Tuesday, 23 February 2010

Kadang-kadang malas…malas …malas…malas nak

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة 
Terlalu banyak yang berlaku,semakin bertambah umur semakin  besar masalah(ni bukan hipotesis tetapi realiti),semakin banyak perkara yang kita alami(Ya Allah,jadikanlah diriku seorang yang tabah dan mempunya iman yang teguh sampai  berakhirnya hayat di muka bumi ini)
Kadang-kadang malas…malas …malas…malas nak berdakwah.Maksudnya bukan bagi ceramah ke,bagi tazkirah ke tetapi nak mengajak orang lain ke arah kebaikan dan menegah orang lain melakukan kemungkaran.Kadang-kadang orang yang melakukan perkara suci ni sering kali dipandang sebelah mata,diejek sama ada melalui kata-kata atau menggunakan bahasa badan.Orang yang berdakwah ni pun,kadang-kadang tak boleh tahan,tewas,mati sebab ditekan,ditindas oleh orang lain.Sebab-sebab ni juga jadi malas nak berdakwah.

Jom tukar  pemikiran kepada sudut positif pula,tetapi kena senyum dulu.=)  =D
Benci..benci…benci…futur..futur..futur.. KEPADA suka…suka…suka…cinta…cinta…cinta…semangat…semangat …untuk berdakwah
Semua umat Islam wajib berdakwah sebab selagi Islam tidak menjadi dominan di dunia(bukan negara sahaja) selagi itulah kita semua bertanggung Jawab berdakwah dan bukannya terletak di bahu ‘ulama’/pelajar pengajian Islam/ustaz dan ustazah  sahaja.Kalau bukan kerana suka…suka…suka..cinta…cinta…semangat…semangat..Nabi Muhammad S.A.W. berdakwah kepada umat manusia yang celaru dan sesat pada masa itu,tak mustahil kita sekarang  sedang sembah batu,pokok atau sedang seronok dengan perbuatan luar tabii yang hanya sesuai dilakukan oleh haiwan sahaja seperti seks luar nikah(tanpa ikatan perkahwinan-sama je macam haiwan,tak perlu berkahwin),membunuh ikut rasa hati..apabila benci dan menyampah tengok muka seseorang boleh sahaja nak bunuh (seperti yang berlaku  pada zaman apartheid,tragedi berdarah Bosnia,Kosovo,Shabra dan Shatila,Ambon-sekarang pun ada-ni semua dilakukan oleh golongan bukan Islam,orang Islam sebenar tidak akan buat perkara sebegini-sama seperti haiwan),perempuan diperdagangkan sesuka hati-GRO,Miss Universe,kosmetik dan sebagainya(martabat wanita rendah-tiada nilai manusiawi) dan banyak lagi.KEMUNGKINAN BESAR kita akan termasuk dalam golongan sebegini.Jika mahu melihat kepada realiti(menggunakan mata kepala sendiri,sila berhijrah atau melawat ke bumi Eropah untuk mendapatkan contoh ter’baik’).
ALHAMDULILLAH,SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN kepada Allah sebab kita terpilih,dipilh oleh Allah untuk menjadi hamba Allah yang beragama Islam,tidak seperti orang lain yang terpaksa mencari sendiri kebenaran ini(Islam) tetapi kita hanya perlu memahami ,menghayati dan seterusnya mengamalkan syariat Islam yang sudah sedia  ada,tanpa perlu berpeluh-peluh,kebingungan,cramp otak fikir tentang sebab kita wujud atas muka bumi dan ke mana kita akan pergi selepas ini.Tak perlu semua tu kerana Allah sudah berikan jawapannya(ada dalam al-Quran dan Sunnah).Cuma kita perlu  rajin atau bersungguh-sungguh  untuk mendapatkan jawapannya.Kata orang,orang bukan Islam  kalau sesat memang sesat dalam gelap tetapi kalau orang Islam..sesat juga ..sesat dalam cahaya.

