DERIA BATIN
Dalam bahasa Cina ada kata-kata hikmat seperti Ye ben wan li maknanya ibarat modal kecil tetapi mengharapkan keuntungan sepuluh ribu yakni mana mungkin dengan keuntungan yang sedikit mengharapkan keuntungan yang amat besar.Dalam peribahasa orang-orang India ada kata-kata iaitu Undu pathal undu waalvu,maknanya apabila bekerjasama kita dapat hidup bahagia.Otrumai palem,bersatu kita teguh,dalam bahasa Arab pula Man Jadda wa jadda yang bermaksud sesiapa yang bersungguh-sungguh,pasti dia yang dapat.Rupa-rupanya dalam setiap masyarakat ada peribahasa yang tujuan utamanya mendidik dan memberi semangat.Misalnya kita mendengar peribahasa yang bermaksud Bukit sama didaki,lurah sama dituruni.Peribahasa ini mendidik supaya sentiasa bersedia mengharungi setiap kesusahan dan kesenangan bersama-sama.
Namun begitu peribahasa al-Quran lebih hebat dalam menjelaskan sesuatu perkara seperti dalam menggambarkan keuntungan dan kerugian dalam kehidupan di dunia dan di Akhirat sebagaimana yang telah digambarkan oleh Allah.Seperti dalam surah al- Baqarah ayat 17 yang bermaksud “Manusia kufur itu ibarat orang yang menyalakan api,apabila api sudah menyala dan cahaya menerangi sekeliling,tiba-tiba cahayanya hilang walaupun api itu masih wujud,maka tinggallah mereka dalam kegelapan.”
Perumpamaan ini amat BESAR PENGERTIANNYA.Menurut hukum adat,mustahil api dan cahaya dapat dipisahkan.Hal ini demikian kerana ada api semestinya ada cahaya dan TIDAK MUNGKIN CAHAYA API ITU TIADA.Sememangnya antara api dan cahaya itu tidak terpisah dan salah faham dalam mengetahui terpisah atau tidaknya api daripada cahaya tersebut RUPA-RUPANYA DARIPADA DIRI KITA SENDIRI.
Ramai daripada kita tidak percaya ada ketikanya cahaya tidak wujud walaupun ada api yang menyala.Cuba PERHATIKAN KEADAAN orang yang buta.Bagi mereka cahaya itu tidak wujud walaupun dia tahu api sedang marak membakar.Begitu juga si buta mengetahui matahari sedang bersinar di atas kepala namun cahaya tidak wujud baginya .Kenapa???
Kerana cahaya dan api terpisah dengan sendiri apabila kita sendiri tidak mempunyai pancaindera penglihatan atau sensitiviti pancaindera itu sudah hilang dan tidak lagi berfungsi.
Apabila perkara ini berlaku tentulah orang yang hilang deria iman mereka tidak dapat merasai cahaya agama walaupun cahaya itu berada di hadapan hidungnya,walaupun dilaung untuk memberitahu di hadapannya ada cahaya iman,dia tetap bertanya di manakah cahaya itu? Baginya laungan tersebut hanyalah gurauan dan mainan belaka.Itulah perumpamaan daripada Allah supaya kita Nampak apabila ada api tentunya ada cahaya.
Apabila ada agama tentulah ada cahaya imannya.Jangan ketawa bagaikan si buta mencari cahaya kerana yang keliru itu adalah diri kita sendiri.Walaupun kita yang menyalakan api tetapi kita juga sering bergelap dalam terangnya cahaya.Kita buta dalam cahaya.
Kadang-kadang kita lebih teruk daripada golongan bukan Islam kerana kita bergelap dan buta dalam keadaan sekeliling kita dilimpahi cahaya iaitu al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.W sebagai petunjuk sedangkan golongan bukan Islam bergelap dan buta kerana mereka sememangnya berada dalam kegelapan melalui akidah mereka yang tidak benar.Cantik sungguh apabila kita dapat terus merenung peribahasa dalam al-Quran dalam mendidik diri kita.Malah lebih besar kita tahu kadar keuntungan yang bakal kita peroleh.Kita Nampak dengan mata kita malah lebih Nampak dengan menggunakan mata hati kita.
Adaptasi daripada cerita-cerita motivasi untuk jiwa 2-oleh Prof.Madya Dr. Shukri Ahmad dan Wan Ab.Rahman Khudzri Wan Abdullah
No comments:
Post a Comment