Monday, 12 April 2010

a picture speaks for thousand loves? animal planet!


Pernahkah kita turut mengalami situasi begini semasa kecil dahulu?(kata orang masa muda-muda =D )
Asyik makan...lepas main tidur...jalan-jalan...selalu peluk emak atau ayah...banyaaaaaak soal..suka merungut depan mak ayah..banyak lagi
TETAPI kita jarang sekali menyedari setiap keadaan dan ketika ibu dan ayah sentiasa di sisi semasa kita kecil.mereka bersabar melayan kerenah kita dan gembira apabila kita gembira,memberi semangat ketika kita tak kuat..memberi nasihat, panduan dan perhatian.

Dalam sedar tak sedar kita sebenarnya sedang meniti usia tua dan sedang memasuki alam mereka (pantasnya masa berlalu)!

kasih sayang haiwan kepada anaknya sangat berharga,kasih sayang ibubapa terhadap kita setakat mana?tidak terhitung banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Setakat mana pembuktian kita terhadap kasih sayang kita kepada mereka?sudah bertanya khabar mereka?memberi bantuan apabila mereka memerlukan?mendoakan mereka pada setiap keadaan?
Apakah bukti kasih sayang kita?kasih tidak sekadar kata-kata ,yang memberi kesan dan ingatan adalah pembuktian kasih kita kepada mereka

Jangan dilupakan
kerana kasih dan cinta Allah kita dianugerahkan ibu bapa
Tidak kira ibu bapa kita bagaimana rupanya
biarpun mereka bukan super star tetapi mereka super hero yang mampu mendidik
dan membesarkan kita
Biarpun mereka tidak kaya ataupun kacak bergaya
tetapi kerana mereka lah kita mampu tersenyum gembira
Biarpun mereka tidak lagi muda dan berdaya seperti kita
tetapi doa mereka terhadap kita masih berterusan sampai bila-bila
Biarpun pendidikan mereka tidak setinggi mana
tetapi kerana mereka lah kita mengenali dunia
Biarpun mereka tidak 'alim dalam ilmu agama
tetapi kerana mereka lah kita berusaha menjadi salah seorang calon syurga

Terima kasih ya Allah,kalau bukan kerana kasih sayangMu,tentu aku mati dalam keadaan tidak mengenal erti kasih sayang,memberi,menghormati,dikasihi,dilindungi,tiada tempat berteduh,tempat mengadu dan mendapatkan restu.
Thank you Allah for everything you gave and anything that you will give to me.Everything happend in our journey of life have thousands of secrets,infinity of hikmah.
Love Allah,trust Him,obey Him,and we will save.This is His promise!

"Katakanlah (Muhammad) , Jika kamu mencintai Allah,ikutilah Aku,nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang

(ali 'Imran 3:31)

"dan barangsiapa yang mencari agama selain Islam,dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk dalam golongan orang yang rugi"

(ali 'Imran 3:85)

 " Iaitu orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi ( seraya berkata ) ; Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Ali 'Imran   3 : 191 )..
 


No comments: