Selamat bersahur esok (for those who fast 10 days of Dzul hijjah)
Subhanallah, isu negara & LGBT bertiup kencang ibarat api yang marak menyambar hutan di California, US. Sangat memberi 'trigger' kepada semua rakyat Malaysia khususnya Muslim. As an observer, this is truly a complicated issue.So much dynamism and again people love to do well said than well done.
Bagaimana isu ini menjadi panas dan perbalahan sesama rakan-rakan dalam socmed (terutamanya)?
a) Apabila ia dijenamakan atas nama politik dan parti. I can say people still can be calm when we just said 'as a Muslim..'. Please do not pour the gasoline on the fire. It became worse when you said:
'Itulah, sokong sangat...jom sokong parti...'.
'Parti ni macam biasa la @#$..'
'Parti ni macam biasa la @#$..'
Come on guys, please be mature! Most of the voters are Muslims. Common sense, no need to blame each other. Be specific to the issue which is related to religion, that's it.
b) Apabila ditulis dalam socmed dan melalui saluran media massa
As usual media has a magic power to spread wildfire roar of fitnah across cyber world. Isu tu bermaksud lain tetapi apabila diguna wordings tertentu dan dibaca dengan nada tertentu and even bercakap 'belakang' dan tiada di tempat kejadian, asalnya budak jatuh dalam longkang menjadi budak mati dihumban ke dalam longkang. Ianya ditambah lagi dengan perasa politik menjadikan masakan ini enak dijamah beramai-ramai. Jika ada yang tidak tahan pedas, ada yang melenting kepedasan.
c) Using profanity - foul language. Tak perlu cakap apa contoh-contohnya. For those non-Muslims, i am truly sorry on the behalf of my brothers and sisters who used profanity so well. I know you might be getting confused about this situation. This issue can be remain unsolved if we focus on emotion plus political views.
Pandangan peribadi saya:
a) This world is so complicated to be seen as black-white. Many things are in grey area yang perlu ditangani secara berhikmah dan seadilnya I myself disapprove LGBTQ, transgender issue but at the same time i believe everyone has different approach on how to handle the situation. So many dynamism and approaches. It is related to waqie di setiap negara. Malaysia ada perlembagaannya yang tersendiri, sistem beraja, terdiri daripada multicultural citizens, merupakan negara ASEAN etc. Even tak semua negara do the same approach as long as the fundamental of Islam is not being changed. The fundamental is Islam does not forever approve LGBTQ and transgender. But the approach to help or to control this movement is different. Some prefer untuk penjarakan, sebat,etc.Some prefer to negotiate, mendekati, others like to diamkan saja isu ini.
b) Rather than focusing too much on this issue and at the same time Menteri Agama sudah pun meminta maaf atas sedikit khilafnya, saya lebih suka untuk fokus kepada sesiapa yang bekerja dalam industri pendidikan, kaunseling dan kekeluargaan. Mohon kalian giatkan usaha menghapuskan amalan BULI, PORNOGRAFI secara besar-besaran. Berilah pendidikan kepada mereka yang bakal berkahwin tentang ilmu parenting, bagaimana mendidik anak. Golongan LGBTQ, transgender adalah MANGSA kepada sistem kekeluargaan yang runtuh semasa zaman kanak-kanak. Saya berani jamin tentang hal ini. Ada antara mereka:
- dipakaikan pakaian perempuan oleh ibu bapa yang sangat inginkan anak lelaki dan begitulah sebaliknya
- mangsa liwat/rogol kepada ahli keluarga (bapa/datuk/sepupu/bapa saudara/ibu) atau jiran/kawan sekampung atau sekolah atau boyfriend atau girlfriend mereka
- dipertontonkan video lucah/pornografi kepada mereka semasa kecil atau remaja oleh golongan dewasa (bapa/datuk/sepupu/jiran/kawan) ATAU diajar tentang ini sebelum masanya (perbualan lucah,internet, Wechat etc)
- mangsa kepada mulut dan lidah orang ramai yang suka menghina, mencaci, lirikan mata menghina, pandangan tajam tembus ke dinding, herotan raut wajah geli dan benci, gelak mengejek, membuat lawak sarcasm yang mencucuk tajam daripada mendekati dengan baik dengan bermatlamat menghormati dirinya sebagai seorang MANUSIA yang PUNYA HATI dan PERASAAN seterusnya berdakwah supaya kembali ke pangkal jalan. Cacian menyebebkan manusia rasa tidak dihargai, merendahkan harga dirinya, rasa mahu bunuh diri supaya tidak lagi mendengar cacian namun masih ada iman dan takut tentang balasan bunuh diri di akhirat menyebabkan mereka tak jadi bunuh diri..kenapa mereka nak pergi..? Akhirnya golongan yang menghargai, tidak mencaci, melindungi adalah golongan seperti mereka juga...
- Tidur bercampur lelaki dan perempuan dalam satu bilik kerana rumah kecil,anak ramai malahan anak-anak sudah mumayyiz, malahan ada ibu bapa masih tidur sebilik dengan semua anak yang sudah mumayyiz kerana tidak cukup bilik dan kurang ilmu.
***** Setiap sekolah rasanya WAJIB adakan program memberi kesedaran menangani pornografi di sekolah dan universiti. Jadikan anak DIDIK KITA BERANI membuat LAPORAN jika mereka DIBULI, DILIWAT/DIROGOL dan beri siasatan SERIUS bukannya suruh mereka diamkan diri KERANA MAHU JAGA MARUAH, JAGA IMEJ KELUARGA/SEKOLAH, tolonglah bersikap ADIL
*** kepada yang sudah melapor tetapi ORANG DEWASA tak percaya MOHON LAPOR kepada pihak NGO Islam (boleh search dalam internet, kalau nak boleh PM saya-saya tiada list penuh, masih mengumpul maklumat)
Disclamier:
- saya pernah praktikal di pusat pemulihan akhlak, separa penjara. Mereka duduk dalam jeriji besi, membesarkan anak dalam penjara. Perasaan mereka yang akan keluar daripada pusat ini gembira bercampur takut...kenapa??? Gembira kerana akhirnya bebas dan TAKUT kerana masyarakat akan mencemuh, melabel.."BEKAS BANDUAN...dll" malah ada yang TIDAK MAHU keluar daripada pusat ini..begitulah apabila keluar ke alam realiti
- masyarakat awam tiada skill dan tidak diajar untuk menangani isu sebegini malah mereka memburukkan lagi keadaan, paling mudah adalah judgemental, labelling, dll (boleh tengok sendiri dalam komen di FB,Instagram,dll)
-Bahana lidah dan mulut penyebab manusia menjadi depresi, sebab itulah dalam al-Quran dan hadith menjaga tutur kata itu menjadi salah satu intipati dalam al-Quran dan hadith kerana KESANNYA SANGAT BESAR..orang boleh bercerai, depresi, low self esteem, bunuh diri..bahaya tu!
No comments:
Post a Comment