Isu ini sudah lama dikupas namun masih tak berkesudahan, ya isu pendatang asing. Perkataan ini digambarkan lebih kepada konotasi negatif iaitu 'pendatang' dan 'asing' membuatkan kita seolah-olah jauh daripada mereka. Penulis tidak menafikan ada pendatang asing yang melakukan jenayah di Malaysia namun begitu bagi penulis asing atau rakyat Malaysia jenayah mereka adalah sama. Siapa kata orang malaysia tiada jenayah bunuh, rogol dan dadah? Orang Malaysia juga pengotor, lihatlah tandas, dapur dan bilik tidur mereka sendiri? Bagi penulis jangan lepaskan kemarahan kepada isu yang salah. Seandainya Tuan rumah memang baik tetamu atau pengembara yang datang juga tentu 'takut' dan 'malu' nak melakukan maksiat dan jenayah. Namun jika kita dan mereka sama naik apakah bezanya..?
Isu yang berkait dengan mereka juga tentunya berkenaan dengan kerja kosong di Malaysia. Penulis pada awalnya bersetuju bahawa pekerja asing mengambil tempat rakyat Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan. Namun begitu, pendapat ini tiada asas yang kukuh. Hal ini demikian kerana rata-rata syarat setiap jawatan kosong di Malaysia memerlukan kelulusan SPM dan mempunyai kad pengenalan Malaysia..adakah ianya munasabah dikatakan berlakunya persaingan di Malaysia? Jika mahu dilihat daripada aspek observation, tentunya ramai yang menjadi pekerja pangkat rendah dan tidak memerlukan ilmu yang mendalam adalah pekerja asing atau pendatang asing. Contohnya buruh binaan, pembantu rumah, penyapu sampah, pencuci pinggan mangkuk, tukang angkat barang di stor, promoter telco..jadi tolong jangan salahkan mereka, sepatutnya warga negara Malaysia yang sanggup kerja sebegini, tidak begitu?
Namun saya yakin anak muda Malaysia mana mahu kerja sebegini, apa kelas? Gaji pun rendah tetapi keringat diperah-perah..tidak begitu? Kita juga tidak mampu menjadi lasak seperti mereka..mana anak Malaysia yang mahu menjadi maid atau pembantu rumah? Atau pencuci? Tidak ramai yang mahu kerja sebegini. Sejujurnya perbaikilah minda dan sistem pendidikan Malaysia.
Bukan menyalahkan masalah sampingan. Penulis mencadangkan agar kita berpijak di bumi nyata. Kepada generasi yang akan masuk universiti, mohon bertanya pandangan generasi sekarang sebelum memilih bidang yang diinginkan. Kebanyakan bidang sains sosial, kesenian, dan perguruan pada zaman sekarang mempunyai ruang pekerjaan yang terhad. Malahan bidang Pengajia Islam sekalipun.
Penulis bukan bermaksud belajar untuk wang tetapi berusaha memenuhi fitrah manusia yang perlu menyara kehidupan sendiri selepas tamat pengajian. Beberapa bidang yang masih relevan untuk 10 tahun akan datang di Malaysia adalah:
1) Keusahawan dan marketing
2) Perakaunan dan Perbankan (berkait dengan kewangan)
3) IT, networking, social media
4) Arkitek dan berkaitan dengan seni bina, landskap, kontraktor binaan
5) Oil and Gas
6) Perhotelan dan yang berkaitan dengannya (management)
7) Tourism
8) Islamic Finance dan Pengurusan Wasiat
9) Language (English, Tamil, French, German, Mandarin, korean, Japanese)
10) Early Education and Parenting
11) Psikologi dan Kaunseling
12) Animasi
13) Juru rawat
14) Manufacturer
15) Peladangan dan Penternakan
16) Pemprosesan makanan dan indsutri halal
17) Teknologi pakaian
18) Online jobs and Networking
Penulis juga mencadangkan ada bidang yang bermusim iaitu pengambilan hanya sekali dalam 2 atau 3 tahun iaitu:
1) Doktor (termasuklah doktor haiwan dan doktor gigi)
2) Farmasi
3) Optometri
4) Angkasa
5) bidang penerbangan (pilot)
6) Polis dan tentera
7) Keguruan (termasuklah pensyarah)
8) Law
9) Bioteknologi (termasuklah Biologi)
10) Marine
11) Alam sekitar
12) Penyelidik (sains tulen dan sains sosial)
13) Sains sosial dan Politik
14) Geologi
15) Pakar-pakar setiap bidang (termasuklah bidang Syariah, Usuluddin, dakwah dan sebagainya)
16) Kerja sosial dan kemasyarakatan
17) Jenayah dan Narkotik
18) Perikanan
TERAS kepada semua bidang adalah Pengajian Islam. Ini bermakna bidang Pengajian Islam tidak perlu dijadikan sebagai SATU FAKULTI tetapi subjek TERAS. Semua orang yang Islam belajar tentang asas-asas Islam iaitu Aqidah, Akhlak, Syariah, Hadith dan Sunnah, bacaan Quran dan Tajwid dan Sejarah tamadun Islam.
Penulis juga mencadangkan agar diwujudkan pengajian baru iaitu international studies iaitu di mana sahaja dicampakkan rakyat Malaysia mereka boleh bekerja di serata dunia dan profesional, bukan hanya di Malaysia seperti:
1) Muslim Tourism (involve other Muslim countries and other majority non-Muslim countries which supports Muslim life style such as Japan)
2) Islamic Finance yang turut menerima pelajar bukan Islam so they can spread the awareness about the equitableness of economy in Islam to their races or community)
3) Teaching English IGCSE and Cambridge, even can coach for GRE,IELTS, TOEFL
4) OKU expertise
5) Publishing and writing (penulisan skrip, buku, pengiklanan)
6) Cooking innovation in Muslim perspective and cross cultural in Malaysian context (learn to cook other dishes and make it halal product) (example: liquor, lard substitute with halal ingredients in bakery such as moon cake, etc)
7) traditional medicine (science of terapi ruqyah, jamu, bomoh patah, chinese and indian medicine, egyptian and mediterranian medicine)
8) job coaching and job inventor
Kursus jangka pendek antara semester:
1) Innovation and Creative mind with practical approach (project initiate students which last long at least 1 year)
2) Environment friendly studies and invention (clothing, food, transportation etc- project initiate by the students which last long at least 1 year)
3) Middle man (problem solver in management, procedural stuffs,)
4) Pengurusan rumah tangga (Kesihatan, Pemakanan, Pengurusan kewangan, kesejahteraan perhubungan pasangan dan kekeluargaan, Work Life balance- Lelaki dan Wanita yang ingin berkahwin sahaja)
Menggabungkan bidang juga merupakan satu cara yang mampu meningkatkan kualiti diri pelajar dan diharapkan bidang ini bukan hanya untuk menghabiskan silibus dan dipendekkan menjadi 2 atau 3 tahun semata-mata tetapi untuk membangun masyarakat juga!
No comments:
Post a Comment