Pertembungan 3 parti besar iaitu Barisan
Nasional, Pakatan Harapan dan Parti Islam se-Malaysia (PAS) adalah pertembungan
menarik antara pilihan raya-pilihan raya yang berlaku sebelum ini. Secara umum
ketiga-tiga kumpulan ini sinonim dan LEBIH MENONJOL ( dengan tidak menafikan
elemen lain) dengan beberapa perkara yang menjadi trademark kepada mereka
iaitu:
1) Barisan Nasional lebih dilihat sebagai
menjaga ketuanan Melayu ( bumiputera, hak raja dan perlembagaan, bahasa)
2) PAS : Parti yang mempunyai cita-cita
untuk melaksanakan syariat Islam
3) PKR: Parti yang mahu membebaskan Anwar
daripada ditindas
4) DAP : Parti golongan Cina yang mahu
lakukan pembaharuan dari semua sudut
5) Amanah : Parti yang mahu membawa agenda
Islam melalui pendekatan yang berbeza dengan PAS
******************************************************************
Pertembungan matlamat dan perbezaan
pendekatan menjadikan pihak-pihak ini menggunakan strategi yang pelbagai untuk
memegang tampuk pemerintahan untuk penggal yang akan datang. Namun
begitu,sesuatu yang unik apabila:
BN : Ditolak sebahagian besar rakyat
apabila mula ragu-ragu dengan kempimpinan UMNO terutamanya apabila ledakan isu
1Mdb yang turut menjadi bualan di negara luar. Sebelum ini masyarakat sudah
'lali' dengan korupsi wang yang berlaku sama ada melalui jalan monopoli,
kronisme dan rasuah. Masyarakat Melayu khususnya masih runsing dengan isu
bahasa Melayu, tanah bumiputera, biasiswa untuk orang Melayu dan isu Raja-raja
sekiranya mereka mengundi parti yang mempunyai orang bukan Islam sama ada DAP
dan PKR. Mereka juga tidak mahu mengundi PAS kerana merasakan PAS hanya untuk
orang baik-baik, berserban, berkopiah dan bertudung labuh. Isu berkenaan dengan
peristiwa sembelihan oleh orang UMNO tidak sah, isu 2 imam dalam satu masjid
(imam parti UMNO dan imam Parti PAS dalam 2 masjid dan isu mengundi selain PAS
dianggap sebagai kafir masih menghantui diri mereka.) Label sebegitu menjadikan
mereka terasa 'kecil' lebih-lebih lagi yang mengundi tidak semuanya bertudung
litup, sentiasa berzikir dan ada yang tidak solat Jumaat apatah lagi solat 5 waktu.
Sebelum ini rakyat terutamanya generasi
sebelum generasi Y tidak mempunyai kekuatan atau masih selesa di bawah tampuk
pemerintahan UMNO Barisan Nasional sehinggalah GST dan kenaikan harga minyak
naik secara 'mendadak' pada setiap minggu. Keadaan ini menjadikan generasi
sebelum generasi Y bangun daripada tidur dan mula bertindak memangkah kertas
undi di kotak selain daripada BN. Tentunya golonga senior iaitu 50an ke atas
tidak tahu menahu tentang maksud 1Mdb, sukar untuk mereka fahami, namun apabla
menyebut tentang harga barang dan minyak naik mereka dapat membuka mata dan
minda dengan cepat sekali.
PAS: Parti ini terkenal dan mula dikenal
menjadi popular apabila terlibat dalam pilihan raya untuk memerdekakan tanah
Melayu. Ianya dengan mudah dikenal apabila melihat kepada kepimpinannya adalah
daripada kalangan para agamawan. Iaitu pemimpin yang terdiri daripada latar
belakang pengajian Islam sama ada pelajar daripada Mesir, Arab Saudi (Madinah),
Pakistan, Jordan dan sebagainya. Para agamawan ini mula mengorak langkah
melibatkan diri dalam bidang politik dan memulakan sebuah parti yang mempunyai
cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan berpandukan kepada
undang-undang Islam.
Namun begitu pada PRU14 kali ini PAS
kembali mengulang sejarah iaitu menang di 2 buah negeri setelah menukar
strategi tidak bersekutu dengan mana-mana parti. Kemenangan ini juga merupakan
kemenangan unik kerana memenangi 2 negeri semasa bersekutu dan mampu menang 2
negeri yang sama tanpa bersekutu. Rata-rata non-Muslim masih lagi agak berat
mengundi PAS apabila ditakut-takutkan dengan undang-undang Islam (contoh:
potong tangan, tidak boleh minum arak, premis judi seperti Genting bakal
ditutup..?) dan dengan bantuan UMNO secara tidak langsung yang menguatkan
keMelayuan menjadikan non-Muslim berasa jauh daripada mereka dan berhasrat
melihat kepada pilihan lain yang ada untuk diundi.
DAP : Merupakan parti popular dalam
masyarakat bukan Islam berbanding dengan MCA dan MIC. Ianya masih merupakan
parti pembangkang kepada MCA. Diterajui oleh bangsa Cina dan telah memerintah
Pulau Pinang lebih daripada satu penggal. DAP banyak membawa isu kontroversial
kepada negara apabila dilihat mencabar Islam sebagai agama rasmi dan hak
bumiputera terutamanya Melayu yang majoriti dalam kalangan bumiputera (perlu
diingatkan orang Asli juga adalah bumiputera). Ramai non-bumiputera menyokong
DAP kerana merasa terpinggir dengan sistem pemerintahan negara yang dirasakan
banyak memihak kepada bumiputera terutamanya Melayu dan mereka masih merasakan
mereka juga layak bekerja, mendapat biasiswa dan bantuan kerana mereka juga
bijak dan mempunyai pendidikan tinggi (malahan cemerlang di luar negara).
Mereka juga mempunyai ketakutan terhadap agama Islam itu sendiri yang dilihat
lebih bersifat menghukum dan dalam pada masa yang sama 'serik' melihat cara
Malaysia dipimpin oleh orang Islam (BN selama 60 tahun) yang saban penggal
menjadikan Malaysia mundur ke belakang ( isu jenayah-bunuh, MH 17,MH 370,
kemiskinan bandar, isu Melayu menjadi agenda nasional)
PKR: Masih relevan hingga ke saat ini
kerana dianggap sebagai sumber alternatif yang 'sempurna' kerana melibatkan
campuran 3 bangsa terbesar di Malaysia. Biarpun pada asalnya lebih kepada
mendapatkan keadilan terhadap isu Dr.Anwar Ibrahim namun ianya berkembang
menjadi keadilan untuk rakyat yang dirasakan tertindas di bawah pemerintahan BN
iaitu keadilan yang mewakili semua bangsa dan tidak menonjol dalam menjadikan
sumber perlembagaan itu dengan secara jelas kepada al-Quran dan Sunnah. Slogan
keadilan menjadi pilihan ramai terutamanya di Selangor dan Perak kerana
keadilan turut diangkat dalam agama lain selain Islam.
Amanah; Merupakan parti yang baru
ditubuhkan sebelum PRU14 bermula. Salah satu isu dalaman yang berlaku dalam PAS
menyebabkan sebahagian besar kepimpinan Amanah pada hari ini berhasrat
menubuhkan platform baru sebagai salah satu alternatif pilihan rakyat untuk
memperbaiki pemerintahan negara. Ianya tidak sama dengan PKR namun turut
berkongsi aspirasi dengan PAS iaitu mahu membawa prinsip Islam dalam
pemerintahan negara tanpa menggunakan perkataan Islam secara jelas. Amanah juga
mahu memperlihatkan kepada rakyat Islam itu boleh dibawa melalui cara yang
berbeza, berbeza daripada apa yang difahami selama ini. Amanah juga
memperkenalkan pemimpin yang bukan sahaja mempunyai latar belakang pengajian
Islam yang kuat tetapi mereka yang turut terlibat dalam bidang profesional
seperti kedoktoran, akademik dan sebagainya.
Ianya masih baru, bak kata pepatah baru
setahun jagung
Konflik Pas-Amanah
PAS mempunyai konflik dalaman dengan
beberapa pimpinan Parti Amanah kerana melanggar baiah (perjanjian). Bagi PAS,
jika tidak bersetuju sekalipun adalah tidak wajar menubuhkan parti baru yang
mengakibatkan banyak perpecahan terutamanya perpecahan antara umat Islam. Salah
satu jawapan mengapa Parti Amanah keluar daripada PAS adalah kerana PAS
menyatakan pendirian untuk bertanding dalam pilihan raya secara sendirian. Bagi
orang luar hal ini merupakan masalah dalaman atau masalah rumah tangga yang
boleh diberi banyak persepsi jika ditafsir oleh orang luar. Adalah baiknya jika
hal ini diselesaikan secara dalaman dan tidak melibatkan rakyat yang bukan
dalam mana-mana tempat memegang jawatan dalam kedua-dua parti ini supaya tugas
pentadbiran kedua-dua parti ini menjadi lebih efisyen dan tidak ‘terikat’
dengan kemaafan yang ‘tertangguh’ atau salah faham yang sebenarnya boleh
diselesaikan tetapi menjadi rumit dan kompleks dengan prinsip dalaman.
Konflik PAS dan DAP
PAS mempunyai pendirian untuk tidak lagi
bergabung dengan DAP disebabkan oleh insiden atau peristiwa dalaman yang berlaku
apabila menyatakan DAP menolak Islam manakala DAP menyatakan pendirian bahawa
PAS tidak menepati janji dalam melakukan kerja secara berkumpulan
Konflik ini membawa kepada peralihan orang
Islam terutamanya Melayu menjadi semakin sensitive dengan bangsanya dan turut
menarik minat penyokong UMNO untuk mendokong pendirian PAS bahawa walaupun
orang Melayu tidak elok tetapi dia masih Muslim jika dibandingkan dengan orang yang
bagus tetapi dia bukan Islam.
Jelas di sini mana mungkin ketiga-tiga
parti dapat bergabung walaupun sesama Islam. Pendirian dan strategi yang digunakan
juga adalah berbeza. Ianya adalah salah faham dan terma agree not disagree
boleh diguna pakai untuk situasi Malaysia Memilih pada pilihan raya akan
datang. Kelahiran Malaysia baru membuka mata banyak negara yang masih
terbelenggu dengan pemerintahan dictator dan menindas. Malaysia baru kali ini
membuktikan demokrasi dari hati mampu mengalahkan system pilihan raya yang
menggunakan taktik gerrymandering, waktu mengundi bukan pada hujung minggu,
slogan kekuatan bangsa-skeptikal terhadap bangsa lain dan hidangan wang dan
ganjaran yang melimpah ruah.
Apa yang pasti untuk menyatukan pemikiran
2 manusia dalam keluarga yang sama bapa dan ibunya pun sukar apatah lagi
menyatukan banyak kepala yang berlainan bapa. Inikan pula untuk mengharapkan
semua umat Islam bersatu di bawah kumpulan yang sama.
Persoalan lain yang timbul apabila hak
bersuara menjadi semakin luas dan menonjolkan individu dan kumpulan yang tidak
bersetuju dengan ajaran Islam. Ianya merupakan satu perkara yang merunsingkan
tetapi ianya satu perkara positif kerana dapat memberikan indicator bahawa ‘SUDAH
60 TAHUN MERDEKA tetapi mengapa orang yang BERAGAMA ISLAM masih begini?’
Adakah wajar mempersalahkan dunia akhir
zaman atau menunjukkan cara kualiti Islam disampaikan semakin dilihat tidak
selari dengan zaman? Ianya sungguh membuktikan sistem ekonomi Malaysia semakin
merudum kerana lambakan pekerja dan graduan berpendidikan tinggi yang melakukan
kerja-kerja low skills (yang tidak perlukan latar belakang/kepakaran yang
tinggi) sepert bekerja sebagai cashier, maid, office boy dan sebagainya. Bukan
itu sahaja, pekerjaan sebegini sesungguhnya tidak mampu membantu mereka
membayar hutang ditambah lagi dengan tuntutan kekeluargaan menyebabkan ibu dan
bapa bekerja siang dan malam manakala anak-anak terabai tanpa didikan yang
wajar. Memberontak, seks luar nikah, pembuangan bayi, mengeluarkan statement kontroversi...
Semua ini terkait…
Antara perbalahan-konflik dalaman-menegakkan
prinsip
Di manakah rakyat? Gajah sama gajah
berentap, pelanduk mati di tengah-tengah???
No comments:
Post a Comment