Kalau kita telusuri dan menjiwai sirah Rasullullah S.A.W.,kita dapat rasakan keperitan,keaiban dan kepayahan yang Baginda alami tetapi Baginda masih bersungguh-sungguh,bersemangat dan gembira dalam melaksanakan amanah ini sehingga usia Baginda 63 tahun.Bayangkan,Baginda perlu membawa ajaran yang dianggap ‘baru’ dan ‘asing’  oleh masyarakatnya daripada menyembah berhala kepada tidak menyembah berhala yang telah disembah lebih daripada beratus-ratus tahun dahulu,yatim piatu dan kehilangan 2 orang yang sentiasa membantu Baginda kerana telah meninggal dunia(Saidatina Khadijah dan Abu Talib).Baginda diejek,dituduh gila,kalau kita dipanggil sebagai orang gila macammana perasaan(Hei…orang gila tu dah datang!-boleh bertenang tak apabila dengar kata-kata ni?masih boleh senyum?kalau tak marah mesti ada yang rasa sedih yang amat kan?ye la..kita yang waras ni boleh pula dikata sebagai orang gila???).Nabi ditohmah,merasa bagaimana difitnah(peristiwa rantai Saidatina ‘Aisyah hilang sewaktu pulang daripada peperangan),disihir(turunnya surah al-Falaq),pendek kata jalan dakwah ni  tidak menjanjikan kemewahan dan menghamparkan permaidani merah,popular dan segala macam kesenangan yang lain.Kalau macam inilah kesannya,kenapa sibuk-sibuk berdakwah?Buang masa,buang duit,buang tenaga ye tak?
JOM TEGUHKAN HATI DULU…sebenarnya inilah realiti hidup di dunia.Dunia yang sementara.Indikator atau penanda aras bahawa kita hidup kerana dunia atau sama ada kerana Allah boleh kita ukur.Dunia bermaksud sesuatu yang dekat.Segala perkara yang kita lakukan dan mendapat balasan segera itulah dunia.seperti solat di masjid sebab nak pujian,nak pangkat(jadi AJK masjid).Belajar pandai-pandai supaya dipuja jadi popular dan sebagainya.Itu semua kita dapat semasa di dunia(balasan segera) itu tandanya kita hidup untuk dunia.Dunia ini ibarat tempat kita berteduh buat sementara waktu sebab dunia is not a destination but only a place for preparation.Dunia ni dewan peperiksaan yang besar dan luas bukan setakat menguji  kewarasan otak dan emosi tetapi turut menguji iman.
Dakwah itu fitrah.tidak berdakwah bermakna tidak berfungsi..ya kita tidak berfungsi sebagai seorang manusia..maknanya kita sesuai menjadi batu di jalanan atau rumput yang akan diragut oleh binatang atau ikan di laut yang akan dijadikan lauk untuk  dihidangkan dalam bekas kaca.Bayangkan jika kita tidak berdakwah,kita hanya mengharapkan ‘ulama dan orang lain,maka hancurlah dunia.tiada orang berdakwah(amar ma’ruf nahi munkar) maka saya boleh sahaja ambil barang jiran saya tanpa minta izin,boleh je dia bunuh kawan dia sebab cemburu dengan kelebihan yang ada pada kawan dia,boleh je kami nak menjatuhkan maruah adik kami depan orang ramai,boleh je saudara nak tengking ibu dan ayah kalau mereka tidak mengikut kehendak saudara,boleh je nak  tanam pokok ganja satu negara sebab nak kumpul duit tetapi tak nak bina manusia,boleh je kita ramai-ramai kahwin sama  jantina atau nak berkahwin dengan semua orang(tiada had),boleh je nak makan segala jenis haiwan atas muka bum ini biar semua haiwan pupus dan banyak lagi.Boleh je nak klon banyak-banyak supaya gen orang mati dapat hidup kembali seperti klon Firaun ke,moyang sendiri ke dan sebagainya.Tak cukup rosak ke dunia?masa tu kita dah tak dapat nak beza mana satu manusia mana satu haiwan.
Berdakwahlah mengikut kemampuan.Berdakwah banyak caranya sama ada melalui lisan,anggota badan,akhlak,kemahiran/kelebihan yang ada,pendidikan dan banyak lagi.mugkin seseorang itu tidak mahir dalam menyusun kata-kata(berucap), ada alternatif lain seperti berdakwah melalui lukisan,komik,graffiti,penulisan cerpen,sajak,lagu dan sebagainya.Jadi,tiada alasan untuk tidak berdakwah,bermulalah dengan sesuatu yang mudah iaitu berdakwah kepada diri sendiri dahulu!Barulah berkesan dakwah kita kepada orang lain kerana dakwah bukan hanya perbuatan fizikal(pemberian wang,ukiran senyuman,memberi  salam) tetapi sentuhan jiwa dan hati(ikhlas,berdakwah menggunakan hati dan untuk mendapat  kemanisan dakwah hati perlulah dibersihkan terlebih dahulu.)

Nota untuk diri sendiri-semoga tidak futur  untuk menjadi manusia yang berfungsi dan bukannya manusia robot yang hanya melakukan kitaran hidup seperti seekor nyamuk,rama-rama atau katak= lebih kurang sama je --->belajar,kerja,kahwin,makan,minum dan berhibur selepas itu kembali ke rahmatullah.

   


No comments: