Pada saat sebahagian rakyat Islam Malaysia mengambil tempat di stadium bola,
Rakyat di Palestin telah mengambil posisi masing-masing untuk melawan tentera Israel
Pada saat setengah rakyat Islam Malaysia sedang bertepuk tangan melihat persembahaan artis-artis pujaan mereka
Rakyat di Syria sedang menadah tangan berdoa agar Allah membantu perjuangan mereka
Pada saat rakyat Islam Malaysia sedang menikmati sarapan pagi dan makanan tengah hari
Rakyat di Somalia sedang kelaparan dan kemerosotan kesihatan yang berpanjangan
Pada saat rakyat Islam Malaysia sedang sibuk bercinta dengan pasangan mereka yang bukan halal
Rakyat Islam di Selatan Thai terpaksa berpisah dengan pasangan pengantin mereka kerana dibunuh tanpa bicara
Pada saat sebahagian rakyat Islam Malaysia sedang sibuk membeli belah pakaian dan perhiasan
sebahagian rakyat Islam Malaysia yang lain berjalan-jalan meminta-minta makanan di tepi jalanan
Pada saat sebahagian rakyat Malaysia sedang sibuk dengan misi keuntungan dan projek-projek pembangunan mewah dan tinggi
Sebahagian rakyat Islam Malaysia lain sedang sibuk membuat maksiat dalam bangunan binaan mereka
Pada saat sebahagian wanita Islam Malaysia sedang sibuk dengan butik dan kosmetik
sebahagian wanita Islam lain sedang dirogol,dibunuh,diseksa dari segi psikologi dan fizikal
Pada saat sebahagian lelaki Islam Malaysia sedang asyik bercakap tentang pangkat,keturunan yang dibangga-banggakan mereka
Sebahagian lelaki Islam yang lain sedang menggalakkan pekerja dan keluarga mereka melakukan dosa-dosa
Seolah-olah antara kita tiada keselarian.Dalam masa orang lain membina ke arah kebaikan,pada masa yang sama juga sebahagian yang lain sedang berusaha meruntuhkannya sedangkan kita semua dalam agama yang sama dalam tempat yang sama iaitu di Malaysia secara spesifiknya dan di dunia secara umumnya.
Apakah sebab kepada perkara sebegini???
Adakah realiti ini akan mampu melahirkan insan yang mampu membimbing generasi baru yang lebih banyak cabarannya berbanding sekarang?
Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika ibu bapa sekarang tiada yang cakna mengenai kepentingan solat anak-anak sekarang?
Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika guru-guru sekarang tiada yang cakna mengenai pembentukan peribadi pelajar-pelajar sekarang?
Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika majikan sekarang tiada yang cakna mengenai kepentingan amanah dan tanggungjawab dalam kerja-kerja mereka sekarang?
Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika rakyat sekarang tiada yang cakna mengenai kepentinagan keperibadian pemimpin sekarang?
Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika generasi tua sekarang tiada yang cakna mengenai pembentukan adab pemuda zaman sekarang?
Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika pihak media sekarang tiada yang cakna mengenai maklumat berfaedah yang mereka sampaikan sekarang?
Siapakah figur yang kita nampak mampu membimbing negara Malaysia pada masa hadapan?Jika kita sekarang tiada yang cakna mengenai sikap tolong menolong dan mengajak ke arah kebaikan pada masa sekarang?
Terimalah REALITI bahawa kadar jenayah Malaysia semakin tinggi (rompakan,rogol,buang bayi,kecurian,pecah amanah,penderaan)
Terimalah REALITI bahawa masalah sosial remaja semakin bertambah tanpa henti (dadah,seks bebas,tidak menghormati ornag yang lebih tua,lari dari rumah)
Terimalah REALITI bahawa kes-kes penceraian,pergaduhan,fitnah,mengumpat,kata-mengata,kebencian,amalan sihir,video lucah,bersekedudukan,pencemaran alam,murtad sedang bertambah dengan pesat sekarang
Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi menghadiri konsert-konsert walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai
Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi berehat-rehat yang panjang walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai
Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi membisu yang lama walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai
Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi seronok bermain walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai
Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi asyik disuntik bius tidur dengan dunia sendiri walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai.
Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi asyik mengejar bisnes yang tidak berkesudahan walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai
Terimalah juga REALITI bahawa rakyat Malaysia masih lagi hanya layak bercakap,mengkritik dan memberi komen dan tiada apa-apa tindakan dari segi perbuatan
walaupun menyedari masalah ini masih belum selesai
Jadi siapakah figur yang dapat kita bayangkan untuk menjadi pemimpin akan datang?
No comments:
Post a Comment