HAKIKAT BELAJAR DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGANNYA
(wan tulis ini sebagai catatan dan peringatan untuk wan sendiri-tiada kaitan dengan makhluk lain sama ada makhluk lain masih hidup atau telah meninggal dunia)
wan cuba mengelakkan entri kali ini ditulis semasa musim peperiksaan,bukan kerana terlalu sibuk dengan exam(peperiksaan) tetapi kalau boleh mahu keluar daripada arus iaitu cuba untuk tidak menulis berdasarkan ‘event’ atau hanya aktif member i maklum balas apabila berlaku satu-satu fenomena.
Setiap kali tiba musim peperiksaan,pastinya majoriti akan mengalami tekanan perasaan malah akan ada segelintir antara calon-calon kerusi peperiksaan akhir semester akan mengalami histeria sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Semua akan menjadi serius dan berasa diri perlu menetap di dalam bilik masing-masing atau bertapa hampir separuh hari di dalam bilik. Kalau boleh wan tidak mahu fenomena ini berlaku kerana wan merupakan salah seorang daripada calon-calon yang akan menjawab soalan-soalan panas daripada para pensyarah untuk setiap subjek, yang akan mengalami simptom-simptom peperiksaan akhir tahun.Seolah-olah pelajar ini lemah.LEMAH kerana dikuasai oleh sistem tetapi secara tepatnya LEMAH dalam MENGATUR MASA untuk DIRI SENDIRI sehingga hanya mempunyai masa untuk mengulang kaji beberapa hari sebelum peperiksaan.
Sentiasa berfikir kenapa fenomena ini sentiasa berlaku dan simptom ini wan tidak pernah alaminya sewaktu wan masih muda malahan pengalaman ini berlaku semasa peperiksaan awam.Tidak perlu tidur lewat atau berjaga bersama-sama dengan burung hantu dan haiwan nocturnal yang lain semasa berada dalam lingkungan waktu atau minggu peperiksaan.Hal ini demikian kerana wan sudah belajar awal-awal malah sudah meng’khatam’ kan buku-buku beberapa bulan sebelum bulan peperiksaan awam.Apabila termenung dan fikir semula rasa macam tidak percaya pula.(Tidak bermaksud apa-apa).Sebenarnya ,perkara yang ingin disampaikan ialah tidak mustahil untuk kita habiskan silibus tanpa perlu menunggu cikgu/pensyarah menghabiskan dalam kelas/tutorial/kuliah.(ini sangat sesuai dipraktikkan untuk subjek yang memerlukan pembacaan sahaja).Jadi selepas habiskan silibus/pelajaran yang memerlukan pembacaan melalui pembacaan sendiri,boleh la kita beri penekanan yang lebih kepada subjek yang memerlukan latihan.(semua ini melalui pengalaman sendiri).
Jadi,perkara penting sebenarnya kita(kita-merujuk kepada anggota badan wan) perlu pandai menguruskan masa.(bukan ke macam tu,wan?).Apabila wan fikir dalam-dalam,buat apa masuk universiti?(bukan naik motorsikal/basikal,kereta atau jalan kaki untuk datang ziarah kawan di universiti atau cari barang hilang lepas tu keluar semula daripada universiti).Sebenarnya apa yang ada pada sebuah universiti?Apa sebenarnya peranan universiti?Adakah universiti sahaja merupakan tempat belajar yang terbaik?Kalau macam tu,mereka yang tidak masuk(belajar) di universiti kiranya manusia golongan kelas kedualah ye?atau universiti ni sebenarnya tempat nak cari glamour(populariti)untuk dijadikan modal di kampung sendiri apabila dah tamat belajar?atau satu status atau taraf yang boleh diguna pakai untuk bekerja atau apabila nak kahwin nanti?Banyak betul kemusykilan…
Universiti sebenarnya satu institusi yang SANGAT BESAR PERANANNYA kalau kita hayati dan sedar dengan kefahaman yang mendalam.Bukan hanya satu tempat untuk manusia daripada segala ceruk rantau berkumpul dan bertemu atau menuntut ilmu sampai mati atau menuntut ilmu sampai tahap tertinggi atau bekerja ,menyumbang tenaga di universiti sendiri.Universiti sebenarnya sebuah amanah daripada ALLAH untuk menghasilkan insan yang semakin dekat dengan ALLAH dan mengenali hakikat dirinya sendiri.Universiti sebenarnya salah satu alat untuk mencari dan mengenal ALLAH.Cuba kita fikirkan,semua subjek di universiti bukannya subjek yang boleh dipelajari sembarangan orang dan bukannya boleh diterima oleh sembarangan otak kerana ilmu di universiti sifatnya lebih mendalam,ada pengkhususan.Hanya mereka yang terpilih dapat meneruskan survival ilmu di universiti kerana mempunyai kemampuan sama ada mereka mampu dari sudut mental ataupun material.Jadi apabila ilmu itu lebih mendalam,golongan yang dikenali sebagai pelajar semestinya dapat mengenali Allah dengan lebih dekat lagi tetapi realiti yang berlaku pada masa kini adalah sebaliknya.
Terlampau menekankan peperiksaan (fanatik dekan atau gred terbaik) sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap Allah akhirnya akan menyebabkan universiti gagal membangunkan potensi pelajar itu sendiri.Wawasan sebenar satu-satu institusi itu mula menyeleweng apabila ‘niat’ universiti adalah untuk menghasilkan pelajar sebagai produk pekerjaan iaitu sebagai ‘pekerja’ ,lebih menekankan aspek akademik,mengabaikan aspek pembangunan iman dalam diri,moral dan sivik dan bukannya untuk membina modal insan iaitu modal yang ampuh dan aset penting untuk menjamin masa depan negara yang cerah dan agama yang paling utama.Pelajar akhirnya terperangkap dengan sistem makhluk se’spesis’ nya sendiri.Pelajar juga dibelenggu dengan budaya yang hanya menguji semula apa yang dipelajari dan bersifat hafalan(reproduction) malahan kecemerlangan dalam akademik dijadikan sebagai satu penanda aras dalam mengukur tahap keberkesanan atau kecekapan guru/pendidik sehingga mengatasi matlamat sebenar pendidikan yang begitu luas ,semata-mata kerana terikat dengan peperiksaan.Keadaan ini tidak sejajar dengan Falasafah Pendidikan Negara yang sebenarnya bertujuan untuk mengembangkan potensi individu dan melahirkan warganegara yang berketrampilan dan seimbang dari segi pembangunan intelek,sosial,rohani,moral dan jasmani DAN paling utama berfungsi sebagai HAMBA kepada PENCIPTA SEGALA YANG WUJUD iaitu ALLAH.
Namun begitu ini tidak bermakna peperiksaan perlu dihapuskan tetapi sebagai pelajar perlu menukar paradigma mereka terhadap peperiksaan iaitu peperiksaan bukanlah bertujuan untuk membunuh cita-cita,menjadikan separuh daripada otak mereka menjadi lumpuh tetapi sebenarnya sebagai salah satu penanda aras untuk mengetahui sama ada pelajar memahami apa yang dipelajari selama semester tersebut atau tidak faham langusng tentang subjek tersebut .Gred yang baik pula merupakan satu pengiktirafan terhadap kefahaman seseorang pelajar terhadap subjek tersebut dan salah satu daripada indikator untuk dikelaskan sebagai pelajar yang bakal menjadi seorang yang ‘ahli’ dalam satu-satu bidang.(Isu lain) ,peperiksaan juga sewajarnya bukan sebagai medan untuk menguji kebolehan akademik semata-mata tetapi perlu menilai semua aspek perkembangan,kualiti dan potensi individu kerana kecemerlangan akademik bukanlah memberi gambaran yang menyeluruh terhadap perkembangan dan potensi individu.
Jangan kita lupa satu bukti yang besar dan nyata,orang-orang yang ‘biasa-biasa’ yang telah di’tarbiyah’kan akhirnya Berjaya malahan Berjaya di akhirat(para sahabat yang telah dijamin syurga) tanpa perlu masuk ke universiti.Mereka mampu menjadi pemerintah,menjadi pemerintah dunia(zaman khulafa’) tanpa perlu masuk universiti.Saidina Umar daripada seorang pengembala akhirnya menjadi pemimpin negara?Jadi universiti ini apa?Jadi peperiksaan ini untuk apa?apa itu belajar?
Universiti sebenarnya merupakan alat yang berdaftar secara rasmi di negara kita untuk mengenali Allah secara lebih dekat. Pesan seorang pensyarah wan: Belajarlah kerana Allah.Belajarlah di universiti kerana Allah.Saya telah membuat kajian(survey) iaitu tujuan pelajar belajar di universiti dan mendapati tiada seorang pun yang memberi jawapan bahawa mereka masuk ke universiti kerana Allah.Rata-rata pelajar memberi jawapan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik ,membantu keluarga dan mendapatkan ijazah.Sebab itulah ramai yang kecewa apabila mereka tidak mendapat kerja setelah mereka graduate.Niatkanlah kita belajar semata-mata kerana Allah.Pesan seorang pak cik guard(biarpun mereka tidak belajar sampai peringkat universiti) pula:belajar di universiti ini ibarat meniti di atas batas sawah/bendang(niat kita mudah goyah-ibarat batas yang sempit,mudah terjatuh ke dalam sawah).Peperiksaan menjadi salah satu ibadat kerana kita berjihad pada ketika itu untuk menunjukkan kepada golongan bukan Islam bahawa umat Islam(bukan merujuk kepada Melayu sahaja) mampu menguasai pelajaran yang sedang dipelajari dan bersedia untuk menerima pelajaran baru (ke peringkat seterusnya). Kecemerlangan dalam akademik sebenarnya ialah satu dakwah bil hal(perbuatan) tetapi perlu cerdik dalam menguruskan masa supaya tidak berlaku pertindihan atau menjadi tidak seimbang kerana terlalu bertumpu kepada satu-satu perkara sahaja(terlalu menekankan akademik sehingga mengabaikan tanggung jawab terhadap Allah) atau melupakan pelajaran kerana dianggap mahu member i fokus kepada kerja-kerja selain akademik dan dakwah.Perlu berhati-hati kerana tidak seimbang antara keduanya akan menjadi fitnah kepada Islam.Keadaan ini jelas membuktikan bahawa peperiksaan sebenarnya satu jihad dan perlu berjihad sebaik mungkin untuk mengelakkan daripada Islam menjadi fitnah.Strateginya ialah tidak bertangguh dalam menyiapkan assignments , berusaha menghabiskan silibus melalui usaha sendiri(belajar mendahului guru) dan berdoa kepada Allah agar Dia memudahkan segala gerak kerja kita.InsyaAllah,strategi ini dapat mengelakkan kita daripada berlaku pertindihan tugasan atau tertekan semasa peperiksaan kerana kita telah pun bertindak awal(sudah menyiapkan payung) dan berdoa kepada Allah.Biarpun kita tidak berkesempatan untuk belajar dalam bidang pengajian Islam , ini tidak bermakna kita mempunyai perasaan bahawa bidang selain daripada bidang pengajian Islam itu tidak penting atau sia-sia.Kita perlu tetap mendapatkan gred yang terbaik kerana kalau semua orang Islam hanya belajar bidang pengajian Islam,nescaya bidang-bidang lain akan dikuasai oleh golongan bukan Islam.Kita perlu belajar bidang ini(sains,teknologi,ekonomi,linguistik,seni ,psikologi,marin,geologi dan sebagainya) dan menguasainya agar akhirnya kita dapat mengubah fakta-fakta dan ideologi-ideologi salah dalam bidang yang kita pelajari ini.Inilah hala tuju kita belajar sebenarnya.Belajar pula?
Belajar merupakan salah satu daripada proses pendidikan iaitu dua sahabat yang tidak dapat dipisahkan dan sebenarnya merupakan pendidikan Ilahi iaitu mempunyai campur tangan daripada Allah kerana mempunyai hubungan dengan Allah.Golongan yang mempelajari Sains dan yang bersangkutan dengannya juga merupakan seorang yang ‘alim kerana dapat mengetahui kekuasaan Allah melalui kajian mereka terhadap alam ciptaanNya dan bukannya golongan yang mempelajari agama sahaja yang dikatakan sebagai ‘alim.Tanpa belajar tiadalah istilah pendidikan.Menurut perspektif Islam belajar bukan hanya sekadar supaya berlaku perubahan tingkah laku,bukan juga untuk mencari rezeki di dunia semata-mata tetapi untuk sampai kepada hakikat memperkuat akhlak iaitu mencari atau mencapai ilmu yang sebenarnya dan akhlak yang sempurna.Belajar hanyalah mengumpul serta menghafal fakta-fakta?Tanggapan ini merupakan tanggapan yang salah.Hal ini demikian kerana banyak orang yang belajar dengan menghafal tetapi menghafal hanyalah sebahagian daripada cara belajar dan konsep belajar tidaklah sesederhana itu.Belajar merupakan satu amanah.Kita merupakan pelita.Ya,pelita dalam keluarga dan masyarakat,yang bertindak sebagai peng ‘islah’ kepada masyarakat selain daripada untuk diri kita sendiri.Percayalah,ummah meletakkan harapan kepada kita lebih-lebih lagi keluarga kita.Memandangkan ‘niat’ tempat kita belajar berlaku kecelaruan dan kelihatan sedikit tersasar,setiap produk yang terhasil akan memberi faedah yang pelbagai kepada keluarga dan masyarakat.Sama ada menjadi pelita,lampu suluh,matahari,api,kelip-kelip atau keluar memberi arang.Universiti menjadi lombong timah,besi,emas atau debu-debu kepada para pelajarnya.Oleh itu,pelajar perlu pandai melombong di sini.Perlu tahu tempat melombong yang terbaik,bagus atau tiada apa-apa manfaat.Pelajar juga perlu bersikap analitikal dan menganalisis setiap ilmu dan budaya yang diperoleh di universiti supaya tidak tersasar daripada landasan yang sebenar atau dengan kata lain terpelecok jatuh ke dalam sawah ketika meniti batas.
Ubahlah paradigma,jangan jadi mangsa kepada sistem apabila sistem itu tidak berlandaskan kepada agama Islam.Melangkah ke universiti dengan penuh rasa perjuangan dan rasa tanggung jawab.
MANUSIA ITU 1000 DARIPADA MEREKA SEPERTI 1 DAN 1 ITU SEPERTI 1000 SEKIRANYA BETUL-BETUL MAHIR( IMAM ASY-SYATIBI)
Entri ini ditulis berdasarkan kepada sedikit kajian dan perbincangan dengan para guru.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment