Thursday, 7 June 2012

Ayuh,kita sama-sama bantu Irshad Manji

 Dunia Islam pada hari  telah banyak menyaksikan kewujudan individu-individu yang terkehadapan dan ‘berani’ dalam memberi kritikan dan penentangan  terhadap Islam secara terbuka seperti Geert Wilders,Salman Rushdie, Amina Wadud,Hajjah Sitt al-Wuzara dan yang terbaru pada tahun ini ialah Irshad Manji.Individu-individu ini merupakan produk pemikir yang sedang mengalami  kekeliruan dalam memahami ajaran Islam yang sebenarnya berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang Muslim atau individu yang hidup dalam kelompok majoriti Muslim.Fenomena ini bukan lagi menjadi satu fenomena yang baru  pada abad ini. Terbaru,buku karangan Irshad Manji  iaitu Allah,Liberty and Love telah diharamkan oleh pihak JAKIM ekoran daripada karya tulisan beliau yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang berunsurkan penghinaan terhadap agama Islam .Salah satu isu utama yang dibangkitkan dalam buku Allah,Liberty and Love ini ialah isu LGBT yang masih lagi menjadi polemik permasalahan antara golongan LGBT yang berselindung  di sebalik hujah  Hak Asasi Manusia dan majoriti penduduk dunia.

            Berdasarkan kepada penilaian tulisan beliau kritikan,analisis dan tuduhan yang diberikan oleh beliau secara ilmiah masih lagi boleh diragukan.Sayang sekali pengalaman dan kajian mendalam beliau lebih banyak menggambarkan kehidupan manusia yang bergelar muslim dan bukannya merujuk kepada  ajaran Islam yang sebenar.Hasil tulisan beliau banyak memberi gambaran dan tuduhan bahawa  seolah-olah ajaran Islam yang menjadikan keadaan tersebut  berlaku  di dunia sedangkan ianya jauh sekali daripada apa yang digambarkan dan ditonjolkan oleh Irshad Manji.Kenyataan-kenyataan beliau yang mengaku secara ‘terbuka’ dalam penulisannya sebagai seorang lesbian memburukkan lagi keadaan ditambah lagi dengan pentafsiran beliau yang salah mengenai azab yang dikenakan terhadap kaum Lut (Allah, Liberty & Love, 2011, hal.132).Pelbagai persoalan-persoalan yang dilontarkan berdasarkan  kepada logik akalnya seperti keraguan dan kekeliruan beliau terhadap ayat al-Quran yang menyatakan bahwa Allah “membuat sempurna segala sesuatu yang Dia ciptakan” dan mengaitkannya dengan isu LGBT yang bertujuan untuk membenarkan pemikiran dan tindakan beliau terhadap isu ini.

Isu LGBT merupakan satu isu yang sudah lama berlaku sejak tahun 1800 S.M  lagi iaitu pada zaman kenabian iaitu pada zaman Nabi Luth a.s  yang telah diceritakan oleh Allah dalam surah as-Syu’ara.Kisah ini  telah diceritakan secara berturutan sebanyak 8 ayat  bermula pada ayat 160 sehingga ayat 168 dan disambung dalam surah al-A’raaf dari ayat 80 sehingga ayat 82.Walaupun isi ayat-ayat dalam kedua-dua surah ini dilihat ‘keras’ namun kita tidak boleh mengetepikan aspek akhlak dalam menyampaikan dakwah Islam untuk menyelesaikan polemik ini.Keadaan ini dapat dilihat dalam surah an-Nahl ayat 125 yang bermaksud:

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orangyang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk.

            Rata-rata antara kita telah melupakan aspek ini apabila berhadapan dengan golongan seperti ini.Terdapat pelbagai persoalan dan kritikan tersendiri telah  lontarkan oleh  mereka yang  berada dalam kelompok LGBT seperti yang dinyatakan oleh Ivy Josiah :
"it is time society stops discriminating against single women, unmarried women with children and lesbian." "We are asking society not to punish these women who do not harm others. We call for tolerance." 
Kenyataan beliau ini adalah untuk  meminta masyarakat  menerima lesbianisme sebagai satu toleransi dalam masyarakat.
Satu lagi contoh  pernyataan:
"Homosexuality is not a sin", apabila penulisnya menyebut bahawa homoseksualiti bukanlah satu perbuatan tetapi ia adalah satu keadaan (a state of being) yang mana seseorang itu mempunyai nafsu (erotic feelings) terhadap kaum sejenis,’ "How has two men lying together naked in bed ever harmed anyone?",isu seksualiti merdeka dan kenyataan-kenyataan lain yang mampu ‘memanaskan’ hati umat Islam.Penulis yakin akan lahir lebih ramai golongan seperti ini apabila masyarakat Islam secara khususnya lebih mengutamakan sikap reaktif dan pesimis terhadap kelompok LGBT.Kita juga mungkin mengalami satu sindrom kekurangan ‘kekuatan’ dalam memperbetulkan permasalahan ini apabila tiada tindakan yang serius dan platform yang kukuh dalam menjawab persoalan-persoalan kelompok LGBT.Penulis juga melihat lebih ramai yang suka menuding jari dan melemparkan konotasi negatif daripada membantu golongan ini.Tindakan mengharamkan,menghukum dan menahan individu atau kelompok ini juga tidak membantu menyelesaikan masalah selagi tiada pihak yang benar-benar serius dan berketrampilan untuk membantu kelompok ini untuk hidup sebagaimana manusia normal yang lain.Media juga tidak membantu dalam menonjolkan individu atau kelompok LGBT yang berjaya keluar daripada dunia ‘hitam’ tetapi hanya memaparkan kisah-kisah hidup mereka untuk meraih simpati masyarakat semata-mata disamping menambah nilai komersial dalam bidang perfileman.

            Penulis juga yakin bahawa kelompok LGBT(dalam konteks kelompok Malaysia terutamanya) bukanlah satu kelompok yang mahu diri mereka diiktiraf dari aspek ‘citarasa songsang’ mereka tetapi mereka sebenarnya mahu diri mereka diterima dalam lingkungan masyarakat yang mempunyai ‘citarasa normal’ dan dalam masa yang sama memerlukan sokongan masyarakat dalam melawan identiti ‘dalaman’ mereka.Dari satu sudut yang lain pula, mereka sebenarnya memerlukan bantuan dan penyelesaian daripada pihak lain dalam berhadapan dengan konflik diri mereka sendiri yang bukan hanya memerlukan sekadar kata-kata sokongan tetapi bimbingan yang serius,praktikal dan profesional dalam usaha mereka untuk kembali ke pangkal jalan.Oleh itu kita perlukan jawapan bagaimanakah cara kembali ke pangkal jalan?Penulis juga yakin mereka tidak mampu mengubah dirinya seorang diri...

No comments: