyak juadah yang kita sajikan untuk diri kita,apa kata kali ni juadah berbuka puasa yang banyak itu kita kongsi atau sedekahkan kepada orang lain pula biar sama-sama turut merasakan nikmat yang diberikan olehNya.
4-Selama ini jika kita puasa,kita rasa letih,tidak bermaya,kurang sabar dan mudah terasa.Apa kata dalam bulan Ramadhan kali ini,kitalah yang paling ceria,bertenaga dan paling pemaaf dan bersabar kerana banyak peristiwa dalam bulan Ramadhan seperti Perang Badar,Perang Khandak,Pembukaan kota Mekah merupakan antara peristiwa manis,peristiwa kemenangan yang memberi bukti bahawa Ramadhan merupakan bulan keberkatan.Bulan yang diberkati oleh Allah.
5-Selama ni dalam bulan Ramadhan, jika pihak muslimat yang uzur syari’e rasa terkilan tidak boleh berpuasa,biarlah kali ni berlumba-lumba menyediakan juadah berbuka puasa kerana orang yang memberi makan orang yang berpuasa akan diberikan ganjaran sama seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikit pun.
6-Selama ini dalam bulan Ramadhan,kita hanya buat rutin bulan puasa yang biasa biarlah kali ini kita buat amal kebaikan yang luar daripada biasa,ziarah golongan tua,berbuka puasa bersama-sama dengan fakir miskin,mengajar mengaji secara percuma,pinjamkan kereta untuk membantu rakan,bergotong-royong membersihkan surau,ziarah saudara dan sahabat yang sakit dan sebagainya.Bersama-sama menghayati hikmah bulan Ramadhan dengan amalan ibadat umum.(bergaul dengan masyarakat)
8-Selama ini jika dalam bulan Ramadhan,kita berbuka puasa sorang-sorang apa kata kita ajak jiran-jiran atau rakan-rakan berbuka puasa bersama-sama dengan kita
9-Jika sebelum ini kita sediakan sampul dan kad raya,apa kata kali ini kita sediakan sampul duit Ramadhan dan kad bulan Ramadhan untuk diberikan kepada keluarga,saudara-mara atau rakan taulan kita.
10-Jika sebelum ini asyik countdown tarikh berhari raya,apa kata kita countdown dan buat persiapan untuk 10 malam terakhir mencari pengertian di sebalik 1000 bulan.
11-Selama ni kita tiada matlamat untuk Ramadhan kali ni biarlah Ramadhan ini kita mempunyai matlamat supaya bulan berkat ini tidak berlalu begitu sahaja dan yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga semata-mata
10-Jika sebelum ini asyik countdown tarikh berhari raya,apa kata kita countdown dan buat persiapan untuk 10 malam terakhir mencari pengertian di sebalik 1000 bulan.
11-Selama ni kita tiada matlamat untuk Ramadhan kali ni biarlah Ramadhan ini kita mempunyai matlamat supaya bulan berkat ini tidak berlalu begitu sahaja dan yang kita dapat hanyalah lapar dan dahaga semata-mata
No comments:
Post a Comment