Thursday, 15 March 2012

Berfikir hanya untuk orang yang rajin

Saya tak solat tetapi tak semestinya hati saya tak baik
Betul ke?
Saya tak menutup aurat (tidak pakai tudung,pakaian jarang atau pakaian ketat dan singkat) tetapi tak semestinya saya jahat
Betul ke?
Tak semestinya kalau saya tak menutup aurat hati saya tak baik?
Betul ke?

TETAPi
 Saya tak solat tetapi tak semestinya Iman saya lemah
betul tak?

******************************************************
Manusia jika tidak digunakan oleh Islam akan digunakan oleh perkara jahiliyyah dan kejahilan

******************************************************

Man yuridillah khoiron yufaqqihu fiddeen (Sesiapa yang Allah mahukan dengannnya kebaikan akan diberi faham dalam agama)

Jika Allah ingin memberi kebaikan kepada seseorang maka Allah akan memberinya faham agama (Islam)
bukannya melalui dapat first class degree,dapat duit banyak,dapat pangkat datuk/datin,belajar ke luar negara,bukan dapat berkahwin dengan golongan ternama.

Faham dalam Islam-tak semestinya belajar dalam bidang pengajian Islam,dapat pHd dalam bidang pengajian Islam atau belajar di Universiti al-Azhar

kerana jika dilihat pada zaman 60-an pelajar-pelajar agama yang belajar di Azhar bertudung yang menampakkan rambut dan ada yang tidak bertudung kerana keFAHAMan itu adalah dari hati bukannya FAHAM dari kepala

dalil:
surah al-A'raf, ayat 179: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai"

No comments: